Pages

Tuesday, November 30, 2010

KEGIATAN JUDI MESIN SLOT KUMPUTER BERLULUASA KEMBALI.

Bloger Cg. Pian pernah menulis di posting blognya beberapa bulan lalu, dan saya juga telah memberi komen di blog beliau dengan panjanag lebar, mengapakah perusahaan ini tidak dapat di benteras seperti juga untuk membenteras penulis penulis EKOR TANPA LESEN, yang juga di kenali oleh pengemar pengemar nombor ekor atau no ramalan, EKOR HARAM, yang mana sebenarnya keduadua nombor ramalan yang berlesen atau tidak mempunyai lesen itu adalah haram di sisi agama kita.

Apa yang menjadi masaalah nya sekarang boleh di katakan hampir 95% pengemar pengemar mesin slot judi tersebut ada lah terdiri dari orang orang melayu yang mempunyai pendapatan serdahana dan juga ada yang tidak berkerja, berkerja sendiri serta dari gulungan kaki tangan kerajaan dan pesara kerajaan, dan yang membuka kedai tersebut terdiri dari bangsa lain dari melayu, begitu juga bagi yang menjalankan penjualan nombor ramalan yang tidak mempunyai lesen.

Sekarang, juga dahulu perniagaan ini di jalankan secara terang terangan, jika penjual nombor ramalan menjalalkan aktiviti mereka dengan tidak perlu menyewa kedai dan keperluan perlatan kumputer, dengan mundar mandir di kawasan bandar lama, kawasan industri ataau pun dari rumah ke rumah, mereka ini tanpa segan silu untuk menjalankan operasi mereka walau pun mereka ketahui perbuatan mereka itu adalah salah. dan ramai pelanggan mereka adalah majoritinya melayu. Kumpulan pengemar perjudian tikam nombor ini berpindah arah membeli mengunakan penulis penulis nombor ramalan haram ini, adalah di sebabkan rasa takut kepada penguat kuasa jabatan agama islam pahang, yang selalu mengempur pembeli pembeli untuk membeli di premis jualan nombor ramalan yang berlesen.

Bagi premis premis yang menjalankan kegiatan judi mesin slot kumputer pula, ianya  berselindung di sebalik kedai mainan kumputer, yang mana diletakan tiga puluh ke empat puluh moniter kumputer  yang telah di ubah suai cpu ke ala mesin slot judi di genting atau di les vegas usa, ianya di lengkapi dengan sistem ccty, dan pintu nya di kunci secara berpusat. ini waktu dulu dulu, tetapi sekarang mereka telah membuka premis mereka secara terang terangan,

Kemungkinan juga tokey tokey tersebut telah mendapat lesen dari majlis daerah, polis atau kementerian keawangan Malaysia agaknya, sebab itu ianya di jalankan secara terbuka, tetapi jika premis premis tersebut tidak mempunyai lesen, mengapakah ianya di biarkan beroperasi sewenang wenagnya tanpa di ambil tindakkan oleh pehak yang berwajib, pehak penguat kuasa bukan tak tahu perkara seperti ini telah berlaku sekian lama, bahkan pehak PENGUAT KUASA YANG DI BBERI KUASA PUN ADA JUGA MENBELI NOMBOR EKOR DARI PENJUAL YANG TIDAAK MEMPUNYAI LESEN, BEGITU JUGA DENGAN PERMAINAN JUDI MESIN SLOT.

Saya pernah bercerita dengan salah seorang bekas perkerja di premis mesin slot di bandar jerantut, yang mana saya bertanya kepada beliau sama ada premis tersebut mempunyai lesen atau tidak ?. beliau menjawab tak ada, dan saya bertanya lagi tak takut kena serbu atau pernah di serbu tak ?, beliau dengan selamba menjawab, nak takut apa ?, beliau menjawab semua sudah ada kila kila ma, tangkap punya jam, pegi sana balai, sekejap saja tokey sudah kila kila atas punya olang, semua sudah boleh keluar, esok lagi mukak opelasi maa..sama juga dengan penjual ekor tanpa lesen, tangkap!, tokey sudah kauteng?. Jadi saya tanya dia kenapa dia berhenti kerja di premis tersebut, dia menjawab, banyak letih, gaji mahal tapi tak ada lehat maa, cuti sehari sebulan, lagi asap rokok telalu manyak.

Mengikut kata bekas perkerja premis tersebut, di dalam premis tersebut di sediakan ,minuman, makan dan rokok bagi pemain pemain, dia bercerita lagi bahawa tiada yang menang jika bermain dengan mesin kumputer tersebut, jika ada yang menang dua tiga orang, esoknya mereka akan datang melabur lagi dan seterusnya yang menang semalam habis,malah wang yang berada di dalam pokek yang di bawa bersamaa duit menang semalam pun licin, yang menangnya tokey, kata beliau,itu sebab tokey tak takut, kerana wang manyak?.

Untuk mengelakkan orang orang melayu kita akan tersus hanyut di meja kumputer judi ini serta menghabiskan beribu ribu ringgit dalam masa sehari bagi setiap pemain, adalah di pohon di kuatkuaskan lah undang undang yang sedia ada oleh agensi agensi yang terlibat, selamatkan lah orang orang melayu jerantut ini khasnya dan ada juga pemain pemain yang datang dari daerah lain juga, yang mencuba untung nasib di meja judi kumputer di jerantut ini.

Tetapi jika benar benar premis ini telah mendapat lesen untuk beroperasi menjalankan aktiviti judi mesin slot ini saya tak tahulah , mungkin kerajaan yang ada sekarang merasa perlu untuk meluluskan nya atas sebab apa kita tidak tahu ?, mungkin ketiadaan cukup kewangan bagi menampung perbelanjaan pembangunan negara agaknya.?

Tapi perlu kita ingat, judi ini melalaikan semua, lalai terhadap rumahtangga, terhadap tugas pejabat, lalai terhadap mencari nafkah dan akhirnya lalai terhadap AGAMA. FIKIR FIKIRKANLAH SEBELUM TERLAMBAT, JIKA KERAJAAN NAK ANGGAP JUDI INI SATU PERNIAGAAN, BAIK BUAT BETUL BETUL, BERI SEMUA LESEN KEPADA YANG BERMINAT NAK MENJALANKAN PERNIAGAAN JUDI MESIN SLOT, ARAHKAN MDJ MENGELUARKAN LESEN, SUPAYA MENJADI HALAL, KITA BOLEH LIHAT NANTI, DI KAWASAN BANDAR INDRAPURA,BANDAR LAMA  DAN KAWASAN BANDAR BARU DATO SRI AKAN DI PENUHI PREMIS JUDI MESIN SLOT KUMPUTER BERBAGI NAMA, NAMPAK MERIAH BANDAR JERANTUT INI ,KERANA RAMAI PENGUNJUNG DATANG BERMAIN JUDI DI BANDAR JERANTUT INI, MACAM SATU KETIKA DAHULU ?.

Pehak berkuasa dan kerajaan boleh mengutip hasil cukai lesen dan cukai keuntungan koprat syarikat perjudian mesin slot judi tersebut. Dengan jumlah kutipan yang banyak boleh membantu membangunkan bandar jerantut ini dengan lebih indah lagi, jika tanpa lesen, CUKAI MASIH DI KUTIP, TAPI OLEH SIAPA HA ?.................

Sunday, November 28, 2010

RESAM MANUSIA.

SUDAH TERHANTUK BARU TERNGADAH.

Kabinet telah bersetuju menubuhkan jawatan kuasa bersama membenteras penyelewengan disel bersubsidi, ianya di terajui oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan hal ehwal Penguna, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, LPKP serta SPRM. Ini dalah di sebabkan kehilangan banyak duit rakyat, di sebab berlakunya  penyalah gunaan kuasa oleh individu tertentu yang telah bersengkokol dengan koperasi koperasi yang sepatutnya menjaga kepentingan nelayan nelayan kita., Persoalannya ialah kenapa sudah berlaku perkara perkara yang tidak betul baru heboh untuk mencari punca bagi membenterasnya???????????.

Kita,yang sebenarnya mempunyai cukup penguat kuasa undang undang yang telah di lantik oleh kerajaan didalam berbagai bidang jabatan dan kementerian, kita ada, polis merin, upp, polis, askar, pegawai imegeration, pegawai kastam,penguatkuasa bandaran, majlis daerah dan bandar raya, bah kan rela pun di beri kuasa oleh kerajaan, pegawai jpj serta penguat kuasa perdagangan dalam negeri dan pegawai SPRM. begitu juga di peringkat negeri, kita ada pegawai jabatan hutan, pegawai pegawai penguat kuasa dari pejabat tanah dan galian, Boleh katakan semuanya serba lengkap, di darat, di laut, di udara. tetapi kenapa masih berlaku penyelewengan yang berluluasa kebalakangan ini.?.

Contoh di atas adalah salah laku yang dapat di bongkar, adakah pehak berkuasa tahu maseh banyak lagi salah laku yang di lakukan oleh penguatkuasa penguatkuasa yang telah di beri amanah ?. atau hanya mendiamkan diri kerana perkara tersebut tidak di ketahui umum?, tapi apabila ianya telah tersebar baru lah pehak berkuasa sebok untuk menjalankan siasatan dan menubuhkan jawatan kuasa atau menubuhkan suruhan jaya.

Apa yang merisaukan kita ialah salah laku yang di buat akan menyebabkan kesalamatan negara terancam, contohnya ialah kemasukan pendatang tanpa izin dengan senang di pintu pintu masuk pelabuhan dengan senang tanpa mengunakan pasport, hanya cuma perlu menyediakan rm sahaja untuk di hulurkan kepada penguat penguat kuasa yang bertugas dengan jumlah yang telah di tetapkan semua bisa masuk ke negara kita, jika dulu, mengikut cerita kawan saya,isterinya jika mahu mengchop pasport untuk melancung ke malaysia boleh siap pada hari yang sama,contohnya, visa sudah tamat, pergi ke rantau panjang chop, masuk golok chop dan boleh masuk balik pada hari yang sama dengan bayaran tertentu yang telah di  tetapkan, selepas kes penangkapan pegawai pegawai imegeration di pulau ketam tempoh hari, tata caranya telah berubah iaitu tidak boleh masuk balik ke malaysia, dan di kehandaki tinggal di negara asal bebrapa hari baru boleh di chop kembali pasport untuk masuk ke malaysia.

Begitu jugalah jika kita lihat di bandar bandar, juga di kampung kampung, di ladang ladang sawit dan getah, tapak tapak pembinaan berapa ramai pendatang yang berkerja tanpa memiliki dokument yang sah di ketahui oleh penguat kuasa setempat, tetapi tidak di ambil tindakan,jika datang pun bukan untuk memberkas tetapi memeras?, dapat apa yang di hajati balik, begitu lah seterusnya. Yang di atas jalan raya pula lain caranya, jika lori syarikat besar boleh membawa muatan berlebihan tanpa di kenakan saman oleh penguat kuaas, ianya boleh menbawa muatan sebanyak mana, sekerap mana ?, tanpa ada ganguan, kerana ianya telah di selesaikan se cara bulanan, contohnya lori lori kilang sawit atau lori balak.

Begitu jugalah di beberapa agensi agensi kerajaan lain yang menpunyai penguatkuasa penguatkuas sendiri yang sepatunya membenters penyelewengan, tetapi sebaliknya bersekongkokol dengan individu atau syarikat syarikat untuk melakukan perakara yang merugikan kerajaan dan menguntungkan mereka, sepatutnya kerajaan mendapat hasil tetapi di sebabkan penguatkuasa tidak mempunyai integriti kerajaan mengalami kerugian.

TERLALU BANYAK PERKARA YANG TIDAK BETUL YANG DI LAKUKAN OLEH PENGUATKUASA, PENJAWAT AWAM, AHLI AHLI POLOTIK TERMASUK YB DAN MENTERI MENTERI MERUGIKAN WANG RAKYAT, TETAPI IANYA SEOLAH OLAH DI BIARKAN SAHAJA ?

Saya cuma mengingatkan sahaja, rakyat akan rasa bosan dengan perkara perkara yang merugikan mereka, maka mungkin akan timbul dalam kepala mereka, apa salah jika kita cuba berikan kuasa kepada kerajaan lain,? takut takut dapat berubah buat sementara waktu, dan tidak terlalu kuat sangat makan rasuah,sebab kerajaan baru ?          WASALLAM


Thursday, November 25, 2010

RASUAH DAN PELACURAN MERUPAKAN SATU INDUSTRI .

Apabila kita bercakap dapatkah kerajaan kita membamsi RASUAH?, jawapan nya,amat sukar, mungkin tidak sama se kali?, seperti juga pehak berkuasa ingin membasmi SENDIKIT PELACURAN,. Kedua dua indusri ini telah ujud begitu lama di merata dunia, banyak blog menulis tentang rasuah dan penglibatan individu tertentu dengan rasuah.

Kenapa saya mengatakan kedua dua , rasuah dan pelacuran merupakan satu industr?, ianya menberikan pendapatan yang amat lumayan, baik kepada, peneriama rasuah serta juga pemberi rasuah, begitu juga pelacuran,penyedia perkhidmatan, pembekal perkhidmatan (tokey) serta penguat penguat kuasa yang berkaitan, kesemuanya akan mendapat laba yang amat menguntungkan.

Semalam dalam berita ada menyiarkan penangkapan oleh SPRM berhubung penyelewengan disel subsidi kepada koperasi nelayan di beberapa negeri, jumlah yang di selewengkan dari beberapa koperasi nelayan di beberapa buah negeri tersebut tidak lah sampai berbilion rm nilainya, tindakan telah di buat oleh pehak SPRM, Apabila pehak SPRM telah mengambil tindakan, maka akan hilang lah punca pendapatan lumayan individu tertentu di beberapa koperasi nelayan serta juga agensi kerajaan yang baerkaitan.ini lah beberapa contoh atau boleh kita ketogerikan " INDUSTRI KECIL DAN SERDAHANA RASUAH ". yang selalu melibat penguatkuasa penguatkuasa yang di amanahkan untuk membenteras industri pelacuran, perjudian nombor ekor, perjudian mesin slot, pendatang tanpa izin, penyeludup rokok dan macam macam lagi industri kecil dan serdahana yang salah di sisi undang, tapi di halalkan oleh penguat kuasa yang menjadi kan rasuah sebagai industri kelompok mereka ?.

Cuba kita lihat pulak industri rasuah di peringkat pusat dan negeri pun sama, tapi mungkin melibatkan keuntungan atau pulangan perniagaan dari aktiviti rasuah berjumlah besar melebehi ratusan juta bahkan mencecah bebilion bilion, Kita boleh kaji dan kira, pendapatan dari gaji menjadi menteri, ketua menteri, menteri besar serta exco, ahli perlimen dan ahli dewan undangan negeri berapa sebulan pendapatan mereka ?
tapi cara dan gaya hidup mereka melebehi pendapatan, kita pergi ke negeri di malaysia timur, boleh di katakan separuh negeri tersebut hartanah nya di miliki oleh orang yang paling berkuasa di negeri tersebut, kebanyakan bangunan dan perniagaan di miliki oleh keluarga mereka, dari mana punca kekayaan mereka perolehi sehingga hartanah di luar negara mereka mampu miliki, tak lain tak bukan dari industri RASUAH DAN PENYALAH GUNAAN KUASA.

Jadi apabila kepalanya menjadikan rasuah sebagai industri untuk mencari kekayaan, maka kuncu kuncu di bawah atau ekor akan turut sama melakukan, kita dengan lantang mengatakan penjawat awam melakukan rasuh dan mesti di benteras, maka SPRM pun menjalankan tugasnya dengan menangkap penjawat penjawat awam yang melakukan industri rasuah, tapi kepalanya masih lagi  bebas melakukan rasuah berbilion billion rm kalau ada pun tangkapan di buat, di lakukan setelah kepala kepala nya besara baru berani. Sama juga dalam isu ketirisan, di dalam perhimpunan parti, gegak gempita perwakilan termasuk menteri menteri dengan lantang menyebut siapa dalang menyebabkan ketirisan, jika penjawat penjawat awam menyebabkan ketirisan berlaku maka yang sebenarnya kepala kepala kerajaan lah yang telah menebuk lubang, ertinya penjawat awam mendapat titisan menakala kepala kepala kerajaan mendapat kobocoran yang melimpah ruah, jadi adakah industri rasuah ini senang senang untuk di hapuskan?, SUSAH, SEBAB SEMUA YANG TERLIBAT MENDAPAT HABUAN DARI INDUSTRI ITU.

Jika kita rasa susah sangat nak membukti kan mereka mereka yang terlibat untuk mengaku menjalankan industri rusuah, saya cadang kan bagi yang ber agama ISLAM, PM DSN, panggil dan kompul kan kepala kepala kerajaan, himpun dalam satu mesjid, bagi satu sorang al-quran, junjong atas kepala dan bersumpah, WALLAHI, WABILIHI, WATOLAHI. tak pernah se sekali pun menyalahguna kuasa dalam masa perkhidmatan, termasuk lah penjawat awam yang mempunyai kuasa.

Jika harapkan pendapatan gaji dan pinjaman perumahan dan bank, rasanya tak mampu untuk membina mahligai bernilai berjuta juta ringgit, berapa puluh tahun duit gaji di simpan untuk membina rumah dan memiliki beberapa biji kereta mewah ?, Jadi saya rasa, undustri rasuah dan pelacuran ini tidak dapat kita benteras walau pun kita bertukar kerajaan, kerana ianya merupakan satu industri yang amat menguntungkan kedua belah pehak, BAK KATA DUIT DAN BUR** MEMANG TIDAK DAPAT DI PISAHKAN, IANYA AKAN TERUS BERJALAN SEIRING SELAGI ADA PERMINTAN, IANYA AMAT DI SUKAI OLEH ORANG ORANG POLITIK DAN SEMUA MANUSIA... KAH KAH KAH. sebab apa saya selitkan industri pelacuran?, kerana kekadang ada juga yang meminta rasuah sex, MEDAN KE, BANDUNG KE ?, kah kah kah.

FIKIR FIKIR KAN LAH, WASALLAM

Sunday, November 21, 2010

JALAN YANG GELAP ?.

Salam semua, bukan mahu bercerita tentang hantu, tentang, tempat maksiat atau di penghujung perjalanan sesiapa, cuma hari ini saya ingin mengatakan ada sedikit kekurangan kecerian bandar jerantut di waktu malam.

Saya tidak tahu kenapa dan sebab apa ?, saya belum mendapat apa berita di hujung telinga saya apa yang sebenarnya  berlaku hingga ke saat ini yang menyebabkan bandar kita seperti bandar yang di tinggalkan,malap dan gelap khususnya de kiri kanan jalan ( BOLEH KITA KATAKAN LEBUHRAYA LAH ) diantara lampu isyarat dekat mesjid baru sehinggalah ke persimpangan pusingan u ke sungai jan.

Jika dulu kita terasa amat teruja dengan perubahan mendadak yang di laksana kan oleh MDJ, khususnya untuk menceriakan pemandangan di waktu malam, lampu kiri kanan jalan di nyalakan,nampak lurus dan sebaris, habis pokok pokok kiri kanan jalan di pasang dengan lampu limpah berwarna warni di pancarkan ke rimbunan dedaduan setiap pokok, menampakkan kegemerlapan cahaya hijau daun di suluh dengan berbagai warna lampu.sungguh kreatif kaki tangan MDJ, syabas di ucapkan.

Seperti yang saya katakan kenapa ianya terjadi seperti sekarang ini, lampu lampu jalan sudah tidak menyala lagi, begitu juga dengan lampu lampu limpah yang menerangi pepohon di sekitar bandar, cuba anda bayangkan jika semua lampu di banggunan persendirian di tutupkan, apa jadi, seram rasanya jika kita ingin berjalan jalan.

Awal malam tadi sewaktu saya melalui jalan tersebut,selain di terangi oleh lampu lampu kenderaan,nasib baik bangunan di kiri kanan masih menyalakan lampu di premis masing masing, selain dari itu jika kita datang dari arah temerloh, jika siang hari kita dapat lihat dengan jelas gambar gambar pemimpin pemimpin tertinggi kita juga gambar KDYMM Sultan kita dan SULTANAH serta DYTM Tengku Mahkota dan Tengku puan.

Tapi sayang bila kita melihat di waktu malam, cahaya yang menerangi tidak cukup untuk menerangkan gambar gambar tersebut, pada pandangan saya, tidak sesuai gambar pemimpin kita di letakan terlalu rendah, sehinggakan amat senang di capai oleh sesiapa sahaja,ianya amat mudah di apa apa kan ?,jika boleh lah gambar gambar tesebut di angkat tinggi sedikit, dan di pancarkan dengan lampu limpah agar menambahkan serinya lagi.

Kita tahu di belakang gambar tersebut ada satu monument yang bertulis selamat datang ke jerantut,tapi untuk apa?, walau pun ianya di sinari oleh lampu limpah tapi langsung tidak berfungsi kerana ianya di lindungi, tak tau lah kotkot masa  membuatnya dulu tidak memerlukan peruntukan atau ianya tumbuh sendiri di situ sebelum gambar gambar di tegapkan.mungkin tiada perancangan tepat ?

Bukan niat saya ingin mengatakan agensi ini ,agensi itu tak betul ?, tapi saya cuma memberitahu perkara yang sedang berlaku, takut takut ada yang terlepas pandang, bukan apa? bandar kita adalah merupakan bandar pintu masuk pelancung pelancung ke taman negara, ada yang bermalam di bandar Jerantut, kita takut pandangan pertama mereka terhadap jerantut daerah pelancungan.

Apa yang saya harapkan, ianya bukanlah merupakan salah pandang agensi terbabit, mungkin di waktu ini MDJ sedang menaiktaraf bandar jerantut melibatkan pemasangan kabel kabel elektrik, JIKA INI LAH PENYEBABNYA, MAKA BOLEH LAH KITA TERIMA, KENAPA LAMPU LAMPU JALAN DAN LAMPU LAMPU LIMPAH DI POKOK POKOK TIDAK MENYALA SELAMA INI?.

WASALLAM

MEMBINA PERIBADI

DENDAM DAN MEMBANTERASNYA.

PENGERTIAN DENDAM:

Dendam dan hasad dengki merupakan penyakit hati yang sering berlaku di dalam masyarakat. Penyakit yang membawa kepada dosa ini amat sukar untuk di ubati, apatah lagi jika ianya berpunca dari penganiayaan atau penzaliman.

      Misalnya seseorang telah di aniaya atau di zalimi oleh seseorang yang MEMEGANG KUASA, contohnya di dalam politik, kementerian, peringakat jabatan, peringkat daerah hatta peringkat kampung serta di dalam kelompuk kekelurgaan, dan tidak berdaya olehnya untuk menentang. Ketika itu lah orang yang di zalami, terpaksa memendam perasaan sakit hati yang tidak terkira. Perasaan itu akan terus membara di dalam jiwa dan raga, sebagaimana terhimpun nya belerang di dalam GUNUNG BERAPI MERAPI, menunggu masa hendak meledaknya, seperti yang sedang berlaku sekarang.

       Meski pun agama menyuruh kita, hambanya supaya terus bersabar dan menahan perasaan marah itu dari terus meledak, namun kita sebagai manusia, sifatnya tidak berdaya hendak menentangnya. Keinginan untuk menuntut bela diatas kezaliman yang di lakukan terhadap kita, sentiasa berlegar legar di kepala kita. Apabila perasaan itu tidak dapat di bendung lagi, sedangkan keupayaan untuk menuntut bela dari segi FIZIKAL dan KEWANGAN tidak mengizinkan, maka timbullah ke inginan di sanubari sessorang untuk membalas DENDAM dengan apa cara se kali pun.

       Satu daripada cara yang selalu berlaku di dalam masyarakat kita untuk membalas dendam, ialah melalui perbuatan HASAD DENGKI, mungkin juga mencederakan orang yang zalim atau merosakan harta bendanya, ada juga sampai melakukan perkara di luar batas perilaku kita sebagai manusia. Mereka tahu semua perbuatan tersebut di larang di dalam agama dan undang undang negara.

Oleh yang demikian, dendam bererti apabila seseorang merasa terlalu MARAH terhadap seorang yang lain, di ikuti dengan perasaan membenci dan menjauhi diri terhadap orang tersebut, sifat begini akan terus kekal di dalam hatinya

       Dendam adalah sifat yang bertentangan denag ciri ciri hidup seorang ISLAM dan di larang. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud " BAHAWA ORANG MUKMIN ( BERIMAN )  ITU BUKANLAH SEORANG YANG PENDENDAM ". Kerana sifat pendendam bukan lah sifaf orang orang yang beriman.

       Imam Ghazali telah membuat kajian bahawa sifat DENDAM yang berpunca dari sifat MARAH itu boleh menimbulkan lapan perkara yang mungkar dan membinasakan, ia itu :

1. Timbul perasaan hasad dengki ia itu tidak suka melihat seseorang itu hidup dan mengcap nikmat, ia berharap agar kesenangan dan kenikmatan orang itu terhapus,perbuatan ini dalah perbuatan orang orang yang munafik.
2. Sifat hasad dengki yang mendendam itu akan bertambah di dalam hati, ia merasa amat gembira jika orang yang di dendamnya itu di timpa bencana atau musibah.
3.Ia memutuskan hubungan persaudaraan dan silaturahim dengan orang yang di dendami nya itu, sehingga tidak mahu lagi bertegur sapa, sehingga sanggup memburuk buruk atau menghina walau saudara sendiri.
4. Jika orang yang di dendamnya itu lebih rendah taraf dan kedudukannya, ia akan memaling muka dan mengangap kecil serta menghinanya.
5. Ia akan memperkatakan tentang orang yang di dendam itu dengan pelbagai kata nista, tidak kira dengan cara berbohong, mendedahkan keburukannya, mengumpat, menghina dan seumpamanya.
6. Ia akan meniru kelakuan orang yang di dendannya dengan tujuan mengejek ejek atau mendedahkan keburukannya.
7. Ia mungkin akan melakukan kezaliman terhadap orang yang di dendamnya dengan berbagai cara.
8. Ia akan menahan hak hak yang sepatutnya di perolehi oleh seseorang yang di dendamnya.

Oleh itu ingat lah wahai saudara saudara ku, tinggalkan lah amlan kita yang bertentangan dengan hukum agama, INGAT LAH JIKA KITA DI BERI KUASA, GUANKAN LAH KUASA KITA DENGAN CARA YANG BETUL, JIKA KITA DI LANTIK SEBAGAI PEMIMPIN PEMIMPIN LAKSANAKAN LAH SEGALA TUGAS KITA HANYA KERANA ALLAH, BERILAH LAH APA APA KEPADA YANG HAK DENGAN ADIL, JIKA KITA DI TAKDIRKAN MENJADI PENYOKONG SETIA KEPADA PEMIMPIN PEMIMPIN, JADILAH PENYOKONG YANG ADA PERISIP, BERCAKAP BENAR JIKA KITA RASA APA YANG DI LAKUKAN OLEH BOS KITA SALAH DI SISI AGAMA DAN MORAL.BERCAKAP BENAR LAH KERANA IANYA DI TUNTUT OLEH AGAMA KITA.

Fikir fikirkan lah lah, saya menulis bukan kerana mempertahan kan sesaorang, saya menulis kerana saya fikir banyak  PERKARA YANG TAK BETUL DI LAKUKAN, DI KATAKAN BETUL OLEH SESETENGAH PEHAK, SEHINGGA SANGGUP MENIIPU FAKTA DAN MENGATAKAN BAHAWA ORANG LAIN YANG TAK BETUL INGAT ALLAH S.W.T. TIDAK DAPAT KITA TIPU.

FIKIR FKIR KAN LAH BANYAK KALI.  WASALLAM


    




Friday, November 19, 2010

AWAS PENDUDUK PENDUDUK WILAYAH MAJLIS DAERAH JERANTUT

OPERASI SITAAN HARTA OLEH PENGUASA MAJLIS DAERAH JERANTUT.

1. Majlis daerah jerantut telah mengeluarkan NOTIS AMARAN, akan membuat sitaan keatas harta benda penduduk yang tidak menjelaskan bayaran cukai  pintu RUMAH DAN KEDAI KEDAI bermula : 22hb. NOV. 2010.

2. kemungkinan sitaan tersebut di lakukan di sebabkan pemilik pemilik premis mempunyai tunggakan cukai pintu yang terlalu banyak. Tapi adakah pehak majlis juga akan menyita premis premis milik majlis yang di sewa kepada penyewa penyewa yang tidak membayar sewa sudah bertahun tahun lamanya.?

3. Kita sebagai rakyat biasa ini di kehandaki memberi kerjasama dengan membayar semua cukai cukai  mengikut jadual yang di tetapkan oleh pehak majlis kerana itu adalah merupakan tanggungjawab kita . mungkin ada kelongaran pembayaran kepada ahli ahli majlis,  orang kuat umno dan orang kuat kerajaan serta orang orang yang berpengaruh?.

4. Sebelum semua tindakan hendak di LAKUKAN oleh pehak majls terhadap pemilik pemilik harta, kita berharap pehak majlis terlebih dahulu menguruskan "PEMBUANGAN/PENGUTIPAN  SAMPAH HENDAKLAH DI LAKUKAN SEKERAP MUNGKIN OLEH PEHAK YANG BERTANGGUNG JAWAB.
      4:i. peparitan di taman perumahan hendak lah di selangarakan mengikut jadual.
      4:ii.jalan jalan di kawasan perumahan hendaklah di selengarakan dengan teratur
      4:iii,Rumput di kawasan tepi jalan perumahan hendaklah di tebas, dan sentiasa pendek.
      4:iv.Sampah sampah di kawasan bandar, parit parit, dan jalan jalan dan taman permainan kanak di kawasan bandar mestilah diuruskan dengan sumpurna,teratur dan mengikut jadual.

5. Jika semua ini telah di laksanakan dengan sumpurna baru lah kita yang membayar cukai  pintu tiap tiap tahun ,rasa berbaloi membayarnya, baru lah keadaan menang menang,

6. Tapi bagi yang berdegil masih tidak mahu membayar cukai pintu dan juga sewa bulanan premis premis yang di sediakan oleh majlis, sila ambil lah tindakan tanpa ada pilih kasih, sebagai contohnya dahulu di depan mata saya sendiri, DUA BUAH GERAI MAKAN  TELAH DI SITA OLEH PEHAK MAJLIS DAERAH JERANTUT KERANA TIDAK MEMBAYAR SEWA BULANAN DAN SAYA DI FAHAMKAN, TELAH TERTUNGGAK,APA YANG DI LAKUKAN OLEH PEHAK PENGUASA MAJLIS IALAH DENGAN DI PATRIKAN SEMUA PINTU MASUK KE KEDAI TERSEBUT, TETAPI RUMAH REHAT YANG DI SEWA OLEH AHLI MAJLIS TELAH TERTUNGGAK HUTANG MELEBIHI PULUHAN RIBU MASIH DI BIARAKAN TANPA DI MAMBIL TINDAKAN,SEMASA KEDAI DI KONAR TERSEBUT DI SITA?, SAYA INGIN BERTANYA, BERLAKU KAH TIDAK, PILIH KASIH DI DALAM TINDAKAN TERSEBUT ?... fikir fikirkan lah saya cuma memberi ingatan.
                                                                   Wasallam.
.

Wednesday, November 17, 2010

" JAMBATAN YANG DI LUPAKAN ?."

Salam semua, saya masih teringat lagi di zaman persekolah saya sekitar awal 70an di kuantan pahang, apabila tiba musim cuti persekolahan kami ramai ramai balik ke jerantut menaiki bus dari kuantan ke jerantut melalui jalan lama, iatu maran jerantut, jalan yang bengkang bengkok. perjalanan amat memenatkan dan memeningkan, tapi demi lambaian kampung ku di ulu tembeling kami gagahi juga, walau pun ada di antara kawan kawan kami yang termuntah.

Apabila bus yang kami naiki tiba di seberang kampung feri, kami terpaksa menunggu lagi untuk menyeberagi sungai pahang degan menaiki ferri yang di kendalaikan oleh JABATAN KERJA RAYA, jika tidak silap saya. Kami terpaksa menunggu gilirian, jika kenderaan banyak maka lambat lah giliran kita untuk sampai ke seberang kampung feri, untuk meneruskan perjalanan ke bandar jerantut.

Tetapi sekarang, pengunaan FERRI untuk menyeberangi sungai pahang membawa muatan kendaraan dan manusia telah menjadi sejarah untuk daerah jerantut. Kerajaan perihatin yang memerintah di waktu itu telah membina sebuah jambatan yang cantik menyeberangi sungai pahang, untuk keselesaan perhubangan masyarakat diantara kedua dua tebing sungai pahang, secara langsung memacu ekonomi penduduk jerantut. Saya tidak tahu jumlah kos pembinaan jambatan di waktu itu, tapi pulangan dan kebaikan mendirikan jambatan tersebut amat di hargai oleh semua penduduk daerah jerantut, Perhubangan lebih pantas, memunggah hasil pertanian senang dan semuanya senang.

Tapi sayang sebuah jambatan yang pertama kerajaan bina untuk menyeberangi hulu sungai pahang, untuk kemudahan rakyat di kampung menuju bandar, jka kita bandingkan dengan jambatan jambatan di tempat lain tidak berapa ceria dan menarik DI WAKTU MALAM. CUBA KITA LIHAT JAMBATAN DI TEMERLOH,LIPIS DAN LAIN LAGI, ada nampak kecerian, sinaran lampu nion telah di pasang kiri kanan jambatan, untuk mencantik kan pemandangan di waktu malam. lampu lampu neon hendaklah juga di pasang  di jambatan feri  untuk keselesaan pejalan kaki dari feri ke seberang feri, sekarang ini di waktu malam dapat kita lihat pejalan kaki melalui jambatan itu mengunakan lampu suluh agar mereka nampak untuk berjalan di atas jambatan tersebut, satu lagi untuk keselamatan mereka agar nampak oleh pemandu kereta yang lalu.

Sekarang ini ada nampak pehak berkuasa daerah, jkr dan angensi agensi yang sama waktu dengan nya dalam proses memperindahkan bandar jerantut, syabas saya ucapkan, tapi adakah pemimpin pemimpin kita terfikir atau terniat untuk mencari peruntukan bagi menaik taraf keceriaan jambatan yang boleh saya katakan sebagai satu" MERCU TANDA" (land mark) bagi daerah jerantut, kerana ianya jambatan pertama di bina di daerah jerantut bagi menghubangkan penduduk di sebelah seberang jerantut.

Dari kita membazirkan peruntukan meruntuhkan bangunan yang sudah siap juga membina mercu tanda pasar besar jerantut dengan MEMBINA BESI yang tak tau apa tujuannyan? untuk mengukuhkan bangunan pasar dah pasti tidak ?, apa salahnya jika kita gunakan peruntukan sebanyak itu untuk memperindahkan jambatan kita yang menghubugkan pelancung pelancung ke taman negara.dengan memasang lampu neon di kiri kanan juga lampu limpah di setiap penghujung jambatan serta mengcat dengan warna yang ceria. saya bukan anti pembangunan, tapi pembangunan yang membazir atau ada tujuan tertentu harus lah di hentikan ?

Fikir fikir kan lah wahai pemimpin..... wasallam

Tuesday, November 16, 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA.

  1.                     SANGGUPKAH KITA BERKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA ?

                     " RAKYAT DI DAHALU KAN PENCAPAIAN DI UTAMA KAN"

Kita banyak terbaca di dalam tulisan di akhbar, di blog blog, meminta atau mengutarakan tentang pengertian korban, amalan korban yang di jalan atau di lakukan oleh sahabat sahabat mukmin kita, berpuluh ekor lembu,kerbau  juga unta kita sumbangkan untuk ibadah korban , memang ianya amat di tuntut oleh agama kita bagi yang mampu, begitu juga menjalankan ibadat rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji ke makkah.

Ibadah korban kita jalankan setahun se kali sempena musim haji,memperingati pengorbanan NABI ALLAH IBRAHIM AS didalam persitiwa korban anak kesayangannya NABI ALLAH ISMAIL AS, dengan kuasa ALLLAH SWT, nabi ISMAIL AS  telah di gantikan dengan seekor kibas. Maka hingga ke saat ini umut islam yang mampu saban tahun melakukan ibadah korban, dapat lah daging daging korban di agihkan agihkan kepada fakir fakir miskin, untuk merasa kemewahan makanan seperti orang orang yang  mampu rasa kan, WALAU  PUN BUAT MEREKA CUMA BEBERAPA KALI MAKAN SAHAJA?.

Apa yang menariknya dari peristiwa tersebut, kesanggupan seorang nabi utusan ALLAH  menyembelih anaknya sendiri demi menjalankan perintah ALLAH, DEMI KETAATAN KEPADA ALLAH DAN AGAMA YANG DI ANUTINYA..kesanggupan untuk melaksanakan perintah ALLAH langsung tidak berbelah bagi.
 APA YANG INGIN SAYA UTARAKAN DI SINI:-
             1. Ambil lah pengajaran dari ibadah korban yang di jalankan oleh NABI ALLAH IBRAHIM AS.
                  JIKA KERANA AGAMANYA nabi sanggup mengorbankan anak kesayangannya adakah kita
                  sebagi pemimpin pemimpin POLITIK, pemimpin pemimpin KELUARGA, pemimpin pemimpin
                   MASYARAKAT, pemimpin pemimpin DI PEJABAT dan yang palinag penting,MENTERI
                   MENTERI,TIMBILAN MENTERI, AHLI PARLIMEN, ADUN, RAJA RAJA MELAYU,
                   PENJAWAT AWAM. KITA SEDIA MAKLUM MERAKA MEREKA YANG TERSEBUT  
                   DIATAS LEBIH DARI MAMPU UNTUK MELAKUKAN IBADAH KORBAN YANG DI
                   TUNTUT OLEH AGAMA SABAN TAHUN,MALAH BERIBU EKOR BINATANG
                    TERNKAN MAMPU MEREKA SUMBANGKAN?.
              2. Selain ibadah korban yang di tuntut oleh agama yang di lakukan saban tahun, Pengorbanan yang
                   WAJIB  di lakukan oleh pemimpin pemimpin kita, yang di tuntut oleh rakyat, ialah, pemimmpin
                    mesti meninggalkan AMALAN  mementingkan diri sendiri,mementingkan kroni,tamak,rakus,
                    MENYALAHGUNA KUASA,RASUAH,TIDAK SOMBONG, BERLAGAK,MENUNJUK
                    NUNJUK KEKAYAAN JIKA MENAIKI KERETA BESAR DAN MAHAL,JIKA DIIKUT
                    TAK MAMPU UNTUK MEMILIKI JIKA DENAGN CARA YANG BETUUL.
               3. Jika pemimpin membantu,bantu lah secara ikhlas,kerana keraja kita, pengorbanan sebeginilah
                    yang di harapkan oleh rakyat di lakukan setiap masa sepanjang tahun, seperti slogan pemimpin
                    pemimpin,menteri menteri selalu ucapkan. : menerima amanah dan tanggung jawab KERANA
                    AGAMA BANGSA DAN NEGARA: itu sahaja yang rakyat mahu dari pemimpin , laksanakan
                    TANGGUNG JAWAB DENGAN AMANAH,TANPA MENGAMALKAN PERKARA
                     PERKARA YANG SALAH DI SISI AGAMA KITA,"ISLAM".....
                4. Jika kita dapat membuat perubahan dan sanggup melakukan  pengorbanan seperti yang saya
                    nyatakan di atas, rakyat akan sentisa bersyukur saban  hari, jika rakyat sejahtra, aman,
                    NEGARA MENJADI MAKMUR
                  
                  
                  
              
  
                
                

Saturday, November 13, 2010

Menjaga Lisan

Menjaga Lisan  :- HANYA UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA SEBAGAI PEDOMAN.
                                  DARI;-  I love ALLAH.com

Friday, November 12, 2010

MEMBINA PERIBADI.

MARAH.
PENGERTIAN MARAH:-
           Marah merupakan sifat semula jadi yang ada pada setiap manusia. Hanya tingkat tingakatnya yang berbeza di antara sesaorang dengan yang lain. Setengah orang telalu sensitif, pantang tersentuh hatinya, ia akan melenting dan marah. Sesetengahnya pula dapat bersabar sehingga ke tahap dirinya terhina.
           Sifat marah yang bisa berlaku ialah di antara orang yang tinggi atau sama kedudukannya. Misalnya ibu dan ayah memarahi anak anak, guru memarahi murid, pemimpin memarahi orang bawahannya dan sahabat memarahi sahabatnya. Selalu juga berlaku orang bawahan memarahi ketua atau pemimpin. Walau apa pun jua, setiap kemarahan yang berlaku ada puncanya.
            Ibu atau ayah memarahi anaknya kerana tidak mendengar nesihat, Guru pula memarahi muridnya kerana malas dan tidak mematuhi ajarannya,. Pemimpin memarahi orang bawahannya kerana tidak mematuhi arahannya. Seorang sahabat pula sanggup memarahi sahabatnya jika tidak dapat menunaikan janji.
            Bagi orang orang yang sensitif, perkara perkara kecil pun boleh menyebabkan kemarahan. Sebagi contoh anak sama anak bertengkar membuatkan ibu bapa mempunyai perasaan marah di antara satu sama lain, anak anak dah ok ibu bapa maseh lagi menyimpan perasaan marah..
            Agama mencela orang yang suka mengamalkan sifat sifat marah, walau pun dia berhak berbuat demikian. Adalah buruk rupanya orang yang sedang marah, Begitu juga lah jika anda sedang marah pada sesuatu, cuba tengok di cermin. Anda akan dapat lihat wajah anda amat buruk dan anda tidak suka melihatnya.
            Apabila sesorang sedang marah, mukanya menjadi merah padam, Jika terlalu sangat marah di sertai dengan geram, kadang kadang tangan terketar ketar, tidak dapat mengawal diri, sebarang kemungkinan boleh berlaku ?.
             Hakikatnya, marah pada zahirnya ialah cetusan perasaan akibat terlalu benci terhadap manusia, haiwan atau pun benda benda yang menyakati diri atau hati sesaorang. Biasanya perasaan di lahirkan secara lisan seperti memaki hamun, atau dengan perbuatan seperti memukul dan membunuh.

            Marah pada hakikatnya, menurut Imam GHAZALI, adalah berpunca dari secebis api NERAKA YANG BERNYALA NYALA. kepanasan itu naik kesudut hati lalu bersembunyi menjadi bara yang di liputi oleh abu. Bara itu akan terus menetap di hati sebagaimana api di dalam sekam.  maka meletus lah bara itu menjadi api yang bernyala seakan akan gunung MERAPI. SETERUSNYA AKAN TELAHIRLAH SIFAT SOMBONG BAGI MEREKA MEREKA YANG TIDAK DAPAT MENGAWALNYA. Orang yang sombong itu adalah juga seorang yang pemarah.

            " FIKIR FIKIRKAN LAH, TINGGALKAN LAH PERANGAI  CEPAT MARAH" JIKA KITA SEAORANG YANG TERGULONG DI DALAM ORANG ORANG YANG CEPAT MARAH. WASALLAM,....................

Monday, November 8, 2010

KEPUTUSAN PEMIMPIN PEMIMPIN YANG KURANG BIJAK DAN TIDAK TEPAT,SIAPA UNTUNG DAN SIAPA RUGI ?

BEBERAPA CONTOH KEPUTUSAN YANG KURANG BIJAK PEMIMPIN PEMIMPIN,AHLI MAJLIS DAN KATUA JABATAN.


  1. PROJEK SILANG DI KAMPUNG JAYA :- Silang bermakna pemaju membanggunkan sesatu kawasan baik untuk perumahan atau lain lain pembangunan,segala urusan membangunkan kawasan tersebut semau di uruskan oleh pehak pemaju,setelah siap pembinaan,pemaju akan menyerahkan kepada kerajaan untuk di agihkan kepada penduduk yang layak dan yang  tak layak tetapi di fikirkan layak? Semua kos di kira berapa jumlahnya dan pehak kerajaan di kehandaki membayar,tak kira didalam bentuk wang ke ?, bentuk tanah ke,janji apabila di kira jumlah yang di terima oleh pemaju mestilah sama dengan nilai kos yang di keluarkan ?
  2. Sebagi, contoh katakan nilai projek tersebut melebehi rm12 juta, maka pehak kerajaan tepaksa membayar tunai rm12 juta, adakah kerajaan mampu membayar tunai ?, jika mempu mengapa agensi kerajaan negeri tidak berminat untuk  melaksanakannya, atau dii tender secara terbuka ?. di sini lah yang menjadi tanda tanya ?
  3. Jika kerajaan mahu membayar balik kos membangunkan kawasan perumahan itu denagn tukar dengan tanah kerajaan,, berapa ribu hektar tanah kerajaan yang seharusnya di korbankan ?. seluruh tanah kerajaan yang maseh berbaki lagi di dalam bandar  jika di berikan kepada pemaju,saya rasa masih tidak mencukupi jika di bandingkan dengan kos yang di keluarkan oleh pemaju, kata mereka ?, bukan di sini sahaja masaalahnya, di Raub pun sama?, pemaju baru tolak tanah dah mintak ganti tanah di kawasan lain.
  4. Jadi berapa banyak kah jumlah tanah di dalam bandar dan di luar bandar,di bukit dan bermacam lagi yang kita harus korbankan ,dengan kesalahan keputusan yang telah di buat oleh pemimpin pimimpin ?.
  5. Adakah keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin pemimpin memberi menafaat kepada majoriti rakyat ?. rumah pun mahal juga,kedai yang di bina oleh pemaju tak mampu dibeli oleh ramai peniaga melayu hatta menyewa se kali pun, " JADI APA KAH FAEDAAH YANG DI NIKMATI OLEH RAKYAT DENGAN PROJEK SILANG TERSEBUT ". Bandar nampak membangun tapi siapa yang untung,siapa yang dapat berniaga ? yang pentingnya KOCEK SIAPA YANG PENUH SELAIN DARI PEMAJU TERSEBUT?  YANG BERGELAR DATO YANG MEMPUNYAI PENGARUH YANG AMAT KUAT DAN DI SEGANI OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN DAN KAKI TANGAN KERAJAAN YANG MEMPUNYAI KUASA.
  6. Satu lagi projek yang membazir yang tidak terfikir oleh pemimpin pemimpin umno yang menjadi ahli majlis dan ydp di zaman itu ialah mercutanda   "GERBANG  BESI PASAR BESAR JERANTUT ". Untuk apa di dirikan besi besar di depan pasar tersebut,silap silap jika tumbang.ada yang maut,peruntukan besar di peruntukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri,tapi benda itu sahaja yang di buat,termasuka lah pagar sekeliling pasar.  Apakah manafaat secara langsung yang di perolehi oleh peniaga peniaga di pasar tersebut. Alang kah baiknya jika peruntukan sebanyak itu.pehak majlis pohonkan dari kerjaan pusat dan negeri untok membina gerai gerai kecil bagi peniaga melayu atau untuk memperindahkan bandar jerantut ?. Mungkin juga mereka berfikir ada projek ada peruntukan dan ada wang massuuk ?.
  7. ingat tak dulu dulu,ada gerai gerai di kawasan berhampiran rumah rehat jerantut berdepan padang bola,apa jadi dengan gerai gerai tersebut ?. Sudah banyak peruntukan di keluarkan untuk menbangunkan gerai gerai untuk  prniaga kecil kecilan,kesudahan nya,gerai gerai di robohkan untuk memboleh kan jalan by pass menghala ke benta tanpa melalui lintasan keretapi. Takkan lah ahli majlis tak tau perojek cadangan pembangunan masa akan datang, takkan tak ada pelan pembanguna  bandar jerantut, mungkin tau tapi buat tak tau, janji peruntukan keluar dah siap nak roboh tak apa ?
  8. Jika pehak majlis daerah benar benar mau membantu gulungan peniaga melayu dan peniaga kecil bangsa lain, kenapa pehak  majlis sendiri tidak memohon tapak tanah kerajaan yang masih ada lagi di dalam bandar jerantut ini sejak dari dahulu lagi, kenapa di biarkan sahaja kepada syarikat swasta memohon memajukan tanah tanah tersebut,jika majlis tidak mampu memajukan hartanah tersebut, majlis boleh usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri atau lain lain agensi kerajaan pusat?. tidak lah tanah tersebut jatuh ke tangan orang lain atau setidak tidaknya harganya mampu di beli oleh peniaga peniaga melayu.
  9. Banyak lagi rasa nya keputusan keputusan yang kurang bijak yang tidak memberi menafaat se cara langsung kepada majoriti rakyat yang tidak dapat di ulaskan di sini,yang penting ini perkara pokok ?
  10. FIKIR FIKIR KAN LAH SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN. "NEGARA INI ASALNYA TANAH MELAYU " WASALLAM jika ada lagi boleh lah tuan tuan tolong tambahkan. TETAPI JIKA SE SEKALI FIKIR SEMUA KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN DAN JUGA AHLI MAJLIS MEMPUNYAI MAKSUD YANG TERLINDUNG DI SEBALIK YANG TERSURAT DAN TERSIRAT,  ada udang di celah celah mee yang hendak di suap.?  TAPI TAK SEMUA YANG MEMPUNYAI NIAT BEGITU, ?


Wednesday, November 3, 2010

AHLI POLITIK,PENJAWAT AWAM PENTING UNTUK CAPAI WAWASAN NEGARA.

                 Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman  berkata kedua dua kumpulan,ahli politik dan penjawat awam
perlu menjadi sebagai rakan TULEN bagi menjadikan sektor awam lebih cekap dan berkesan.

                 " Sudah tiba masanya untuk meletakkan penjelasan terhadap setiap PERANAN ( ANTARA AHLI POLITIK DAN FUNGSI KEPIMPINAN DI DALAM SEKTOR AWAM ), di Malaysia dan banyak negara lain katanya, KEGAGALAN PERLAKSANAAN MERUPAKAN MASAALAH POLITIK YANG JELAS DI HADAPI OLEH KERAJAAN. (Ucapan perasmiaan simposium pembangunan kepimpinan membantu halatuju akan datang.)

                 Pandangan saya:- saya amat tertarik dengan ungkapan " KEGAGALAN PERLAKSANAAN MERUPAKANKAN MASAALAH POLITIK YANG JELAS DI HADAPI OLEH KERAJAAN "


                 Kita mempunyai peranan DAN TANGGUNG JAWAB masing masing,baik di pehak kerajaan,pehak penjawat awam,parlimen,kehakiman dan  RAJA RAJA MELAYU serta rakyat jelata. peranan dan tanggung jawab yang harus kita kita main kan,ada yang bertulis dan ada yang secara lisan.

                 Semua undang undang kita sendiri yang gubal dan luluskan,perlambagaan tersedia untuk kita ikuti,perkeliling perkhidmatan dan arahan perbendaharaan sentiasa di up date kan untuk panduan semua penjawat awam,termasuk ahli ahli politik,undung undang di gubal untuk kita rakyat mematuhinya.

                Persoaalan nya mengapa kepincangan masih berlaku ?, FIKIR FIKIRKAN LAH WAHAI SAUDARA SAUDARA KU, AKU HANYA MENGINGATKAN SAHAJA.

                AL- QURAAN dan SUNNAH YANG BEGITU LENGKAP,TIADA CACAT CELANYA UNTUK KITA, SEBAGAI PANDUAN  DAN PEDOMAN HIDUP, Masih lagi ada di antara kita tidak mengikuti sepenuhnya.      WASALLAM.

Tuesday, November 2, 2010

PENGERTIAN HASAD DENGKI.

Hasad atau dengki.yang selalu juga di sebut kedua-duanya sekali "HASAD DENGKI" adalah bencana daripada penyakit hati,yang di akibatkan oleh perasaan DENDAM.Dendam pula ditimbulkan oleh sifat marah.Oleh sebab itu hasad dengki boleh lah kita katakan anak daripada sifat dendam.Atau pun cucu daripada sifat MARAH.          2.                 Hasad dengki ini mempunyai unsur-unsur yang tercela dan terlalu luas bidangnya,sehingga mustahil dapat kita kira,ianya bukan sahaja bertentangan dengan konsep dan ajaran islam,bahkan boleh merosak dan membahayakan angota masyarakat islam itu sendiri.Siapa jua yang telah di hinggapi oleh perasaan atau penyakit ini, sanggup melakukan apa sahaja,termasuk membunuh orang asalkan hajatnaya tercapai                                   3.                 Oleh kerana terlalu banyaknya hasad dengki dilakukan oleh manusia semenjak zaman NABI ADAM a.s. hingga lah saat ini,maka setiap orang islam hendak lah mempelajari dan mengamalkan ajaran islam secara total bagi mengelakan kita dari sifatsifat yang membinasakn umat islam.                                                     4.                  Pada zaman Rasullullah S.W.T. dahulu pun sudah banyak berlakunya hasad dengki di kalangan umat manusia,sehingga terdapat banyak hadis baginda mengenainya,KESIMPULAN  TENTANG BAHAYA HASAD DENGKI ITU sebagaimana sabdanya,  :  "HASAD DENGKI ITU MEMAKAN (membinasakan) KEBAJIKAN,SEBAGAIMANA API MEMAKAN (membakar) KAYU YANG KERING." (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).         5.Dari hadis Rasulullah S.A.W. ini dapat di fahamkan bahawa perbuatan hasad dengki itu boleh menghapuskan amal kebaikan dengan sekelip mata sahaja,seperti apai membakar kayu yang kering