Thursday, October 21, 2010
RIAK,ciri ciri dan hakikat riak.
Riak atau bermegah megah adalah salah satu diantara sifat sifat buruk yang membinasakan, di larang dan di cela di dalam ISLAM. Manusia sebagai makhluk ALLAH SWT tidak berhak untuk bermegah megah kerana hak kepujian kemegahan itu hanyalah untuk ALLAH SWT semata mata. DIKALANGAN MANUSIA PUN kebanyakan manusia memandang benci terhadap manusia lain yang RIAK dan suka BERMEGAH MEGAH . Mereka benci kerana sesama manusia taida tinggi rendah,hina atau mulia,masing masing adalah makhluk ALLAH SWT,YANG SAMA CIRI CIRINYA, Masing masing mempunyai sifat dan warna darah yang sama cuma berlainan kulit,paras rupa dan lain lain. Manusia yang mulia sebenarnya adalah manusia yang sentiasa BERTAKWA kepada ALLAH SWT. Maksud riak ialah menyebar dan memasyhurkan nama baiknya dikalangan orng ramai. Kalua pun tidak dari diri sendiri, ia mengharapkan orang lain yang menolongnya. Perbuatan meminta dimegahkan adalah perbuatan yang dilarang oleh hukum agama tetapi ramai yang maseh tidak mengetahui bahawa perbuatan itu adalah menyalahi hukum agama. Misalnya sesaorang telah menderma bagi mendirikan sebuah mesjid atau surau. Tetapi tiada saorang pun yang mengetahui bahawa wang yang di gunakan bagi maksud tersebut diperolehi dengan cara HARAM seperti ,judi,menang lotri,menipu dan sebagainya. Adalah nyata orang yang demekian telah terhimpun padanya beberapa KESALAHAN DAN DOSA, iaitu dosa riak,berjudi dan menipu orang lain. SEBAIK BAIKNYA apa apa derma yang hendak di hulukan untik membina mesjid,surau,bangunan wakaf dan juga pemberian kepada fakir miskin hendaklah dilakukan dengan ikhlas dan kerana ALLAH SWT. semata mata. Lakukan lah secara senyap tanpa mengharapkan pujian atau pengharagaan daripada sesiapa pun. Selain daripada sumbangan derma.khairat atau amal jariah, satu lagi perkara yang digemari orang masa kini ialah RIAK DENGAN ILMU PENGETAHUAN YANG LEBIH TINGGI dari orang lain, begitu ghairah dengan memperolehi,DIPLOMA,SERJANA ATAU PhD nya.lalu dijajanya kesini kemari. Sebaik nya hendaklah kita merendah diri lalu terus berkerja dan menyebarkan ilmunya untuk faedah umat sejagat,lebih lebih lagi ILMU AGAMA. firman ALLAH, terjemahannya: "Negeri akhirat ( yang telah di terangkan nikmat nikmat nya ) itu, Kami untuk kan bagi orang orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi ini dan tidak ingat untuk melakukan kerosakan; dan kesudahan yang baik adalah bagi orang orang yang BERTAKWA. (Al - Qasas 28 ; 83) Difahami dari Firman ALLAH diatas, bahawa manusia seharusnya berusaha dan beramal dengan IKHLAS kerana ALLAH semata mata, Jika mendapat kedudukkan yang tinggi dalam masyarakat,mereka seharusnya tidak sombong,tidak menindas dan menzalami orang lain, Manusi yang bersih seperti yang di maksudkan oleh Firman tersebuT ( tidak riak kerna pangkat kebesaran,kekayaan dan sebagainya ) MEREKA INI LAH YANG KELAK AKAN MENGECAP NIKMAT SYURGA DI HARI AKHIRAT. FIKIR FIKIRKAN LAH, WASALLAM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment