MARAH.
PENGERTIAN MARAH:-
Marah merupakan sifat semula jadi yang ada pada setiap manusia. Hanya tingkat tingakatnya yang berbeza di antara sesaorang dengan yang lain. Setengah orang telalu sensitif, pantang tersentuh hatinya, ia akan melenting dan marah. Sesetengahnya pula dapat bersabar sehingga ke tahap dirinya terhina.
Sifat marah yang bisa berlaku ialah di antara orang yang tinggi atau sama kedudukannya. Misalnya ibu dan ayah memarahi anak anak, guru memarahi murid, pemimpin memarahi orang bawahannya dan sahabat memarahi sahabatnya. Selalu juga berlaku orang bawahan memarahi ketua atau pemimpin. Walau apa pun jua, setiap kemarahan yang berlaku ada puncanya.
Ibu atau ayah memarahi anaknya kerana tidak mendengar nesihat, Guru pula memarahi muridnya kerana malas dan tidak mematuhi ajarannya,. Pemimpin memarahi orang bawahannya kerana tidak mematuhi arahannya. Seorang sahabat pula sanggup memarahi sahabatnya jika tidak dapat menunaikan janji.
Bagi orang orang yang sensitif, perkara perkara kecil pun boleh menyebabkan kemarahan. Sebagi contoh anak sama anak bertengkar membuatkan ibu bapa mempunyai perasaan marah di antara satu sama lain, anak anak dah ok ibu bapa maseh lagi menyimpan perasaan marah..
Agama mencela orang yang suka mengamalkan sifat sifat marah, walau pun dia berhak berbuat demikian. Adalah buruk rupanya orang yang sedang marah, Begitu juga lah jika anda sedang marah pada sesuatu, cuba tengok di cermin. Anda akan dapat lihat wajah anda amat buruk dan anda tidak suka melihatnya.
Apabila sesorang sedang marah, mukanya menjadi merah padam, Jika terlalu sangat marah di sertai dengan geram, kadang kadang tangan terketar ketar, tidak dapat mengawal diri, sebarang kemungkinan boleh berlaku ?.
Hakikatnya, marah pada zahirnya ialah cetusan perasaan akibat terlalu benci terhadap manusia, haiwan atau pun benda benda yang menyakati diri atau hati sesaorang. Biasanya perasaan di lahirkan secara lisan seperti memaki hamun, atau dengan perbuatan seperti memukul dan membunuh.
Marah pada hakikatnya, menurut Imam GHAZALI, adalah berpunca dari secebis api NERAKA YANG BERNYALA NYALA. kepanasan itu naik kesudut hati lalu bersembunyi menjadi bara yang di liputi oleh abu. Bara itu akan terus menetap di hati sebagaimana api di dalam sekam. maka meletus lah bara itu menjadi api yang bernyala seakan akan gunung MERAPI. SETERUSNYA AKAN TELAHIRLAH SIFAT SOMBONG BAGI MEREKA MEREKA YANG TIDAK DAPAT MENGAWALNYA. Orang yang sombong itu adalah juga seorang yang pemarah.
" FIKIR FIKIRKAN LAH, TINGGALKAN LAH PERANGAI CEPAT MARAH" JIKA KITA SEAORANG YANG TERGULONG DI DALAM ORANG ORANG YANG CEPAT MARAH. WASALLAM,....................
No comments:
Post a Comment