BEBERAPA CONTOH KEPUTUSAN YANG KURANG BIJAK PEMIMPIN PEMIMPIN,AHLI MAJLIS DAN KATUA JABATAN.
- PROJEK SILANG DI KAMPUNG JAYA :- Silang bermakna pemaju membanggunkan sesatu kawasan baik untuk perumahan atau lain lain pembangunan,segala urusan membangunkan kawasan tersebut semau di uruskan oleh pehak pemaju,setelah siap pembinaan,pemaju akan menyerahkan kepada kerajaan untuk di agihkan kepada penduduk yang layak dan yang tak layak tetapi di fikirkan layak? Semua kos di kira berapa jumlahnya dan pehak kerajaan di kehandaki membayar,tak kira didalam bentuk wang ke ?, bentuk tanah ke,janji apabila di kira jumlah yang di terima oleh pemaju mestilah sama dengan nilai kos yang di keluarkan ?
- Sebagi, contoh katakan nilai projek tersebut melebehi rm12 juta, maka pehak kerajaan tepaksa membayar tunai rm12 juta, adakah kerajaan mampu membayar tunai ?, jika mempu mengapa agensi kerajaan negeri tidak berminat untuk melaksanakannya, atau dii tender secara terbuka ?. di sini lah yang menjadi tanda tanya ?
- Jika kerajaan mahu membayar balik kos membangunkan kawasan perumahan itu denagn tukar dengan tanah kerajaan,, berapa ribu hektar tanah kerajaan yang seharusnya di korbankan ?. seluruh tanah kerajaan yang maseh berbaki lagi di dalam bandar jika di berikan kepada pemaju,saya rasa masih tidak mencukupi jika di bandingkan dengan kos yang di keluarkan oleh pemaju, kata mereka ?, bukan di sini sahaja masaalahnya, di Raub pun sama?, pemaju baru tolak tanah dah mintak ganti tanah di kawasan lain.
- Jadi berapa banyak kah jumlah tanah di dalam bandar dan di luar bandar,di bukit dan bermacam lagi yang kita harus korbankan ,dengan kesalahan keputusan yang telah di buat oleh pemimpin pimimpin ?.
- Adakah keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin pemimpin memberi menafaat kepada majoriti rakyat ?. rumah pun mahal juga,kedai yang di bina oleh pemaju tak mampu dibeli oleh ramai peniaga melayu hatta menyewa se kali pun, " JADI APA KAH FAEDAAH YANG DI NIKMATI OLEH RAKYAT DENGAN PROJEK SILANG TERSEBUT ". Bandar nampak membangun tapi siapa yang untung,siapa yang dapat berniaga ? yang pentingnya KOCEK SIAPA YANG PENUH SELAIN DARI PEMAJU TERSEBUT? YANG BERGELAR DATO YANG MEMPUNYAI PENGARUH YANG AMAT KUAT DAN DI SEGANI OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN DAN KAKI TANGAN KERAJAAN YANG MEMPUNYAI KUASA.
- Satu lagi projek yang membazir yang tidak terfikir oleh pemimpin pemimpin umno yang menjadi ahli majlis dan ydp di zaman itu ialah mercutanda "GERBANG BESI PASAR BESAR JERANTUT ". Untuk apa di dirikan besi besar di depan pasar tersebut,silap silap jika tumbang.ada yang maut,peruntukan besar di peruntukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri,tapi benda itu sahaja yang di buat,termasuka lah pagar sekeliling pasar. Apakah manafaat secara langsung yang di perolehi oleh peniaga peniaga di pasar tersebut. Alang kah baiknya jika peruntukan sebanyak itu.pehak majlis pohonkan dari kerjaan pusat dan negeri untok membina gerai gerai kecil bagi peniaga melayu atau untuk memperindahkan bandar jerantut ?. Mungkin juga mereka berfikir ada projek ada peruntukan dan ada wang massuuk ?.
- ingat tak dulu dulu,ada gerai gerai di kawasan berhampiran rumah rehat jerantut berdepan padang bola,apa jadi dengan gerai gerai tersebut ?. Sudah banyak peruntukan di keluarkan untuk menbangunkan gerai gerai untuk prniaga kecil kecilan,kesudahan nya,gerai gerai di robohkan untuk memboleh kan jalan by pass menghala ke benta tanpa melalui lintasan keretapi. Takkan lah ahli majlis tak tau perojek cadangan pembangunan masa akan datang, takkan tak ada pelan pembanguna bandar jerantut, mungkin tau tapi buat tak tau, janji peruntukan keluar dah siap nak roboh tak apa ?
- Jika pehak majlis daerah benar benar mau membantu gulungan peniaga melayu dan peniaga kecil bangsa lain, kenapa pehak majlis sendiri tidak memohon tapak tanah kerajaan yang masih ada lagi di dalam bandar jerantut ini sejak dari dahulu lagi, kenapa di biarkan sahaja kepada syarikat swasta memohon memajukan tanah tanah tersebut,jika majlis tidak mampu memajukan hartanah tersebut, majlis boleh usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri atau lain lain agensi kerajaan pusat?. tidak lah tanah tersebut jatuh ke tangan orang lain atau setidak tidaknya harganya mampu di beli oleh peniaga peniaga melayu.
- Banyak lagi rasa nya keputusan keputusan yang kurang bijak yang tidak memberi menafaat se cara langsung kepada majoriti rakyat yang tidak dapat di ulaskan di sini,yang penting ini perkara pokok ?
- FIKIR FIKIR KAN LAH SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN. "NEGARA INI ASALNYA TANAH MELAYU " WASALLAM jika ada lagi boleh lah tuan tuan tolong tambahkan. TETAPI JIKA SE SEKALI FIKIR SEMUA KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN DAN JUGA AHLI MAJLIS MEMPUNYAI MAKSUD YANG TERLINDUNG DI SEBALIK YANG TERSURAT DAN TERSIRAT, ada udang di celah celah mee yang hendak di suap.? TAPI TAK SEMUA YANG MEMPUNYAI NIAT BEGITU, ?
No comments:
Post a Comment