Pages

Saturday, February 26, 2011

BEKAS YANG BERHURMAT DUN PULAU TAWAR DI MASUKKAN KE HOSPITAL

Yang berbahagia Dato Azizan Yaakub telah di masukan ke hospital daerah Jerantut, di awal pagi tadi pada jam 4.20 pagi, mengikut sumber yang boleh di percayai beliau terjatuh dan tak seedarkan diri.

Pada jam 9 pagi tadi beliau telah di rujukkan ke hospital, Sultan Haji Ahmad Shah Temerloh untuk menjalani imbasan  CT dan di rujuk di bawah pengawasan pakar.

Bersama sama lah kita berdoa ke hadrat ALLAH S.W.T, agar beliau cepat sembuh dan dapat menulis kembali di laman blog beliau, AMIN.......

Friday, February 18, 2011

SEMBANG SEMBANG PETANG

KEPUTUSAN YANG MUNGKIN MERUGIKAN BN

Salam semua, semalam saya bertandang ke sebuah kedai gunting berhampiran perhentian teksi jerantut, sudah menjadi kebiasan, jika tiada kerja atau selapas berjalan kaki di sekitar bandar jerantut saya selalu singgah di situ,  apabila saya habis pusing kawasan bandar lama jerantut saya pun singgah di premis tersebut, salah satu puncanya ialah di sebabkan premis tersebutt di lengkapi penghawa dingin, boleh juga sejukkan badan, tapi yang pentingnya di situ selalu ada nya perbahasan isu isu politik semasa juga kepincangan yang mereka lihat, apatah lagi jika ada perkara perkara baru, makin rancak lah perbahasan dan komen komen mereka, dalam satu seasi perbahasan tidaklah ramai sangat, terdiri dari empat ke lima orang sahaja, ini di sebabkan ruang yang yang ada amat terhad apatah lagi jika ada pelanggan, para pembahas terdiri dari kaum melayu, cina dan kekadang kaum india, termasuklah pelanggan dan tuan kedai sendiri.

Apabila saya masuk, kebetulan maseh ada ruang kosong dan tempat duduk, saya di persilakan duduk oleh tuan kedai tersebut, tanpa melengahkan masa saya pun duduk, perbincangan mereka terhenti seketika, saya amat kenal dengan ampunya kedai ini, dan menyatakan kepada beliau terima kaseh. Saya bertanyakan kepada mereka apa cerita petang ini dan apa yang mereka telah bualkan semasa saya tiada tadi dan sambung lah balik, kata saya.

Kata mereka, tadi mereka membincang kan projek segera yang di laksanakan oleh pehak kerajaan yang pada pandangan mereka amat membazirkan kerana tidak mengikut spec, ianya di buat secara terburu buru, siang malam buat kerja, cuma untuk di pandang cantik dan menutup apa jua pemandangan yang tidak elok, contohnya dekat sangat kata mereka, tar yang ada di kawasan perhentian teksi, siang malam buat kerja menutup lubang lubang, tapi apa yang terjadi sekarang, semuanya berlubang semula selepas beberapa bulan di gunakan, tak kah membazirkan wang rakyat kata mereka, yang untung nya kontraktor yang di lantik secara tergesa gesa, serupa juga dengan pagar di pasar majlis daerah, dah di buang sekarang ini dan semua kawasan di hadapan telah di tar kan semula, sepatutnya kata mereka pehak pehak yang berwajib semestinya mengadakan pemantaun berjadual keatas kerosakan aset aset yang telah mereka bina, dan membuat selangara secra  berjadual agar tidak melakukan atau memanggil kontraktor membuat kerja pembaikan secara tergesa gesa, amat merugikan, maklumlah kata mereka jabatan kerajaan sekarang kerja kerja tanpa sebut haraga lagi mahal lagi dari kerja kerja yang ada sebut harga, tak tau sebab apa, sepatutnya selepas perbincangan menetapkan harga, harga lagi murah. pm nak datang semua buat baru, raja nak datang semua buat baru, menteri atau tpm nak datang semua kena buat baru, kenapa ?,tak berasa pun jika raja atau pm melalui jalan yang berlubang kerana kereta mereka mahal mahal dan ada kelas. kata mereka yang ruginya rakyat, bukan duit pemimpin semua itu, sampai begitu kata mereka, untung kontraktor!!!!.

Lagi satu isu yang hangat di perbualkan oleh mereka ialah tentang " KOMPAUN  YANG DISELARASKAN DI BAWAH AKTA PENGANGKUTAN JALAN 1987 ". yang akan berkuat kuasa pada 1.3.2011, sekali gus mempastikan kadar denda yang sama oleh polis, jpj dan juga pbt.

Kompaun akan di naikkan, kompaun lalulintas, rm150 akan di naikkan ke rm200 jika tidak di jelaskan dalam masa 15 hari, rm300 dalam masa satu bulan, pesalah trafik yang gagal menjelaskan kompaun dalam masa 60 hari akan di heret ke mahkamah, jadi mereka berkata tidak sesuai pehak kerajaan mengenakan syarat baru yang amat membeban kan rakyat bawahan dan pertengahan di masa sekarang apatah lagi pehak kerajaan sekarang sedang cuba untuk menarik perhatian rakyat bawahan agar menyokong pehak kerajaan dalam prk atau pru akan datang, apa yang merisaukan mereka ialah kebanyakan yang mengunakan kenderaan ialah rakyat bawahan dan pertengahan, yang mana mengharapkan gaji untuk melunaskan apa apa keperluan pada tiap tiap bulan mereka berkata lagi jangan jadi seperti dahulu dengan membandingkan kes pemberian rebet oleh kerajaan rm625 bila memperbaharui cukai jalan yang di uruskan oleh sebuah syarikat melalui pos malaysia siapa yang mendapat laba berlipat kali ganda tanya mereka?, dan ini pun mereka ada mendengar bahawa pengutipan akan di berikan kepad syarikat tertentu yang akan mendapat pulangan sebanyak 35% keuntunagan kutipan dari semua saman trafik, sama ada betul atau tidak info yang mereka dapat saya pun taidak pasti? salah saorang dari pembahas mengatakan kan kerjaan bn PASTI TUMBANG, pada PRU ke 13 nanti, bermacam macam isu yang telah di buat oleh kerajaan mau pun faktor luaran seperti isteri isteri pemimpin dapat di ketahuai oleh rakyat bawahan dan tak habis habis membuat hal, tambahan pula semua kepincangan yang di lakukan oleh pehak kerajaan telah di hebahkan oleh pehak pembangkang dengan cara meluas, melalui ceramah, media masa media cetak dan lain lain, kata mereka bukan semua yang di perkatakan oleh pembangkan itu betul, tapi takkan tak ada yang betul?, rakyat bawahan akan termakan segala tohmahan dari pembangkan kepada kerajaan dan mereka akan memberi undi pada pembangkang kerana kata mereka " MEREKA TIDAK MEMPUNYAI KEPENTINGAN APA APA JIKA SIAPA PUN YANG MENANG , KENAPA KELANTAN BOLEH HIDUP JUGA SELANGOR DAN PULAU PINANG JUGA BOLEH HIDUP WALAU PUN PEMBANGKANG?".

Jam pun sudah menunjukan pukul 7.15 malam, tuan kedai telah menutup swis penghawa dingin dan lampu, maka para pembahas pembahas beransur keluar meninggalkan premis tersebut, termasuk saya, jadi renung renung kan lah sembang sembang mereka yang terdiri dari peniaga, kakitangan swasta juga kaki tangan awam. fikir fikirkan lah demi kemenangan BN. " BAK KATA SUARA MAJLIS, PRU 12, GERAKAN HAPUS, PRU 13 MCA HAPUS, SAYA TAMBAH MUNGKIN BN HAPUS BAK KATA PARA PEMBAHAS DI ATAS".