Pages

Saturday, December 18, 2010

SEMBANG SEMBANG PAGI.....

Lebih kurang jam sembilan pagi, saya telah keluar kebandar Jerantut untuk mencari sarapan pagi, kebetulan kedai di gerai berhampiran perhentian teksi buka, taun punya kedai tersebut saya kenal, beliau seorang perempuan juga memandu teksi'

Saya singgah di kedai tersebut untuk bersarapan, kebetulan baru ada dua tiga orang yang sedang minum di gerai tersebut, lantas saya memanggil tuan punya kedai dan memesan nasi berlauk satu beserta minuman teh o, saya makan bersama telur rebus berlaukan ayam masak lemak. boleh tahan juga sedapnya makanan yang di sediakan tetapi tidak mempunyai banyak pilihan.

setelah dua puluh minit saya bersarapan di situ sambil menghirup teh o tiba tiba saya lihat pelanggan gerai puan mah telah bertambah, dari saya satu meja seorang, yang lain ada semeja dua orang, dan yang datang seramai empat orang, setelah saya amati tiga dari mereka adalah pengusaha kereta sewa(teksi), dan seorang adalah tokey burger, yang berniaga di sebelah gerai puan Mah, saya hanya mengangkat tangan kepada pok mat, tok ayah dan sorang lagi saya tak ingat namanya, mereka hanya menbalas sambil tersenyum.

Saya terus menghabiskan sisa sisa nasi berlauk dan teh o saya dengan tidak mencampuri perbualan mereka. Tiba tiba saya di kejutkan oleh suara kuat salah saorang dari mereka, saya cuba mengamati perbincangan sesama mereka, rupa rupanya mereka berkisah kan tentang sologan yang telah di perkenalkan oleh YAB Dato Seri Najib, itu " RAKYAT DI DAHULUKAN ", tanpa menambah baris ayat yang akhir.dari meja jauh saya bertanya kepada mereka kenapa pulak mereka tidak suka rakyat di dahulukan, INI LAH JAWAPAN DAN HUJAH MEREKA :-.

Memang lah kerajaan mendahulukan rakyat, yang mana semua yang susah rakyat yang dulu kena, Kerajaan menaikan harga gula,minyak gas, rakyat dulu yang kena, harga barang akan naik rakyat dahulu yang mengalami kesusahan, tentang insuran kereta motor, rakyat yang kena menanggung kos yang tinggi kerana polosi syarikat insuran mengenakan cas yang mahal, tidak seperti dahulu ada insuran untuk pihak ketiga ( 3rd party ), kata mereka bagi sebuah kereta buruk insuran yang kena ambil bernilai melebehi RM400, begitu juga dengan motorcycle sekurang kurang RM190 mereka kena bayar, tidak termasuk cukai jalan, Ada pula yang tahu membandingkan dengan negara jiran kita Thailand dan Indonesia, yang mana kata mereka insuran yang mahal hanya di kenakan pada permulaan membeli kereta sahaja dan tahun berikutnya tak memerlukan insuran yang mahal lagi, ada juga yang bercakap mengatakan perojek yang akan di bina oleh syarikat swasta yang di tunjangi oleh Ahli ahli Yang berhurmat yang sedia ada di jerantut, sebagi contoh yang giat di bina di kawasan berhampiran pasar, kata meraka. Ada juga yang bersunggut, bahawa kenaikan harga minyak tidak membebankan mereka, tetapi kenaikan harga barangan keperluan harian serta minuman yang menjadi perbualan mereka, kerajaan kata naik minyak tidak membebankan rakyat, tetapi harga minuman segelas telah di naikkan sepulu sen, contoh kata mereka?, dan apabila sudah di naikan untuk menurunkan tidak mungkin akan berlaku,begitu juga dengan sewa gerai yang meraka berniaga sekarang ini,ada ura ura akan di naikkan ke rm100 dari rm30 kata mereka?. banyak lagi lah cakap cakap mereka tenteng ketidakpuasan hati mereka tentang apa yang di lakukan oleh kerajaan dan pemimpin setempat sekarang ini,

Saya rasa ada benarnya cakap cakap mereka, mereka seolah olah kecewa dengan tindak tanduk kerajaa dan juga pemimpin pemimpin politik setempat, ketidakpusan mereka dapat di lihat dari raut wajah mereka ketika mereka berbincang sesama mereka, malah ada yang mengatakan pehak kerajaan mungkin akan kalah di parlimen di sebabkan gara angkara yang mereka bincang, malah ada yang telah memberi beberapa fakta, sebagi contoh,kata meraka, penyokong pembangkang kata mereka tetap sama, dan mungkin akan bertambah dengan adanya pendaftaran pemilihan baru, sedangkan bagi bn kata mereka penyokong makin menyusut di tambah di atas pagar, dan ditambah dengan trand pengundi baru tidak memihak kepada bn, bn boleh kalah kata mereka, ini mungkin pendapat pribadi mereka, tetapi pihak kerajaan kena peka dengan pemasalahan yang rakyat bangkitkan?.

Perbincangan mereka terhenti seketika di sebabkan nombor teksi salah seorang dari mereka sudah di panggil untuk menghantar penumpang kediistinasi yang telah di tetapkan,maka meraka pun bersurai tanpa meninggalkan apa apa resolusi untuk di hantar kepada DSN. agaknya dalam hati mereka berkata kata?, membuang masa membincangkan hal hal terkini negara, tidak ada siapa yang dapat menolong menyelesaikan masaalah yang mereka utarakan, kerana mereka bukan orang yang tenama ?, saya pun juga turut beredar setelah membayar apa yang saya makan tadi, saya sempat juga mencelah dengan kata kata, keluar cari makan ( duit ) lagi bagus, mereka pun menyambut har betul tu!!!!!!!!! lalu beredar.........................

No comments: