Pages

Wednesday, November 17, 2010

" JAMBATAN YANG DI LUPAKAN ?."

Salam semua, saya masih teringat lagi di zaman persekolah saya sekitar awal 70an di kuantan pahang, apabila tiba musim cuti persekolahan kami ramai ramai balik ke jerantut menaiki bus dari kuantan ke jerantut melalui jalan lama, iatu maran jerantut, jalan yang bengkang bengkok. perjalanan amat memenatkan dan memeningkan, tapi demi lambaian kampung ku di ulu tembeling kami gagahi juga, walau pun ada di antara kawan kawan kami yang termuntah.

Apabila bus yang kami naiki tiba di seberang kampung feri, kami terpaksa menunggu lagi untuk menyeberagi sungai pahang degan menaiki ferri yang di kendalaikan oleh JABATAN KERJA RAYA, jika tidak silap saya. Kami terpaksa menunggu gilirian, jika kenderaan banyak maka lambat lah giliran kita untuk sampai ke seberang kampung feri, untuk meneruskan perjalanan ke bandar jerantut.

Tetapi sekarang, pengunaan FERRI untuk menyeberangi sungai pahang membawa muatan kendaraan dan manusia telah menjadi sejarah untuk daerah jerantut. Kerajaan perihatin yang memerintah di waktu itu telah membina sebuah jambatan yang cantik menyeberangi sungai pahang, untuk keselesaan perhubangan masyarakat diantara kedua dua tebing sungai pahang, secara langsung memacu ekonomi penduduk jerantut. Saya tidak tahu jumlah kos pembinaan jambatan di waktu itu, tapi pulangan dan kebaikan mendirikan jambatan tersebut amat di hargai oleh semua penduduk daerah jerantut, Perhubangan lebih pantas, memunggah hasil pertanian senang dan semuanya senang.

Tapi sayang sebuah jambatan yang pertama kerajaan bina untuk menyeberangi hulu sungai pahang, untuk kemudahan rakyat di kampung menuju bandar, jka kita bandingkan dengan jambatan jambatan di tempat lain tidak berapa ceria dan menarik DI WAKTU MALAM. CUBA KITA LIHAT JAMBATAN DI TEMERLOH,LIPIS DAN LAIN LAGI, ada nampak kecerian, sinaran lampu nion telah di pasang kiri kanan jambatan, untuk mencantik kan pemandangan di waktu malam. lampu lampu neon hendaklah juga di pasang  di jambatan feri  untuk keselesaan pejalan kaki dari feri ke seberang feri, sekarang ini di waktu malam dapat kita lihat pejalan kaki melalui jambatan itu mengunakan lampu suluh agar mereka nampak untuk berjalan di atas jambatan tersebut, satu lagi untuk keselamatan mereka agar nampak oleh pemandu kereta yang lalu.

Sekarang ini ada nampak pehak berkuasa daerah, jkr dan angensi agensi yang sama waktu dengan nya dalam proses memperindahkan bandar jerantut, syabas saya ucapkan, tapi adakah pemimpin pemimpin kita terfikir atau terniat untuk mencari peruntukan bagi menaik taraf keceriaan jambatan yang boleh saya katakan sebagai satu" MERCU TANDA" (land mark) bagi daerah jerantut, kerana ianya jambatan pertama di bina di daerah jerantut bagi menghubangkan penduduk di sebelah seberang jerantut.

Dari kita membazirkan peruntukan meruntuhkan bangunan yang sudah siap juga membina mercu tanda pasar besar jerantut dengan MEMBINA BESI yang tak tau apa tujuannyan? untuk mengukuhkan bangunan pasar dah pasti tidak ?, apa salahnya jika kita gunakan peruntukan sebanyak itu untuk memperindahkan jambatan kita yang menghubugkan pelancung pelancung ke taman negara.dengan memasang lampu neon di kiri kanan juga lampu limpah di setiap penghujung jambatan serta mengcat dengan warna yang ceria. saya bukan anti pembangunan, tapi pembangunan yang membazir atau ada tujuan tertentu harus lah di hentikan ?

Fikir fikir kan lah wahai pemimpin..... wasallam

No comments: