Pages

Sunday, January 16, 2011

HANYA CALUN YANG BOLEH MENYUMBANG KEMENANGAN KEPADA BN SAHAJA YANG AKAN DI PILIH

Salam semua, sejuk dada, sedap telinga mendengar ungkapan yang di tuturkan  oleh pemimpin tertinggi BN yang kita banggakan selama ini, alahamdulillah, akan menang besarlah parti kerajaan di dalam pru ke 13 akan datang. saya pernah mendengar sendiri beliau berucap di satu dewan di kuantan pahang sebelum penamaan calun pru 12 yang lepas, nada yang sama pernah di ucapkan, bahkan beliau pernah mengatakan bahawa calun calun yang akan di beri peluang di pahang untuk bertanding dalam pru 12 hendaklah terdiri dari orang orang yang popular dikawasan masing masing, tak perlu pendidiikan tinggi?,tak perlu mempunyai jawatan di peringkat bahagian atau cawangan , janji,calun yang yang bertanding boleh memenangi kerusi tersebut.

Apakah benar kata kata beliau di PRU 12 dulu di kotakan di peringkat negeri pahang, berapa peratus calun calun di pilih berdasarkan rekod perkhidmatan mereka kepada parti dan masyarakat di pilih?, berapa peratus kah calun calun yang di pilih memang terdiri dari mereka yang kaki berkerja demi agama, bangsa dan negara di pilih ?jika di bandingkan dengan mereka yang kaki mengampu dan kaki putar belit di pilih ?.

Kita dapat lihat kebanyakan calun di pilih berdasarkan kepentingan peribadi dan masa depan pemimpin tertinggi, baik di peringkat pusat mahu pun peringkat negeri, PM mengatur stratigi meletak calunnya yang berpihak kepada beliau, sama juga, TPM, menteri besar, ketua pemuda pusat dan negeri, ini semua adalah berpaksikan kepada takut kehilangan kuasa, dalam erti kata mudah ialah kebanyakan calun yang di pilih bukan berdasarkan kepada rekod khidmat cemerlang mereka, tetapi berdasarkan calun itu orang saya. yang akan menentukan kedudukan jawatan  mereka di perhimpunan agong umno nanti, biar pun orang yang di calunkan adalah terdiri dari meraka yang tidak popular di tempat mereka, ada sesetengah mereka caranya lebih teruk dari perompak lagi?. mungkin yang memilih di peringkat negeri pun sama teruk juga , takut untuk memilih calun calun yang betul betul di sukai oleh rakyat, Takut nampak perubahan drastik yang akan di lakukan oleh pemimpin baru yang berpotensi menjalan kan kerja dengan ikhlas dan jujur, ini lah penyakitnya umno dan bn ?.

Kita ketahui ada beberapa agensi kerajaan yang telah di tugaskan oleh pehak kerajaan untuk memantau prestasi bakal bakal calun atau orang tertentu yang mempunyai kepimpinan yang baik yang berpotensi di jadikan calun di sesautu kawasan itu, kita ada penerangan, kita ada jasa, kita ada sb dari pasukan polis, juga ada risik dari tentera berserta dengan pegawai seranta dan lain lagi yang telah membuat lapuran terpinci mengenai potensi setiap calun calun, ajk bahagian juga ahli masyarakat dan kaki tangan awam yang mempunyai kelibar yang baik, lapuran tersebut di salurkan kepada bos masing masing di peringkat pusat dan negeri, dan seterusnya di salurkan kepada pihak atasan kerajaan untuk di buat penduan. persoalan nya sekarang,  adakah pehak tertentu menguna pakai apa yang telah di lapurkan oleh agensi terbabit?.

Jadi untuk PRU 13 nanti DSN PM kita telah mempunyai kuasa penuh untuk mementukan calun calun, jika dulu mungkin tidak, banyak pengaruh pengaruh luar mempunyai tangan ghaib menentukan calun, jadi untuk PRU 13 akan datang ini kita tidak mahu lagi dengar ada rakyat berkata bahawa ada lagi tangan tangan ghaib yang  membuat keputusan menentukan calun calun untuk kepentingan peribadi pemimpin pemimpin tertentu, untuk kepentingan kuasa di perhimpunan agong umno?. jika boleh sebarang keputusan bini jangan campur ??

Ingat !, rakyat sebenarnya telah bosan,telah jelak, menyampah dengan sikap pemimpin pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi yang melampau, ubah lah sikap, jangan anggap kuasa yang di beri oleh rakyat itu merupakan satu lesen untuk yb yb mencari kekayaan, ubah dan anggap kita yang menang bukan sebagai  yang berhurmat, tetapi sebagai orang yang berkhidmat, jangan anggap status yb sebagi tempat mencari kekayaan, elaun telah di beri, tuntutlah seberapa banyak elaun yang layak di tuntut, rakyat tak marah?.

Jadi, untuk PRU 13 ini kita berharap agar dapatlah kita melihat senarai calun calun yang akan di pilih oleh pemimpin tertinggi BN nanti adalah terdiri dari calun calun yang di senangi. di sukai oleh rakyat setempat, iaitu popular, tiada lagi calun calun payung terjun di tonjolkan untuk pru kali ini. Rakyat tidak meminta lebih dari DSN, cuma pilih lah calun seperti apa yang di katakan di serawak semalam. rakyat bawahan tidak dapat apa apa jika sesiapa pun memerintah, bagi kami rasanya lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya?.

Fikir fikir kan lah, rakyat mempunyai peluang memilih lima tahun sekali, tetapi yb yb yang menang mempunyai peluang sepanjang tahun sama ada memberi khidmat cemerlang atau cemerlang dalam mengumpul kekayaan peribadi?

Monday, January 3, 2011

KECENDERUNGAN MEMBURUK BURUK KAWAN SEPERJUANGAN ?.

MEMBUKA PEKUNG SATU LAMBANG PERJUANGAN.

Sejak akhir akhir ini jelas kita nampak trand penyokong penyokong pemimpin parti politik, memainkan sentimen peribadi  untuk menyerang kawan seperjuangan mereka, Untuk apa mereka melakukan sedemikian ?. ianya perlu di bincangkan mengapa dan kenapa mereka melakukan sedemikian rupa ?.

Ada yang mereka tulis, tentang kecurangan yang di lakukan oleh pemimpin pemimpin tertentu, ada yang menulis, karakusan mencari kekayaan, ada yang menulis mengatakan pemimpin pemimpin mempunyai agenda tersembunyai selepas menjadi yang berhurmat, ada yang menulis pemimpin yang di beli oleh bangsa asing dan berbagai lagi kelemahan pemimpin parti politik yang di tonjolkan oleh penulis dan pembaca blog serta komen komen yang di berikan, malah ada komen dan tulisan penulisan blog begitu amat mengaibkan bukan kepada pemimpin, tetapi kepada oraang yang tak bersangkut paut dengan persoalan yang di bangkitkan, sehingga nama nama gelaran yang tak sepatutnya di keluarkan atau di tulis telah menjadi mainan mereka.

Kebelakang ini kita nampak penulis menyerang prestasi pemimpin pemimpin politik, ada yang mengatakan pemimpin pemimpin tidak menjalankan gerak kerja tempat yang di wakalinya dan bermacam macam lagi kelemahan  yang sebelum ini tidak pernah di perkatakan oleh sang penulis tersebut, sehingga mengatakan mendapat maklumat dari akar umbi ahli ahli parti politik setempat. mengikut maklumbalas yang di perolehi wakil rakyat tidak menjalankan kerja seperti biasa, dan mungkin menyebabkan parti akan kalah dalam PRU 13 nanti ?, ada kah betul apa yang di perkatakan tersebut atau menpunyai unsur unsur lain yang tersembunyi?.

Saya cukup pelik bin ajaib dengan sikap ahli ahli parti politik yang sedemikian, sanggup menulis menghebahkan kan apa kelemahan kawan seperjuangan, menghebahkan maklumat kekukarang parti kita di media maya, jika kita tidak menulis setiap nama pemimpin yang kita burukan itu,  semua  orang akan tahu siapa dia pemimpin itu ?. setengah pemimpin pula di puja puja dengan berbagai pujian. jika semua apa yang di perkatakan itu adalah benar belaka pun ?, sepatutnya kita tidak boleh menghebahkan di tulisan blog kita, kerana kita satu perjuangan. Rakyat sendiri sudah tahu tanpa kita menghebahkannya.?

Masih ada lagi saluran yang sepatutnya kita gunakan untuk kita menyatakan ketidakpuasan hati kita terhadap prestasi yang di tunjukkan oleh pemimpin pemimpin kita, tapi jika pehak penulis mewakali pihak PEMBANGKANG ok teruskan agenda saudara, kerana itu adalah tugas saudara untuk menjatuhkan pemimpin pemimpin kerajaan.

Tapi kita wajib ingat, setiap apa yang kita perkatakan itu tentang keburukan manusia lain memang tidak betul atau tidak tepat serta menpunyai niat yang terselindung, maka tunggu lah pembalasan DI AKHRIAT NANTI. kerana kita belum pasti dapat memohon keampunan dari mereka mereka yang kita telah katakan.

Fikir fikirkan lah kerana kita ada dunia ( ALAM ) lain yang kita akan tuju selepas kita mati, WASALLAM