Pages

Friday, October 29, 2010

UJUB

PENGERTIAN DAN HAKIKAT UJUB



                Ujud,ertinya berbangga diri atau menunjuk nunjuk diri sendiri kerana,ALIM,WARAK,PINTAR,BERJAYA dan sebagainya, sifat ini lebih banyak terpendam di dalam batin atau hati, tetapi kekadang dapat juga di lihat dari perbuatan,percakapan,tingkahlaku serta tindakannya.

                 Jika ia saorang yang mempunyai banyak dan tinggi ilmu,ia berbangga sambil menunjuk nunjuk dirinya sendiri,bagaiman boleh berjaya sedemikian tinggi,sedangkan orang lain tidak. Begitu juga jika dia kaya atau menjadi seorang pembesar,padahalnya dahulunya dia orang miskin dan berpangkat rendah sahaja.

                  Antara sifat UJUB dan sifat TAKBUR ini ada kaitannya,biasanya sesaorang itu akan bersifat ujub terlebih  dahulu, setelah berbangga dengan kemenangan atau kejayaannya,maka sifatnya akan meningkat atau bertukar kepada takbur. 

                  Diantara contoh contohnya ujub dan takbur : -  
                      
                  1. Mula mula dia berbangga,didalam hatinya berkata," saya dahulu miskin, tetapi berkat usaha dan kerja keras serta di izin kan ALLAH, maka saya sekarang menjadi seorang yang kaya, tetapi saya berasa heran,?mengapakah kawan kawan saya itu tidak berjaya seperti saya?, mereka juga berkerja kuat dan berusaha !,oh mungkin mereka belum lagi di izinkan ALLAH !,nampaknya  dikalangan usahawan di sini hanya aku sahaja lah yang berjaya. ALLAH mengasihi saya dan belum lagi mengasihi kawan kawan saya,demikian bisikan hatinya dengan perasaan riang dan gembira. Ini lah UJUB iaitu kehairanan di dalam hati bahawa dia telah berjaya dan orang lain tidak?. Demikian lah didalam perkara perkara lain,seperti kejayaan sesaorang di bidang pelajaran dan mendapat jawatan tinggi atau pun dia adalah pilihan rakyat dikawasan itu untuk menjadi pemimpin.

                  2. Tidak terkecuali orang yang UJUB ialah orang ALIM atau tinggi ilmunya di dalam agama. Bah kan kepada mereka lah yang paling kuat ujiannya, kerana syaitan berkerja keras untuk menarik orang orang seperti ini kedalam perangkapnya. Ianya menghasut dengan cara yang paling halus dengan membisikkan ke telinganya : " MEMANG BENAR DITEMPAT INI TIADA ORANG YANG PALING TINGGI ILMU AGAMANYA, MELAINKAN TUAN SAHAJA ". Sebab itu mereka melantik tuan sebagai imam dan ustaz, ini pangkat yang di kurnia oleh allah,tuan sepatutnya BERBANGGA.,betul juga kata mereka?,apa lagi mula dari saat itu batinnya sentiasa di liputi oleh sifat ujud,dan akhirnya akan menjadi sikap takbur kerana orang ramai menghurmati dan menyanjungnya. Demikian lah dua contoh ujub dan takbur yang di cela oleh ALLAH SWT. Hukumnya adalah haram, segala ibadahnya menjadi sia sia, bahkan dosa UJUB dan TAKBUR pula yang di perolehi.


                    " Fikir fikir kan lah wahai saudara saudara ku, AKU IKHLAS MENGINGATKAN ? ". 
                                                                 WASALLAM

Friday, October 22, 2010

PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK.

KELANTANGAN UCAPAN SAMA SETIAP KALI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO.

                Kita boleh dengar dan lihat pemimpin pemimpin atasan kita begitu lantang bersuara dengan nada beralun alun tinggi dan rendah,kekadang memekik seolah olah apa apa tindakan mahu dilakukan segera di masa berucap itu.pemimpin kita berucap berapi api mempertahankan kedaulatan agama Islam,ketuanan Melayu,kedaulatan bahasa melayu,kedaulatan raja raja melayu,hak hak keistemewaan orang orang melayu dan beberapa lagi reaksi balas tentang isu isu yang di lontarkan oleh parti parti lawan mahu pun yang di lontarkan oleh parti parti komponen berkenaan dengan isu isu  MELAYU.
                  
                 Para perwakilan dan juga para pemimpin pemimpin lain tak henti henti bertepuk tangan,kekadang sampai berdiri beberapa minit apa bila mendengar kata kata ucapan berapi dan lantang para pemimpin2 mereka yang berani mempertahan kan MELAYU dan apa2 lagi.

                  Begini lah yang kita dapat lihat dan dengar setiap kali perhimpunan umno di ada kan,jika boleh  di ibaratkan dewan merdeka itu pun seakan akan nak  pecah dan runtuh dengan gelagat para pemimpin2 dan perwakilan bila membincangkan hal melayu yang di jolok oleh bangsa lain,berbagai resolusi di buat,pelan tindakan telah diatur dan dirancang.

                  Begitu juga bila perwakilan dan para pemimpin tertinggi membuat pengulungan dan menjawab apa apa isu isu yang di keluarkan oleh perwakilan,nadanya tetap sama berapi,menakutkan kita mendengarnya,silap silap bulu roma pun boleh berdiri seolah olahnya tiada esok lagi buat mereka untuk mengambil tindakan balas diatas apa isu yang dibangkitkan.Para pembawa usul pula berbagai gaya digunakan dalam membahaskan isu isu yang telah di pertanggung jawab kepada mereka untuk membawa usul,berbagai usul di bawa di bahaskan,tapi apa kesudahannya ?.

                    bila berakhir sahaja persidangan unmo 23hb ini maka tinggal lah janji janji manis untuk mempertahan kan apa apa melayu di dewan merdeka,?,balik ke keadaan asal,orang lain boleh terus mempelecehkan melayu mempertikaikan hak melayu,raja raja melayu dan pasa 153 perlambagaan.para perwakilan berduyun duyun pulang sambil memikir bagimana cara untuk databg lagi ke pwtc tahun berikutnya yang mungkin lebih menguntungkan poket,para para pemimpin pulak akan pulang dengan tersenyum memikirkan bagaimana nak mencari ongkos untuk tahun depan jika bertanding jawatan penting,begini lah ianya akan berlaku secara berterusan.Tapi apa yang kita sebagai rakyat ini kesalkan,kebanyakan mereka mereka ini cakap tak serupa bikin itu sahaja.

                     Ingin saya mencadangkan agar di tahun hadapan tak payah lah membawa usul yang seperti yang biasa di lakukan,sebab tiada apa di laksanakan.kalau boleh hanya bawa usul yang berbunyi,  "MESYUARAT YANG BERSIDANG PADA HARI INI MENGGESA PUCUK PIMPINAN TERTINGGI,mengambil tindakan tegas dan serta merta terhadap,MENTERI,TIMBILAN MENTERI,AHLI AHLI PARLIMEN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DARIPADA UMNO"  Yang di dapati tidak menjalankan kerja dengan AMANAH,JUJUR, RASUAH MENIPU PENGUNDI PENGUNDI DAN MEMPUNYAI KEPENTINGAN DIRI YANG MELAMPAU,KEKAYAAN YANG MELAMPAU dan yang paling penting pemimpin pemimpin yang TIDAK MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM,HAK HAK ORANG MELAYU,RAJA RAJA MELAYU dan bersekongkol dengan bangsa lain untuk menjatuhkan kuasa melayu hendak lah di PECAT DARI JAWATAN YANG DISANDANG JUGA SEBAGAI AHLI UMNO SERTA MERTA".    boleh buat kah AGOK NYA.?.  fikir fikirkan lah WASALLAM

Thursday, October 21, 2010

RIAK,ciri ciri dan hakikat riak.

                    Riak atau bermegah megah adalah salah satu diantara sifat sifat buruk yang membinasakan, di larang dan di cela di dalam ISLAM. Manusia sebagai makhluk ALLAH SWT tidak berhak untuk bermegah megah kerana hak kepujian kemegahan itu hanyalah untuk ALLAH SWT semata mata.      DIKALANGAN MANUSIA PUN kebanyakan manusia memandang benci terhadap manusia lain yang RIAK dan suka BERMEGAH MEGAH . Mereka benci kerana sesama manusia taida tinggi rendah,hina atau mulia,masing masing adalah makhluk ALLAH SWT,YANG SAMA CIRI CIRINYA,  Masing masing mempunyai sifat dan warna darah yang sama cuma berlainan kulit,paras rupa dan lain lain.  Manusia yang mulia sebenarnya adalah manusia yang sentiasa  BERTAKWA kepada ALLAH SWT.                                                                             Maksud riak ialah menyebar dan memasyhurkan nama baiknya dikalangan orng ramai. Kalua pun tidak dari diri sendiri, ia mengharapkan orang lain yang menolongnya. Perbuatan meminta dimegahkan adalah perbuatan yang dilarang oleh hukum agama tetapi ramai yang maseh tidak mengetahui bahawa perbuatan itu adalah menyalahi hukum agama.      Misalnya sesaorang telah menderma bagi mendirikan sebuah mesjid atau surau. Tetapi tiada saorang pun yang mengetahui bahawa wang yang di gunakan bagi maksud tersebut  diperolehi dengan cara HARAM  seperti ,judi,menang lotri,menipu dan sebagainya.    Adalah nyata orang yang demekian telah terhimpun padanya beberapa KESALAHAN DAN  DOSA, iaitu dosa riak,berjudi dan menipu orang lain. SEBAIK BAIKNYA apa apa derma yang hendak di hulukan untik membina mesjid,surau,bangunan wakaf dan juga pemberian kepada fakir miskin hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan kerana ALLAH SWT. semata mata. Lakukan lah secara senyap  tanpa mengharapkan pujian atau pengharagaan daripada sesiapa pun.                                                                                                               Selain daripada sumbangan derma.khairat atau amal jariah, satu lagi perkara yang digemari orang masa kini ialah RIAK DENGAN ILMU PENGETAHUAN YANG LEBIH TINGGI dari orang lain, begitu ghairah dengan memperolehi,DIPLOMA,SERJANA ATAU PhD nya.lalu dijajanya kesini kemari. Sebaik nya hendaklah kita merendah diri lalu terus berkerja dan menyebarkan ilmunya untuk faedah umat sejagat,lebih lebih lagi ILMU AGAMA.                                                   firman ALLAH, terjemahannya:  "Negeri akhirat ( yang telah di terangkan nikmat nikmat nya )  itu, Kami untuk kan bagi orang orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi ini dan tidak ingat untuk melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang orang yang BERTAKWA.     (Al - Qasas 28 ; 83)      Difahami dari Firman ALLAH diatas, bahawa manusia seharusnya berusaha dan beramal dengan IKHLAS kerana ALLAH semata mata, Jika mendapat kedudukkan yang tinggi dalam masyarakat,mereka seharusnya tidak sombong,tidak menindas dan menzalami orang lain,  Manusi yang bersih seperti yang di maksudkan oleh Firman tersebuT ( tidak riak kerna pangkat kebesaran,kekayaan dan sebagainya ) MEREKA INI LAH YANG KELAK AKAN MENGECAP NIKMAT SYURGA DI HARI AKHIRAT.      FIKIR FIKIRKAN LAH, WASALLAM

Monday, October 18, 2010

PENERIMA SAHAM SAHAM PERTANIAN KERAJAAN

Bersempena dengan perhimpunan agung ini,maka kami dari dahan parti UMNGO kampung CHENERONG ULAR,ingin mendesak pehak kerajaan BARISAN HADAPAN MALAYSIA, AGAR MELAKSANA SATU DASAR BARU,ia itu untuk mempertingkatkan lagi SOSIO EKONOMI PENERIMA2 SAHAM SAHAM PERCUMA KHUSUSNYA DI BIDANG PERTANIAN YANG DI BANGUNKAN OLEH AGENSI AGENSI KERAJAAN,SEPERTI FELCRA,RISDA DAN LAIN2 AGENSI.                                                   Maka kami dengan ini mendesakdan menetapkan hanya kaki tangan kerajaan,bini kaki tangan kerajaan,tok 4 bersama bini2,tok penghulu bersama bini2 dan kaum kerabatnya,kroni yb yb sahaja yang bERHAK menerima saham saham percuma yang di bangunkan oleh agensi agensi kerajaan.Kami juga mendesak supaya rakyat termiskin yang menerima dan akan menerima saham saham percuma tersebut di tarik balik DARI MENJADI PERSERTA ,ini di sebabkan mereka tidak memenuhi syarat kelayakan untuk menjadi perserta,di sebabkan mereka TERMASUK DI DALAM GULUNGAN MISKIN TEGAR YANG TIDAK MEMPUNYAI PENDAPATAN TETAP.                           Kami juga mengesa pehak kerajaan meletakkan senarai nama penerima SAHAM SAHAM PERCUMA INI di bawah pengawasan JABATAN KEBAJIKAN MASAYARAKAT agar BANTUAN RM3OO SEBULAN DAPAT DI TERIMA OLEH PENERIMA SAHAM SAHAM PERCUMA TERSEBUT.ini adalah disebabkan BINI BINI PENERIMA SAHAM SAHAM PERCUMA TERSEBUT  mungkinTIDAK DI BERI NAFKAH ZAHIR OLEH LAKI LAKI MEREKA YANG MEMPUNYAI PENDAPATAN TETAP dan bini bini ini ditakrifkan miskin tegar,hanya nafkah batin sahaja yang di terima oleh mereka.Kami juga berharap agar cadangan dan desakan ini diterima tanpa bahas di perhimpunan yang bermula ESOK, DIHARAP PARA2 PERWAKILAN YANG HADIR MENYOKONG DENGAN PENUH NAFSU USUL INI NANTI DEMI POKET KITA,SEKIAN WASALLAM

Friday, October 15, 2010

PEMIMPIN UMNO ADAKAN KEJOHANAN GOLF DIBUKIT TINGGI RESORT

16hb oktober dan 17hb oktober,pemimpin2,penyokong2,pengikut setia pemimpin UMNO PAHANG yang terpilih berehat sambil mengadakan kejohanan golf selama dua hari di Bukit Tinggi resort.Tempat tidur disediakan,makan percuma,main pun percuma,semua percuma,Maka turun lah sang pemain2 ini berlatih,dalam masa dua tiga hari sebelum kejohanan,yang tak pernah bermain dah bertahun tahun pun turun untuk membuat latihan bersama boss boss mereka.Mungkin ini pesta selepas mereka ini berhempas pulas memikirkan bagaimana untuk membantu DSN membuaf draf belanjawaan sebelum ini,atau memikir beramai ramai apa kah teras perojek yang akan di laksana oleh DSN dalam belanjawaan yang bernilai beratus juta ringgit yang di peruntukan kepada kawasan pendalaman dan apa yang mereka boleh kongsi keuntungan.ha ha ha...................... 2.               Kalau semua percuma,siapa agaknya yang membayar semua kos tempat tidur,makan,kejohanan,hadiah dan sebagainya,?,Mungkin dato2 semua berkongsi ramai ramai kot bayar ?.tapi tak mungkin?,apa yang mereka dapat dari kejohanan tersebut,dato dato melayu tersebut ramai juga yang kedekut2,jika tak ada sebab mana boleh nak taja taja,Agaknya dato dato atau Tan Sri Tan Sri" BABA" agak nya yang baik hati dan tak kedekut,tak tau lah apa pulak yang baba baba tu dapat dari kerajaan negeri atau pemimpin umno setelah mengeluarkan belanja yang banyak,AGAKNYA MACAM PRUJEK SILANG DI JERANTUT LAH,KENA BAYAR BALIK DUIT DATO DATO TERSEBUT DENGAN TANAH BERIBU HEKTAR,ITU PUN TAK SELESAI LAGI HUTANG ?.                                                                 3.Tapi jika pemimpin2 umno yang menajanya dimanakah mereka mendapatkan duit menaja kejohanan itu ?     Pembaziran yang kerterlaluan MEMBUAT RAKYAT MENYAMPAH DAN MELUAT,cuba buat satu program panjat bukit AMAL ,di mana mana sekali pun,tidur dalam hutan,makan,masak sendiri,barang bawak sendiri,ADA ? ADA? pemimpin2 umno,penyokong2,dan haprak yang suka menempel pemimpin umno sanggup pergi menjayakan ?.FIKIR FIKIR KAN LAH,BUKAN MASA KITA NAK MENUNJUK NUNJUK MEWAH DIKALA SOKONGAN TERHADAP KITA KIAN MENIPIS.

Thursday, October 14, 2010

APA SUDAH JADI DENGAN PENGUATKUASA UNDANG UNDANG KITA?.

1.Majoriti jawatan penguat kuasa undang undang negara kita adalah MELAYU.yang mempunyai kuasa kecil pun melayu,yang melulus apa2 pn melayu,yang memberi lesen apa2 pun melayu dan yang akhir sekali yang mempunyai  KUASA YANG PALING BESAR PUN DI KETUAI OLEH MELAYU,Apa sudah jadi SEJAK kebelakangan ini dan sekarang, maseh di lapurkan tentang KEPINCANGAN DAN SALAH LAKU orang2 yang mempunyai kuasa?,jika yang jaga sempadan,boleh lepas beramai ramai masuk,pokok pokok pulak boleh pikul saja keluar dari hutan dan jual terus kekilang papan,BAHAN BUKTI BERNILAI BERJUTA RM BOLEH LESAP BEGITU SAHAJA DAN BANYAK LAGI,cuba tuan tuan fikir,apa sebabnya sejak dulu sampai sekarang kerajaan kita tak dapat untuk mengurangkan ,walau pun tak dapat untuk membenteras 100% ,tolong komen sikit ?.                                                          

Sunday, October 10, 2010

TAKBUR

Pengertian dan hakikat takbur:                                                                                                                              Takbur atau sombong,bongkak dan angkuh adalah satu sifat yang keji dan di larang oleh syariat agama islam dan juga agama2 lain yang mempercayai akan keujudan tuhan.Namun maseh ramai manusia yang tidak mengindahkannya terutama sekali gulungan berada,bangsawan,pemimpin serta yang berpengaruh,tidak dinafikan  sindrom ini berlaku juga didalam komuniti miskin dan serdahana,ini adalah di sebabkan perangai sesaorang.sifat yang selalu ditonjolkan,orang berada seolah olah jijik melihat orang miskin,Orang yang berpangkat pula memandan rendah pada orang orang di bawahnya,orang orang yang mempunyai lelebihan sesuatu seolah olah memandang hina terhadap sahabat atau orang orang yang tidak memeliki srsautu seperti itu.Demekian lah seterusnya.                                                                                                                                                                          Sebenarnya  semua manusia membenci sifat2 takbur ini,mereka jijik melihat mereka yang berlagak sombong,jika yang sombong itu gulungan berada,maka ramailah kalangan masyarakat biasa tidak akan menyerati program yang dianjur kecuali kawan rapat yang sama dengan mereka sahaja yang hadir.jika orang yang mempunyai pengaruh dan pangakat pula angkuh,arahannya tidak di pedulikan orang keculi terpaksa melakukan.jika wakil rakyat yang takbur pula,maka rakyat tidak akan memilihnya lagi pada masa akan datang .Apa yang mengheran kan kita,orang orang yang angkuh,sombong,bongkak itu sendiri bencikan amalan  serupa itu.Mereka akan merah dan turut benci dan meluat melihat orang lain berlagak seperti di atas.Tetapi dia sendiri tidak menyedari bahawa dia juga ,mempunyai sifat sifat yang sama juga di benci oleh masyarakat.     SABDA,Rasulullah S.A.W. bermaksud:        "TIDAK MASUK SYURGA ORANG ORANG KAFIR,ORANG YANG SOMBONG dan ORANG YANG JAHAT SIFATNYA"          ( hadis riwayat Al-Tarmizi    dan banyak lagi hadis hadis lain untuk kita buat pedoman.FIKIR FIKIR KAN LAH.