Pages

Saturday, December 4, 2010

PRU: BUATLAH PILIHAN TEPAT - PARTI ATAU CALON?.

Ramai yang beranggapan dan meneka bila pru akan di adakan?, ada yang mengatakan tak lama lagi, ada yang mengatakan tahun depan, ada yang kata 2012,  tapi yang sebenarnya kita pun semua tak tau bila tarikh tersebut akan di umumkan oleh DSN, Apa yang penting bagi kita rakyat biasa ini, tarikh  tidak penting, apa yang penting , adakan sahaja pru walau  tahun mana sekali pun?, kerana kami ingin mengunakan hak hak kami sebagai warga negara yang telah berdaftar dengan SPR .

Ada di dalam blog di tulis di perenggan akhir dalam cerita bapa pembanggunan bandar Jerantut, yang mana di minta rakyat memilih pemimpin pemimpin yang mempunyai jiwa dan semangat mengutamakan AGAMA,BANGSA DAN NEGARA dalam visi perjuangan mereka, alahamdulillah jika sekarang ini kita masih lagi dapat berjumpa atau terjumpa pemimpin pemimpin politik yang mempunyai cita cita murni untuk mendahulu kan rakyat melebihi kepentingan diri sendiri, kroni, saudara mara dan sahabat handai?.

Cuba kita lihat, hari ini, pemimpin kerajaan telah mengumum kan pengurangan subsidi minyak ron 95,gula pasir juga gas lpg, pengurangan subsidi tersebut bermakna kerajaan telah menaikkan harga barang barang tersebut, dan dengan megahnya menteri tersebut menyatakan kerajaan dapat menjimatkan hampir dua billion dengan pengurangan subsidi tersebut, sambil memberi bandingan bahawa kenaikan harga tersebut masih lagi releven dan tidak membebankan rakyat, jika ianya di bandingakan dengan rakyat di negara jiran kita, mungkin Thailand, Singapura juga Indonesia, kenapa kerajaan kita tidak membandingkan dengan Brunai. Kita yakin bahawa rakyat bawahan ini mampu menghadapi kenaikan harga harga barang tersebut, tetapi apa yang kita risaukan, kerajaan mengurangkan subsidi untuk menjimatkan kos perbelanjaan, tetapi pekedai dan peruncit akan menaikan harga semua barangan?. Sebagai contoh kedai kedai kopi,barangan runcit kerana kenaikan kos kata mereka.

Di Thailand walau pun minyak ,gula dan lain lain mahal, Cuba kita bandingkan harga kereta kita dengan kereta di sana, contohnya harga Toyota Vios di sana murah dari negara kita anggaran rm20,000 lebih murah dari harga di Malaysia, di sana insuran tidak tinggi, tiada tol macam kita di sini membebankan penguna dan bermacam macam lagi yang tiada di sana tetapi di sini di kenakan cukai, Singapura, walau pun minyak dan barang barang mahal tetapi pendapatan penduduknya amat lah tinggi.

Apa yang saya cuba kaitkan di sini ialah tentang penjimatan yang dikatakan oleh pehak kerajaan dengan mengurangkan subsidi tersebut dapat menjimatkan perbelanjaan kerajaan berbillon rm, tapi adakah kerajaan sedar atau buat tak sedar sahaja tentang pembaziran yang telah di lakukan selama ini, oleh kementerian, oleh agensi , oleh kerajaan negeri, oleh yang berhurmat dan penjawat awam?, lagi banyak penyelewengan dan
 pembaziran yang nilainya mungkin melebehi ratusan billion rm. subsidi nampak pembaziran, kerana ada angka tiap bulan berapa pihak kerajaan keluarkan tapi yang lain walau pun ada angka tetapi tidak tiap tiap bulan. sebagai contoh perojek PELABUHAN KELANG, SEKOLAH SEKOLAH SELURUH MALAYSIA, contoh sekolah di pendalaman pun walau pun murid ada berapa kerat sahaja, bangunannya serupa dengan sekolah di bandar juga, sekolah kebangsaan sungai Kiol pun sama, dua tingkat, tetapi tidak mempunyai ramai murid pun, ini baru beberapa projek yang kita tau, berapa nilai kos pembinaan perojek tersebut, berapa kos kerajaan terpaksa tanggung dengan adanya unsur unsur penipuan di situ.

Di negara kita ini nilai bayaran saman sahaja pun sudah mencecah puluhan juta rm, belum masuk cukai cukai lain yang di kenakan oleh pehak kerajaan?, di dalam kita berkira kira untuk mengadakan pru ke 13 pihak kerajaan telah mengumukan pengurangan subsidi pulak, ini sedikit sebanyak akan memberi kesan jangka panjang kepada rakyat bawahan dan mungkin melibatkan kemarahan di hati rakyat biasa. kerana mereka mengetahu bahawa banyak salah laku yang melibatkan pemimpin pemimpin kerajaan yang mengakibatkan duit rakyat hilang  berbillion rm?, yang ini sepatutnya pihak kerajaan tumpukan agar ianya tidak berlaku se cara meluas.

Jadi pru akan datang ini bila ingin membuat keputusan untuk memangkah, TEPUK LAH DADA, GUNAKAN LAH AKAL, ADAKAH CALUN TERSEBUT MEMPUNYAI VISI ATAU MISI UNTUK MEMBELA AGAMA,BANGSA DAN NEGARA?, FIKIR LAH SAMA ADA CALUN ATAU PARTI ?. SAMA ADA CALUN TERSEBUT MEMENTINGKAN DIRI SENDIRI, KRONI, SAUDARA MARA ATAU SAHABAT HANDAI, kita ada peluang sekali dalam lima tahun.?, Pejam kan mata sejenak tarik nafas pelan pelaa, bayangkan " JIKA CALUN TERSEBUT MASIH LAGI YB, BAYANGKANKAN APA YANG TELAH DIA LAKUKAN? , JIKA CALUN BARU, BAYANGKAN. APA YANG AKAN DIA MAMPU LAKUKAN UNTUK MEMBELA RAKYAT SEMACAM KITA ?, LEPAS TU PANGKAH LAH MANA SATU?, KERANA KITA TIDAK MENGHARAPKAN APA APA DARI BAKAL YB, CUMA YANG KITA HARAPKAN AGAR BERKHIDMAT DEMI AGAMA, BANGSA DAN NEGARA ?.  WASALLAM

2 comments:

uRag dRrulug said...

Aihhh, yok! Mulek amat dorh napork nyeq belog ong neh!

chenerong ular said...

Salam ud,terima kaseh lah kerana ong nok nok jugaq singgah umah akuq sesekali sekala.

Aku dengeok blog ong lawaa, aku tanya tanya urrang macamanaq nok buat biar lawaa juga, ada urrang tunjuk nok buat mulek, akukq ikut hajerq lah.