Pages

Tuesday, December 14, 2010

SIAPAKAH KITA DAN DI MANA LETAKNYA KITA ?

" DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANG ".

Salam semua, bukan untuk apa apa, cuma untuk kita sama renungkan dimanakah letaknya diri kita, jika rasa kita sudah terpesong jauh ,pulanglah ke pangkal jalan, cari lah cahaya yang mungkin akan dapat menerangi perjalanan kita di akhir hidup kita, saya menyeru dan sentiasa mengingatkan diri saya sendiri, juga kepada para para pemimpin parti politik, penjawat awam, yang berhurmat, menteri menteri,  timbalan menteri, senator senator, serta DYMM Raja Raja Melayu, dan seluruh umat melayu yang mengaku BERAGAMA ISLAM,

Siapakah orang yang sombong? : Adalah mereka yang di beri nikmat tetapi tidak mahu sujud kepada Allah.

Siapakah orang yang mati hatinya? : Adalah mereka yang diberi peringatan, namun tidak merasa apa apa kesan di dalam jiwa untuk BERTAUBAT'

Siapakah orang yang dungu otaknya? : Adalah mereka yang tidak mahu melakukan ibadat tapi menyangka bahawa Allah tidak akan menyiksanya dengan kelalaian itu dan sering merasa tenang dengan kemaksiatannya.

Siapakah orang yang kuat? : Adalah orang yang dapat menahan kemarahannya ketika ia di dalam kemarahan.

Siapakah orang yang lemah? : Adalah mereka yang tidak membenci kepada kemungkaran yang berlaku  di depan matanya.

Siapakah orang yang bakhil? : Adalah mereka yang berat lidahnya untuk membaca selawat keatas junjungan Rasulullah S.A.W.

Siapakah orang yang buta? : Adalah mereka yang tidak mahu mempelajari dan membaca Al-quran dan meneliti pengajaran darinya.

Siapakah orang yang tuli? : Adalah mereka yang tidak mengendahkan tazkirah dan nasihat.

Siapakah orang yang sibuk? : Adalah mereka yang tidak mengambil berat akan waktu solatnya.

Siapakah orang yang manis senyumannya? : Adalah mereka yang tabah menerima ujian dan mampu tersenyum sewaktu di uji.

Siapakah orang yang menanggis air mata mutiara? : Adalah mereka yang bersendirian sambil merenung akan kebesaran Allah dan menyesal akan dosa dosa yang telah dilakukan lantas mengalirkan air mata.

Siapakah orang yang kaya? : Adalah mereka yang bersyukur dan tidak tamak haloba akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? : Adalah mereka yang tidak puas puas dengan nikmat yang ada.

Siapakah orang yang pandai? : Adalah mereka yang telah bersiap sedia untuk hari kematiannya.

Siapakah orang yang bodoh? : Adalah mereka yang bersungguh sungguh terhadap dunianya tetapi mengabaikan akhiratnya.

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya? : Adalah mereka yang sentiasa mempertingkatkan ilmunya.

Siapakah oarang orang yang mundur? : Adalah mereka yang tidak memperdulikan halal dan haramnya akan sesuatu perkara.

Siapakah orang yang gila? : Adalah mereka yang tidak melakukan sembahayang.

Siapakah orang yang rugi? : Adalah mereka yang telah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadah.

Siapakah orang yang tertipu? : Adalah mereka orang orang muda yang menyangka bahawa kematian itu hanya berlaku kepada orang tua sahaja.

Siapakah orang yang paling cantik? : Adalah mereka yang mempunyai akhlak mulia.

Siapakah orang  yang mempunyai rumah yang paling luas? : Adalah mereka yang lapang kuburnya kerana amal soleh yang di bawanya.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi di himpit? : Adalah mereka yang mati tanpa membawa amalan dan kuburnya akan menjadi sempit dan dia terhimpit di dalamnya.

Renung renungkan lah, cermin diri kta, muhasabah diri kita, supaya kita akan dapat menjadi seoarang pemimpin yang benar benar berjuang demi menegakkan AGAMA KITA, BANGSA KITA JUGA NEGARA KITA, ?,tak kira apa jua yang kita pimpin, keluaraga, negara, negeri, persatuan, kuminiti dan lain lain , prinsipnya tetap sama, tidak mempunyai niat untuk kepentingan diri, saudara, sahabat handai,kroni dan lain, segala apa yang kita lakukan hanya kerana ALLAH S.W.T. pasti akan dapat pembalasan yang setimpal di akhir perjalanan hidup kita,  WASALLAM


No comments: