Salam semua, bukan mahu bercerita tentang hantu, tentang, tempat maksiat atau di penghujung perjalanan sesiapa, cuma hari ini saya ingin mengatakan ada sedikit kekurangan kecerian bandar jerantut di waktu malam.
Saya tidak tahu kenapa dan sebab apa ?, saya belum mendapat apa berita di hujung telinga saya apa yang sebenarnya berlaku hingga ke saat ini yang menyebabkan bandar kita seperti bandar yang di tinggalkan,malap dan gelap khususnya de kiri kanan jalan ( BOLEH KITA KATAKAN LEBUHRAYA LAH ) diantara lampu isyarat dekat mesjid baru sehinggalah ke persimpangan pusingan u ke sungai jan.
Jika dulu kita terasa amat teruja dengan perubahan mendadak yang di laksana kan oleh MDJ, khususnya untuk menceriakan pemandangan di waktu malam, lampu kiri kanan jalan di nyalakan,nampak lurus dan sebaris, habis pokok pokok kiri kanan jalan di pasang dengan lampu limpah berwarna warni di pancarkan ke rimbunan dedaduan setiap pokok, menampakkan kegemerlapan cahaya hijau daun di suluh dengan berbagai warna lampu.sungguh kreatif kaki tangan MDJ, syabas di ucapkan.
Seperti yang saya katakan kenapa ianya terjadi seperti sekarang ini, lampu lampu jalan sudah tidak menyala lagi, begitu juga dengan lampu lampu limpah yang menerangi pepohon di sekitar bandar, cuba anda bayangkan jika semua lampu di banggunan persendirian di tutupkan, apa jadi, seram rasanya jika kita ingin berjalan jalan.
Awal malam tadi sewaktu saya melalui jalan tersebut,selain di terangi oleh lampu lampu kenderaan,nasib baik bangunan di kiri kanan masih menyalakan lampu di premis masing masing, selain dari itu jika kita datang dari arah temerloh, jika siang hari kita dapat lihat dengan jelas gambar gambar pemimpin pemimpin tertinggi kita juga gambar KDYMM Sultan kita dan SULTANAH serta DYTM Tengku Mahkota dan Tengku puan.
Tapi sayang bila kita melihat di waktu malam, cahaya yang menerangi tidak cukup untuk menerangkan gambar gambar tersebut, pada pandangan saya, tidak sesuai gambar pemimpin kita di letakan terlalu rendah, sehinggakan amat senang di capai oleh sesiapa sahaja,ianya amat mudah di apa apa kan ?,jika boleh lah gambar gambar tesebut di angkat tinggi sedikit, dan di pancarkan dengan lampu limpah agar menambahkan serinya lagi.
Kita tahu di belakang gambar tersebut ada satu monument yang bertulis selamat datang ke jerantut,tapi untuk apa?, walau pun ianya di sinari oleh lampu limpah tapi langsung tidak berfungsi kerana ianya di lindungi, tak tau lah kotkot masa membuatnya dulu tidak memerlukan peruntukan atau ianya tumbuh sendiri di situ sebelum gambar gambar di tegapkan.mungkin tiada perancangan tepat ?
Bukan niat saya ingin mengatakan agensi ini ,agensi itu tak betul ?, tapi saya cuma memberitahu perkara yang sedang berlaku, takut takut ada yang terlepas pandang, bukan apa? bandar kita adalah merupakan bandar pintu masuk pelancung pelancung ke taman negara, ada yang bermalam di bandar Jerantut, kita takut pandangan pertama mereka terhadap jerantut daerah pelancungan.
Apa yang saya harapkan, ianya bukanlah merupakan salah pandang agensi terbabit, mungkin di waktu ini MDJ sedang menaiktaraf bandar jerantut melibatkan pemasangan kabel kabel elektrik, JIKA INI LAH PENYEBABNYA, MAKA BOLEH LAH KITA TERIMA, KENAPA LAMPU LAMPU JALAN DAN LAMPU LAMPU LIMPAH DI POKOK POKOK TIDAK MENYALA SELAMA INI?.
WASALLAM
No comments:
Post a Comment