Pages

Sunday, November 21, 2010

MEMBINA PERIBADI

DENDAM DAN MEMBANTERASNYA.

PENGERTIAN DENDAM:

Dendam dan hasad dengki merupakan penyakit hati yang sering berlaku di dalam masyarakat. Penyakit yang membawa kepada dosa ini amat sukar untuk di ubati, apatah lagi jika ianya berpunca dari penganiayaan atau penzaliman.

      Misalnya seseorang telah di aniaya atau di zalimi oleh seseorang yang MEMEGANG KUASA, contohnya di dalam politik, kementerian, peringakat jabatan, peringkat daerah hatta peringkat kampung serta di dalam kelompuk kekelurgaan, dan tidak berdaya olehnya untuk menentang. Ketika itu lah orang yang di zalami, terpaksa memendam perasaan sakit hati yang tidak terkira. Perasaan itu akan terus membara di dalam jiwa dan raga, sebagaimana terhimpun nya belerang di dalam GUNUNG BERAPI MERAPI, menunggu masa hendak meledaknya, seperti yang sedang berlaku sekarang.

       Meski pun agama menyuruh kita, hambanya supaya terus bersabar dan menahan perasaan marah itu dari terus meledak, namun kita sebagai manusia, sifatnya tidak berdaya hendak menentangnya. Keinginan untuk menuntut bela diatas kezaliman yang di lakukan terhadap kita, sentiasa berlegar legar di kepala kita. Apabila perasaan itu tidak dapat di bendung lagi, sedangkan keupayaan untuk menuntut bela dari segi FIZIKAL dan KEWANGAN tidak mengizinkan, maka timbullah ke inginan di sanubari sessorang untuk membalas DENDAM dengan apa cara se kali pun.

       Satu daripada cara yang selalu berlaku di dalam masyarakat kita untuk membalas dendam, ialah melalui perbuatan HASAD DENGKI, mungkin juga mencederakan orang yang zalim atau merosakan harta bendanya, ada juga sampai melakukan perkara di luar batas perilaku kita sebagai manusia. Mereka tahu semua perbuatan tersebut di larang di dalam agama dan undang undang negara.

Oleh yang demikian, dendam bererti apabila seseorang merasa terlalu MARAH terhadap seorang yang lain, di ikuti dengan perasaan membenci dan menjauhi diri terhadap orang tersebut, sifat begini akan terus kekal di dalam hatinya

       Dendam adalah sifat yang bertentangan denag ciri ciri hidup seorang ISLAM dan di larang. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud " BAHAWA ORANG MUKMIN ( BERIMAN )  ITU BUKANLAH SEORANG YANG PENDENDAM ". Kerana sifat pendendam bukan lah sifaf orang orang yang beriman.

       Imam Ghazali telah membuat kajian bahawa sifat DENDAM yang berpunca dari sifat MARAH itu boleh menimbulkan lapan perkara yang mungkar dan membinasakan, ia itu :

1. Timbul perasaan hasad dengki ia itu tidak suka melihat seseorang itu hidup dan mengcap nikmat, ia berharap agar kesenangan dan kenikmatan orang itu terhapus,perbuatan ini dalah perbuatan orang orang yang munafik.
2. Sifat hasad dengki yang mendendam itu akan bertambah di dalam hati, ia merasa amat gembira jika orang yang di dendamnya itu di timpa bencana atau musibah.
3.Ia memutuskan hubungan persaudaraan dan silaturahim dengan orang yang di dendami nya itu, sehingga tidak mahu lagi bertegur sapa, sehingga sanggup memburuk buruk atau menghina walau saudara sendiri.
4. Jika orang yang di dendamnya itu lebih rendah taraf dan kedudukannya, ia akan memaling muka dan mengangap kecil serta menghinanya.
5. Ia akan memperkatakan tentang orang yang di dendam itu dengan pelbagai kata nista, tidak kira dengan cara berbohong, mendedahkan keburukannya, mengumpat, menghina dan seumpamanya.
6. Ia akan meniru kelakuan orang yang di dendannya dengan tujuan mengejek ejek atau mendedahkan keburukannya.
7. Ia mungkin akan melakukan kezaliman terhadap orang yang di dendamnya dengan berbagai cara.
8. Ia akan menahan hak hak yang sepatutnya di perolehi oleh seseorang yang di dendamnya.

Oleh itu ingat lah wahai saudara saudara ku, tinggalkan lah amlan kita yang bertentangan dengan hukum agama, INGAT LAH JIKA KITA DI BERI KUASA, GUANKAN LAH KUASA KITA DENGAN CARA YANG BETUL, JIKA KITA DI LANTIK SEBAGAI PEMIMPIN PEMIMPIN LAKSANAKAN LAH SEGALA TUGAS KITA HANYA KERANA ALLAH, BERILAH LAH APA APA KEPADA YANG HAK DENGAN ADIL, JIKA KITA DI TAKDIRKAN MENJADI PENYOKONG SETIA KEPADA PEMIMPIN PEMIMPIN, JADILAH PENYOKONG YANG ADA PERISIP, BERCAKAP BENAR JIKA KITA RASA APA YANG DI LAKUKAN OLEH BOS KITA SALAH DI SISI AGAMA DAN MORAL.BERCAKAP BENAR LAH KERANA IANYA DI TUNTUT OLEH AGAMA KITA.

Fikir fikirkan lah lah, saya menulis bukan kerana mempertahan kan sesaorang, saya menulis kerana saya fikir banyak  PERKARA YANG TAK BETUL DI LAKUKAN, DI KATAKAN BETUL OLEH SESETENGAH PEHAK, SEHINGGA SANGGUP MENIIPU FAKTA DAN MENGATAKAN BAHAWA ORANG LAIN YANG TAK BETUL INGAT ALLAH S.W.T. TIDAK DAPAT KITA TIPU.

FIKIR FKIR KAN LAH BANYAK KALI.  WASALLAM


    




No comments: