Pages

Sunday, January 16, 2011

HANYA CALUN YANG BOLEH MENYUMBANG KEMENANGAN KEPADA BN SAHAJA YANG AKAN DI PILIH

Salam semua, sejuk dada, sedap telinga mendengar ungkapan yang di tuturkan  oleh pemimpin tertinggi BN yang kita banggakan selama ini, alahamdulillah, akan menang besarlah parti kerajaan di dalam pru ke 13 akan datang. saya pernah mendengar sendiri beliau berucap di satu dewan di kuantan pahang sebelum penamaan calun pru 12 yang lepas, nada yang sama pernah di ucapkan, bahkan beliau pernah mengatakan bahawa calun calun yang akan di beri peluang di pahang untuk bertanding dalam pru 12 hendaklah terdiri dari orang orang yang popular dikawasan masing masing, tak perlu pendidiikan tinggi?,tak perlu mempunyai jawatan di peringkat bahagian atau cawangan , janji,calun yang yang bertanding boleh memenangi kerusi tersebut.

Apakah benar kata kata beliau di PRU 12 dulu di kotakan di peringkat negeri pahang, berapa peratus calun calun di pilih berdasarkan rekod perkhidmatan mereka kepada parti dan masyarakat di pilih?, berapa peratus kah calun calun yang di pilih memang terdiri dari mereka yang kaki berkerja demi agama, bangsa dan negara di pilih ?jika di bandingkan dengan mereka yang kaki mengampu dan kaki putar belit di pilih ?.

Kita dapat lihat kebanyakan calun di pilih berdasarkan kepentingan peribadi dan masa depan pemimpin tertinggi, baik di peringkat pusat mahu pun peringkat negeri, PM mengatur stratigi meletak calunnya yang berpihak kepada beliau, sama juga, TPM, menteri besar, ketua pemuda pusat dan negeri, ini semua adalah berpaksikan kepada takut kehilangan kuasa, dalam erti kata mudah ialah kebanyakan calun yang di pilih bukan berdasarkan kepada rekod khidmat cemerlang mereka, tetapi berdasarkan calun itu orang saya. yang akan menentukan kedudukan jawatan  mereka di perhimpunan agong umno nanti, biar pun orang yang di calunkan adalah terdiri dari meraka yang tidak popular di tempat mereka, ada sesetengah mereka caranya lebih teruk dari perompak lagi?. mungkin yang memilih di peringkat negeri pun sama teruk juga , takut untuk memilih calun calun yang betul betul di sukai oleh rakyat, Takut nampak perubahan drastik yang akan di lakukan oleh pemimpin baru yang berpotensi menjalan kan kerja dengan ikhlas dan jujur, ini lah penyakitnya umno dan bn ?.

Kita ketahui ada beberapa agensi kerajaan yang telah di tugaskan oleh pehak kerajaan untuk memantau prestasi bakal bakal calun atau orang tertentu yang mempunyai kepimpinan yang baik yang berpotensi di jadikan calun di sesautu kawasan itu, kita ada penerangan, kita ada jasa, kita ada sb dari pasukan polis, juga ada risik dari tentera berserta dengan pegawai seranta dan lain lagi yang telah membuat lapuran terpinci mengenai potensi setiap calun calun, ajk bahagian juga ahli masyarakat dan kaki tangan awam yang mempunyai kelibar yang baik, lapuran tersebut di salurkan kepada bos masing masing di peringkat pusat dan negeri, dan seterusnya di salurkan kepada pihak atasan kerajaan untuk di buat penduan. persoalan nya sekarang,  adakah pehak tertentu menguna pakai apa yang telah di lapurkan oleh agensi terbabit?.

Jadi untuk PRU 13 nanti DSN PM kita telah mempunyai kuasa penuh untuk mementukan calun calun, jika dulu mungkin tidak, banyak pengaruh pengaruh luar mempunyai tangan ghaib menentukan calun, jadi untuk PRU 13 akan datang ini kita tidak mahu lagi dengar ada rakyat berkata bahawa ada lagi tangan tangan ghaib yang  membuat keputusan menentukan calun calun untuk kepentingan peribadi pemimpin pemimpin tertentu, untuk kepentingan kuasa di perhimpunan agong umno?. jika boleh sebarang keputusan bini jangan campur ??

Ingat !, rakyat sebenarnya telah bosan,telah jelak, menyampah dengan sikap pemimpin pemimpin yang mempunyai kepentingan peribadi yang melampau, ubah lah sikap, jangan anggap kuasa yang di beri oleh rakyat itu merupakan satu lesen untuk yb yb mencari kekayaan, ubah dan anggap kita yang menang bukan sebagai  yang berhurmat, tetapi sebagai orang yang berkhidmat, jangan anggap status yb sebagi tempat mencari kekayaan, elaun telah di beri, tuntutlah seberapa banyak elaun yang layak di tuntut, rakyat tak marah?.

Jadi, untuk PRU 13 ini kita berharap agar dapatlah kita melihat senarai calun calun yang akan di pilih oleh pemimpin tertinggi BN nanti adalah terdiri dari calun calun yang di senangi. di sukai oleh rakyat setempat, iaitu popular, tiada lagi calun calun payung terjun di tonjolkan untuk pru kali ini. Rakyat tidak meminta lebih dari DSN, cuma pilih lah calun seperti apa yang di katakan di serawak semalam. rakyat bawahan tidak dapat apa apa jika sesiapa pun memerintah, bagi kami rasanya lari dari mulut harimau masuk ke mulut buaya?.

Fikir fikir kan lah, rakyat mempunyai peluang memilih lima tahun sekali, tetapi yb yb yang menang mempunyai peluang sepanjang tahun sama ada memberi khidmat cemerlang atau cemerlang dalam mengumpul kekayaan peribadi?

1 comment:

Anonymous said...

aku tengok ramai dah tokoh-tokoh untuk jadi ADUN kawasan tahan ni.., antaranya:
- wan shaharin wan abd jalil
- wan abd halim wan omar
(ajk umno bahagian pekan - orang
ulu tembeling)
- wan shamsuri wan jalil (penghulu)
- wan hanuar hakim (bekas penghulu)

molehlah tu.., wokme pilihlah yang boleh benar-benar boleh wat keje dan bukan dikalangan yang kuat buat bommmm......