Pages

Sunday, November 28, 2010

RESAM MANUSIA.

SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH.

Kabinet telah bersetuju menubuhkan jawatan kuasa bersama membenteras penyelewengan disel bersubsidi, ianya di terajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Penguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, LPKP serta SPRM. Ini dalah di sebabkan kehilangan banyak duit rakyat, di sebab berlakunya  penyalah gunaan kuasa oleh individu tertentu yang telah bersengkokol dengan koperasi koperasi yang sepatutnya menjaga kepentingan nelayan nelayan kita., Persoalannya ialah kenapa sudah berlaku perkara perkara yang tidak betul baru heboh untuk mencari punca bagi membenterasnya???????????.

Kita,yang sebenarnya mempunyai cukup penguat kuasa undang undang yang telah di lantik oleh kerajaan didalam berbagai bidang jabatan dan kementerian, kita ada, polis merin, upp, polis, askar, pegawai imegeration, pegawai kastam,penguatkuasa bandaran, majlis daerah dan bandar raya, bah kan rela pun di beri kuasa oleh kerajaan, pegawai jpj serta penguat kuasa perdagangan dalam negeri dan pegawai SPRM. begitu juga di peringkat negeri, kita ada pegawai jabatan hutan, pegawai pegawai penguat kuasa dari pejabat tanah dan galian, Boleh katakan semuanya serba lengkap, di darat, di laut, di udara. tetapi kenapa masih berlaku penyelewengan yang berluluasa kebalakangan ini.?.

Contoh di atas adalah salah laku yang dapat di bongkar, adakah pehak berkuasa tahu maseh banyak lagi salah laku yang di lakukan oleh penguatkuasa penguatkuasa yang telah di beri amanah ?. atau hanya mendiamkan diri kerana perkara tersebut tidak di ketahui umum?, tapi apabila ianya telah tersebar baru lah pehak berkuasa sebok untuk menjalankan siasatan dan menubuhkan jawatan kuasa atau menubuhkan suruhan jaya.

Apa yang merisaukan kita ialah salah laku yang di buat akan menyebabkan kesalamatan negara terancam, contohnya ialah kemasukan pendatang tanpa izin dengan senang di pintu pintu masuk pelabuhan dengan senang tanpa mengunakan pasport, hanya cuma perlu menyediakan rm sahaja untuk di hulurkan kepada penguat penguat kuasa yang bertugas dengan jumlah yang telah di tetapkan semua bisa masuk ke negara kita, jika dulu, mengikut cerita kawan saya,isterinya jika mahu mengchop pasport untuk melancung ke malaysia boleh siap pada hari yang sama,contohnya, visa sudah tamat, pergi ke rantau panjang chop, masuk golok chop dan boleh masuk balik pada hari yang sama dengan bayaran tertentu yang telah di  tetapkan, selepas kes penangkapan pegawai pegawai imegeration di pulau ketam tempoh hari, tata caranya telah berubah iaitu tidak boleh masuk balik ke malaysia, dan di kehandaki tinggal di negara asal bebrapa hari baru boleh di chop kembali pasport untuk masuk ke malaysia.

Begitu jugalah jika kita lihat di bandar bandar, juga di kampung kampung, di ladang ladang sawit dan getah, tapak tapak pembinaan berapa ramai pendatang yang berkerja tanpa memiliki dokument yang sah di ketahui oleh penguat kuasa setempat, tetapi tidak di ambil tindakan,jika datang pun bukan untuk memberkas tetapi memeras?, dapat apa yang di hajati balik, begitu lah seterusnya. Yang di atas jalan raya pula lain caranya, jika lori syarikat besar boleh membawa muatan berlebihan tanpa di kenakan saman oleh penguat kuaas, ianya boleh menbawa muatan sebanyak mana, sekerap mana ?, tanpa ada ganguan, kerana ianya telah di selesaikan se cara bulanan, contohnya lori lori kilang sawit atau lori balak.

Begitu jugalah di beberapa agensi agensi kerajaan lain yang menpunyai penguatkuasa penguatkuas sendiri yang sepatunya membenters penyelewengan, tetapi sebaliknya bersekongkokol dengan individu atau syarikat syarikat untuk melakukan perakara yang merugikan kerajaan dan menguntungkan mereka, sepatutnya kerajaan mendapat hasil tetapi di sebabkan penguatkuasa tidak mempunyai integriti kerajaan mengalami kerugian.

TERLALU BANYAK PERKARA YANG TIDAK BETUL YANG DI LAKUKAN OLEH PENGUATKUASA, PENJAWAT AWAM, AHLI AHLI POLOTIK TERMASUK YB DAN MENTERI MENTERI MERUGIKAN WANG RAKYAT, TETAPI IANYA SEOLAH OLAH DI BIARKAN SAHAJA ?

Saya cuma mengingatkan sahaja, rakyat akan rasa bosan dengan perkara perkara yang merugikan mereka, maka mungkin akan timbul dalam kepala mereka, apa salah jika kita cuba berikan kuasa kepada kerajaan lain,? takut takut dapat berubah buat sementara waktu, dan tidak terlalu kuat sangat makan rasuah,sebab kerajaan baru ?          WASALLAM


1 comment:

Anonymous said...

kebanyakan penjawat awam menyokong pas....tu laa keja mereka memburuk2kan kerajaan fikir2 kan laaa