Pages

Tuesday, November 2, 2010

PENGERTIAN HASAD DENGKI.

Hasad atau dengki.yang selalu juga di sebut kedua-duanya sekali "HASAD DENGKI" adalah bencana daripada penyakit hati,yang di akibatkan oleh perasaan DENDAM.Dendam pula ditimbulkan oleh sifat marah.Oleh sebab itu hasad dengki boleh lah kita katakan anak daripada sifat dendam.Atau pun cucu daripada sifat MARAH.          2.                 Hasad dengki ini mempunyai unsur-unsur yang tercela dan terlalu luas bidangnya,sehingga mustahil dapat kita kira,ianya bukan sahaja bertentangan dengan konsep dan ajaran islam,bahkan boleh merosak dan membahayakan angota masyarakat islam itu sendiri.Siapa jua yang telah di hinggapi oleh perasaan atau penyakit ini, sanggup melakukan apa sahaja,termasuk membunuh orang asalkan hajatnaya tercapai                                   3.                 Oleh kerana terlalu banyaknya hasad dengki dilakukan oleh manusia semenjak zaman NABI ADAM a.s. hingga lah saat ini,maka setiap orang islam hendak lah mempelajari dan mengamalkan ajaran islam secara total bagi mengelakan kita dari sifatsifat yang membinasakn umat islam.                                                     4.                  Pada zaman Rasullullah S.W.T. dahulu pun sudah banyak berlakunya hasad dengki di kalangan umat manusia,sehingga terdapat banyak hadis baginda mengenainya,KESIMPULAN  TENTANG BAHAYA HASAD DENGKI ITU sebagaimana sabdanya,  :  "HASAD DENGKI ITU MEMAKAN (membinasakan) KEBAJIKAN,SEBAGAIMANA API MEMAKAN (membakar) KAYU YANG KERING." (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah).         5.Dari hadis Rasulullah S.A.W. ini dapat di fahamkan bahawa perbuatan hasad dengki itu boleh menghapuskan amal kebaikan dengan sekelip mata sahaja,seperti apai membakar kayu yang kering        

No comments: