Pages

Monday, December 27, 2010

SEMBANG SEMBANG PETANG.

Petang ahad tanggal 26hb dec 2010, saya berjalan jalan di bandar jerantut, mundar mandir ke hulu kehilir berjalan kaki, kononnya untuk melakukan senaman petang. Biasa lah di hujung minggu melakukan senaman menjadi aktiviti mingguan saya, kekadang bersama sama kawan seangkatan saya.

Setelah melakukan perjalanan memusing dari  dataran mdj, ke hadapan kfc, melalui depan perhentian bus dan juga perhentian teksi menuju ke hadapan bangunan majlis daerah jerantut, dan berpusing semula melalui gedung aktif, apabila saya melalui depan kfc saya melihat ramai orang berkumpul dan minum di gerai bawah pokok betul betul di depan kedai menjual cd. saya juga kenal tuan kedai, iaitu miah, isteri encik ismail.

Apabila saya menghampiri gerai tersebut agak semakin jelas apa yang di borakkan oleh mereka, yang menjadi perhatian kepada orang ramai yang minum di situ ialah sebuah meje yang di duduki oleh 4 orang dewesa,  dua orang telah berumur menakala dua orang lagi pertengahan umur agakknya. sambil menghirup air semakin rancak perbualan mereka, adakala nya saya dengar mereka bercakap dalam nada keras seolah olah tidak berpuashati ,atau ada punca lain?, ini agakkan saya sahaja.

Keinginan untuk mengetahui dengan jelas apa yang di perkatakan oleh mereka mereka itu, saya terus mendekati lagi kawasan di bawah pohon tersebut, kebetulan ada kerusi batu yang di sediakan oleh pehak majlis daerah jerantut tidak di duduki oleh orang di waktu itu, apa lagi saya terus duduk, kebetulan meja mereka berhampiran dengan kerusi batu yang saya duduk itu.

Apa lagi saya cuba memasang telinga untuk mendengar apa kah punca masaalah yang di hadapi oleh keempat mereka ini, tiba tiba saya di kejutkan dengan nada suara, alaunan percakapan dan sebutan mereka, tak saya sangka mereka adalah urrang saya juga, ia itu percakapan mereka boleh saya agak dari pendalaman ulu tembeling, walau pun saya tidak mengenali mereka tapi saya cuba beranikan hati menegur mereka, dengan memberi salam, salam saya berjawap, saya memperkenalkan diri dan bertanya mereka dari kampung ,mana dan dan apa masaalah mereka?. mereka mengatakan mereka berasal dari kampung pagi, dan masaalah yang mereka hadapi ialah dan tidak berpuas hati tentang pembinaan jalan memasuki kekampung mereka!, saya terus bertanya lagi jalan yang mana ?, mereka berkata perojek dari kuala tahan ke kampung pagi.

Saya bertanya lagi ingin kan kepastian, mengapa tidak berpuas hati, sedang kan kerajaan telah meluluskan pembinaan jalan tersebut, kata saya lagi " gon ne beruntung dari kami penduduk di kampung belah derulug , gon dah di luluskan jalan bernilai ratusan juta sedangkan kami di rullug masih di takuk lama lagi, ' INI JAWAPAN MEREKA, TENTANG APA SEBAB MEREKA RASA TIDAK BERPUASHATI, DAN MENGATAAKAN BAHAWA PEMBANGUNAN YANG MERUGIKAN MEREKA " :-


Jalan dari Kuala Pengor menghala ke Kampung lentun melalui sekolah mengunakan jalalan lama yang di bina oleh PLB, sepatutnya pihak pemaju menguna jajaran lain untuk memasuki kampung tradisinol tersebut, untuk mengelak kan kerugian kepada pemilik pemilik tanah pertanian setempat, apa yang mereka kesalkan pengambilan balik tanah pertanian yang kebanyakan telah di tanam dengan getah juga kelapa sawit, ini lah yang merugikan mereka, tambah pula di waktu ini harga komoditi tersebut melambung tinggi.

Jalan jalan tersebut dianggarkan tiga km jauhnya, dan  ada sesetengah penduduk kampung kehilagan tanah  melebehi 1.5 ekar tanah mereka kerana di ambil balik untuk pembangunan tersebut. mereka merasa amat kesal dengan kejadian tersebut, kerana tiada penerangan jelas oleh pehak berkuasa negeri mahu pun pehak berkuasa daerah, berkenaan pengambilan tanah mereka,  semuanya seolah olah di serahkan ke tangan kontraktor dan kuncu kuncu mereka sahaja ?. yang mana kata mereka lagi ,perbincangan berbentuk ugutan dari pihak kontraktor yang menyebabkan mereka rela dalam paksa mengizinkan tanah tanah mereka di ambil untuk melebarkan jalan yang telah di bina oleh pehak PLB dahulu. Jika mengikut perancangan asalnya oleh pehak berkuasa negeri dan daerah, pembinaan jalan ke kampung tradisional tersebut tidak melibatkan pengambilan balik tanah tanah orang kampung?, jika ada pun se manima yang mungkin. Mereka juga kesal kerana di kawasan kampung mereka tanah milik tidaklah seluas mana lagi yang tinggalnya.

Masaalah dan rungutan sebegini mungkin ada asasnya, bukan mereka tidak iniginkan pembangunan, tetapi pembangunan yang merugikan pada diri kita dan orang lain memang tidak harus di jalankan, kata mereka, beberapa kemungkinan dan tafsiran yang telah di buat oleh mereka, diantara kemungkinannya ialah sikap lepas tangan pihak berkuasa negeri dan daerah, juga mungkin peranan pihak kontraktor mempengaruhi pehak pehak terbabit, Dari gaya cerita mereka projek melebar dan menebang sedang di jalankan sekarang ini dan antara yang menyembah bumi ialah pokok pokok yang di tanam oleh empunya tanah tersebut. Adakah setimpal jumlah bayaran yang mereka terima dengan kehilangan harta benda dan tanah mereka, soal mereka kepada saya?, saya hanya terdiam tidak berkata apa apa, cuma meberi tahu mereka, bahawa saya memang  tidak tahu nilai rm satu ekar  tanah tanah di kawasan pendalam tersebut .

Dari air muka dan cara percakapan mereka, mereka masih menaruh harapan agar pehak berkuasa negeri dan daerah campur tangan dalam menyelesaikan masaalah yang di hadapi oleh mereka, malah mereka berkata, ada yang telah menulis surat kepehak atasan juga ke pehak sprm, itu kata mereka ?, tetapi tanpa mendapat maklum balas, mereka tidak mengetahui sebab apa, mungkin kata mereka pehak kontraktor ini KEBAL ?, SAYA MENJAWAB SAYA KURANG ARIF ?. saya pun memohon diri untuk beredar kerana hari sudah senja memasuki waktu maghrib, setalah bersalam dan memberi salam saya beredar meninggalkan mereka. di dalam hati saya cuma berkata, jika benar kata mereka mereka tadi, ianya tidak sepatutnya berlaku, di waktu kita mahu mengambil hatil mereka agar terus menyokong kita dalam pilihanraya akan datang, kerana mereka ini lah pengundi pengundi yang kita harapkan DAN MUNGKIN JUGA MEREKA MEREKA JUGA AKAN MEMBERI KEMENANGAN KEPADA BN, FIKIR FIKIRKAN LAH JIKA BENAR KATA MEREKA ?.

2 comments:

azlishukri said...

salam, blog tuan sudah dipaut dalam blog list II saya.

chenerong ular said...

Salam tuan MAS, Blog tuan telah saya pautkan dalam list blog pilihan saya, terima kaseh sudi singgah.