Apa yang menjadi masaalah nya sekarang boleh di katakan hampir 95% pengemar pengemar mesin slot judi tersebut ada lah terdiri dari orang orang melayu yang mempunyai pendapatan serdahana dan juga ada yang tidak berkerja, berkerja sendiri serta dari gulungan kaki tangan kerajaan dan pesara kerajaan, dan yang membuka kedai tersebut terdiri dari bangsa lain dari melayu, begitu juga bagi yang menjalankan penjualan nombor ramalan yang tidak mempunyai lesen.
Sekarang, juga dahulu perniagaan ini di jalankan secara terang terangan, jika penjual nombor ramalan menjalalkan aktiviti mereka dengan tidak perlu menyewa kedai dan keperluan perlatan kumputer, dengan mundar mandir di kawasan bandar lama, kawasan industri ataau pun dari rumah ke rumah, mereka ini tanpa segan silu untuk menjalankan operasi mereka walau pun mereka ketahui perbuatan mereka itu adalah salah. dan ramai pelanggan mereka adalah majoritinya melayu. Kumpulan pengemar perjudian tikam nombor ini berpindah arah membeli mengunakan penulis penulis nombor ramalan haram ini, adalah di sebabkan rasa takut kepada penguat kuasa jabatan agama islam pahang, yang selalu mengempur pembeli pembeli untuk membeli di premis jualan nombor ramalan yang berlesen.
Bagi premis premis yang menjalankan kegiatan judi mesin slot kumputer pula, ianya berselindung di sebalik kedai mainan kumputer, yang mana diletakan tiga puluh ke empat puluh moniter kumputer yang telah di ubah suai cpu ke ala mesin slot judi di genting atau di les vegas usa, ianya di lengkapi dengan sistem ccty, dan pintu nya di kunci secara berpusat. ini waktu dulu dulu, tetapi sekarang mereka telah membuka premis mereka secara terang terangan,
Kemungkinan juga tokey tokey tersebut telah mendapat lesen dari majlis daerah, polis atau kementerian keawangan Malaysia agaknya, sebab itu ianya di jalankan secara terbuka, tetapi jika premis premis tersebut tidak mempunyai lesen, mengapakah ianya di biarkan beroperasi sewenang wenagnya tanpa di ambil tindakkan oleh pehak yang berwajib, pehak penguat kuasa bukan tak tahu perkara seperti ini telah berlaku sekian lama, bahkan pehak PENGUAT KUASA YANG DI BBERI KUASA PUN ADA JUGA MENBELI NOMBOR EKOR DARI PENJUAL YANG TIDAAK MEMPUNYAI LESEN, BEGITU JUGA DENGAN PERMAINAN JUDI MESIN SLOT.
Saya pernah bercerita dengan salah seorang bekas perkerja di premis mesin slot di bandar jerantut, yang mana saya bertanya kepada beliau sama ada premis tersebut mempunyai lesen atau tidak ?. beliau menjawab tak ada, dan saya bertanya lagi tak takut kena serbu atau pernah di serbu tak ?, beliau dengan selamba menjawab, nak takut apa ?, beliau menjawab semua sudah ada kila kila ma, tangkap punya jam, pegi sana balai, sekejap saja tokey sudah kila kila atas punya olang, semua sudah boleh keluar, esok lagi mukak opelasi maa..sama juga dengan penjual ekor tanpa lesen, tangkap!, tokey sudah kauteng?. Jadi saya tanya dia kenapa dia berhenti kerja di premis tersebut, dia menjawab, banyak letih, gaji mahal tapi tak ada lehat maa, cuti sehari sebulan, lagi asap rokok telalu manyak.
Mengikut kata bekas perkerja premis tersebut, di dalam premis tersebut di sediakan ,minuman, makan dan rokok bagi pemain pemain, dia bercerita lagi bahawa tiada yang menang jika bermain dengan mesin kumputer tersebut, jika ada yang menang dua tiga orang, esoknya mereka akan datang melabur lagi dan seterusnya yang menang semalam habis,malah wang yang berada di dalam pokek yang di bawa bersamaa duit menang semalam pun licin, yang menangnya tokey, kata beliau,itu sebab tokey tak takut, kerana wang manyak?.
Untuk mengelakkan orang orang melayu kita akan tersus hanyut di meja kumputer judi ini serta menghabiskan beribu ribu ringgit dalam masa sehari bagi setiap pemain, adalah di pohon di kuatkuaskan lah undang undang yang sedia ada oleh agensi agensi yang terlibat, selamatkan lah orang orang melayu jerantut ini khasnya dan ada juga pemain pemain yang datang dari daerah lain juga, yang mencuba untung nasib di meja judi kumputer di jerantut ini.
Tetapi jika benar benar premis ini telah mendapat lesen untuk beroperasi menjalankan aktiviti judi mesin slot ini saya tak tahulah , mungkin kerajaan yang ada sekarang merasa perlu untuk meluluskan nya atas sebab apa kita tidak tahu ?, mungkin ketiadaan cukup kewangan bagi menampung perbelanjaan pembangunan negara agaknya.?
Tapi perlu kita ingat, judi ini melalaikan semua, lalai terhadap rumahtangga, terhadap tugas pejabat, lalai terhadap mencari nafkah dan akhirnya lalai terhadap AGAMA. FIKIR FIKIRKANLAH SEBELUM TERLAMBAT, JIKA KERAJAAN NAK ANGGAP JUDI INI SATU PERNIAGAAN, BAIK BUAT BETUL BETUL, BERI SEMUA LESEN KEPADA YANG BERMINAT NAK MENJALANKAN PERNIAGAAN JUDI MESIN SLOT, ARAHKAN MDJ MENGELUARKAN LESEN, SUPAYA MENJADI HALAL, KITA BOLEH LIHAT NANTI, DI KAWASAN BANDAR INDRAPURA,BANDAR LAMA DAN KAWASAN BANDAR BARU DATO SRI AKAN DI PENUHI PREMIS JUDI MESIN SLOT KUMPUTER BERBAGI NAMA, NAMPAK MERIAH BANDAR JERANTUT INI ,KERANA RAMAI PENGUNJUNG DATANG BERMAIN JUDI DI BANDAR JERANTUT INI, MACAM SATU KETIKA DAHULU ?.
Pehak berkuasa dan kerajaan boleh mengutip hasil cukai lesen dan cukai keuntungan koprat syarikat perjudian mesin slot judi tersebut. Dengan jumlah kutipan yang banyak boleh membantu membangunkan bandar jerantut ini dengan lebih indah lagi, jika tanpa lesen, CUKAI MASIH DI KUTIP, TAPI OLEH SIAPA HA ?.................
No comments:
Post a Comment