MEMBUKA PEKUNG SATU LAMBANG PERJUANGAN.
Sejak akhir akhir ini jelas kita nampak trand penyokong penyokong pemimpin parti politik, memainkan sentimen peribadi untuk menyerang kawan seperjuangan mereka, Untuk apa mereka melakukan sedemikian ?. ianya perlu di bincangkan mengapa dan kenapa mereka melakukan sedemikian rupa ?.
Ada yang mereka tulis, tentang kecurangan yang di lakukan oleh pemimpin pemimpin tertentu, ada yang menulis, karakusan mencari kekayaan, ada yang menulis mengatakan pemimpin pemimpin mempunyai agenda tersembunyai selepas menjadi yang berhurmat, ada yang menulis pemimpin yang di beli oleh bangsa asing dan berbagai lagi kelemahan pemimpin parti politik yang di tonjolkan oleh penulis dan pembaca blog serta komen komen yang di berikan, malah ada komen dan tulisan penulisan blog begitu amat mengaibkan bukan kepada pemimpin, tetapi kepada oraang yang tak bersangkut paut dengan persoalan yang di bangkitkan, sehingga nama nama gelaran yang tak sepatutnya di keluarkan atau di tulis telah menjadi mainan mereka.
Kebelakang ini kita nampak penulis menyerang prestasi pemimpin pemimpin politik, ada yang mengatakan pemimpin pemimpin tidak menjalankan gerak kerja tempat yang di wakalinya dan bermacam macam lagi kelemahan yang sebelum ini tidak pernah di perkatakan oleh sang penulis tersebut, sehingga mengatakan mendapat maklumat dari akar umbi ahli ahli parti politik setempat. mengikut maklumbalas yang di perolehi wakil rakyat tidak menjalankan kerja seperti biasa, dan mungkin menyebabkan parti akan kalah dalam PRU 13 nanti ?, ada kah betul apa yang di perkatakan tersebut atau menpunyai unsur unsur lain yang tersembunyi?.
Saya cukup pelik bin ajaib dengan sikap ahli ahli parti politik yang sedemikian, sanggup menulis menghebahkan kan apa kelemahan kawan seperjuangan, menghebahkan maklumat kekukarang parti kita di media maya, jika kita tidak menulis setiap nama pemimpin yang kita burukan itu, semua orang akan tahu siapa dia pemimpin itu ?. setengah pemimpin pula di puja puja dengan berbagai pujian. jika semua apa yang di perkatakan itu adalah benar belaka pun ?, sepatutnya kita tidak boleh menghebahkan di tulisan blog kita, kerana kita satu perjuangan. Rakyat sendiri sudah tahu tanpa kita menghebahkannya.?
Masih ada lagi saluran yang sepatutnya kita gunakan untuk kita menyatakan ketidakpuasan hati kita terhadap prestasi yang di tunjukkan oleh pemimpin pemimpin kita, tapi jika pehak penulis mewakali pihak PEMBANGKANG ok teruskan agenda saudara, kerana itu adalah tugas saudara untuk menjatuhkan pemimpin pemimpin kerajaan.
Tapi kita wajib ingat, setiap apa yang kita perkatakan itu tentang keburukan manusia lain memang tidak betul atau tidak tepat serta menpunyai niat yang terselindung, maka tunggu lah pembalasan DI AKHRIAT NANTI. kerana kita belum pasti dapat memohon keampunan dari mereka mereka yang kita telah katakan.
Fikir fikirkan lah kerana kita ada dunia ( ALAM ) lain yang kita akan tuju selepas kita mati, WASALLAM
No comments:
Post a Comment