PENGERTIAN DAN HAKIKAT UJUB
Ujud,ertinya berbangga diri atau menunjuk nunjuk diri sendiri kerana,ALIM,WARAK,PINTAR,BERJAYA dan sebagainya, sifat ini lebih banyak terpendam di dalam batin atau hati, tetapi kekadang dapat juga di lihat dari perbuatan,percakapan,tingkahlaku serta tindakannya.
Jika ia saorang yang mempunyai banyak dan tinggi ilmu,ia berbangga sambil menunjuk nunjuk dirinya sendiri,bagaiman boleh berjaya sedemikian tinggi,sedangkan orang lain tidak. Begitu juga jika dia kaya atau menjadi seorang pembesar,padahalnya dahulunya dia orang miskin dan berpangkat rendah sahaja.
Antara sifat UJUB dan sifat TAKBUR ini ada kaitannya,biasanya sesaorang itu akan bersifat ujub terlebih dahulu, setelah berbangga dengan kemenangan atau kejayaannya,maka sifatnya akan meningkat atau bertukar kepada takbur.
Diantara contoh contohnya ujub dan takbur : -
1. Mula mula dia berbangga,didalam hatinya berkata," saya dahulu miskin, tetapi berkat usaha dan kerja keras serta di izin kan ALLAH, maka saya sekarang menjadi seorang yang kaya, tetapi saya berasa heran,?mengapakah kawan kawan saya itu tidak berjaya seperti saya?, mereka juga berkerja kuat dan berusaha !,oh mungkin mereka belum lagi di izinkan ALLAH !,nampaknya dikalangan usahawan di sini hanya aku sahaja lah yang berjaya. ALLAH mengasihi saya dan belum lagi mengasihi kawan kawan saya,demikian bisikan hatinya dengan perasaan riang dan gembira. Ini lah UJUB iaitu kehairanan di dalam hati bahawa dia telah berjaya dan orang lain tidak?. Demikian lah didalam perkara perkara lain,seperti kejayaan sesaorang di bidang pelajaran dan mendapat jawatan tinggi atau pun dia adalah pilihan rakyat dikawasan itu untuk menjadi pemimpin.
2. Tidak terkecuali orang yang UJUB ialah orang ALIM atau tinggi ilmunya di dalam agama. Bah kan kepada mereka lah yang paling kuat ujiannya, kerana syaitan berkerja keras untuk menarik orang orang seperti ini kedalam perangkapnya. Ianya menghasut dengan cara yang paling halus dengan membisikkan ke telinganya : " MEMANG BENAR DITEMPAT INI TIADA ORANG YANG PALING TINGGI ILMU AGAMANYA, MELAINKAN TUAN SAHAJA ". Sebab itu mereka melantik tuan sebagai imam dan ustaz, ini pangkat yang di kurnia oleh allah,tuan sepatutnya BERBANGGA.,betul juga kata mereka?,apa lagi mula dari saat itu batinnya sentiasa di liputi oleh sifat ujud,dan akhirnya akan menjadi sikap takbur kerana orang ramai menghurmati dan menyanjungnya. Demikian lah dua contoh ujub dan takbur yang di cela oleh ALLAH SWT. Hukumnya adalah haram, segala ibadahnya menjadi sia sia, bahkan dosa UJUB dan TAKBUR pula yang di perolehi.
" Fikir fikir kan lah wahai saudara saudara ku, AKU IKHLAS MENGINGATKAN ? ".
WASALLAM
No comments:
Post a Comment