Salam semua, saya masih teringat lagi di zaman persekolah saya sekitar awal 70an di kuantan pahang, apabila tiba musim cuti persekolahan kami ramai ramai balik ke jerantut menaiki bus dari kuantan ke jerantut melalui jalan lama, iatu maran jerantut, jalan yang bengkang bengkok. perjalanan amat memenatkan dan memeningkan, tapi demi lambaian kampung ku di ulu tembeling kami gagahi juga, walau pun ada di antara kawan kawan kami yang termuntah.
Apabila bus yang kami naiki tiba di seberang kampung feri, kami terpaksa menunggu lagi untuk menyeberagi sungai pahang degan menaiki ferri yang di kendalaikan oleh JABATAN KERJA RAYA, jika tidak silap saya. Kami terpaksa menunggu gilirian, jika kenderaan banyak maka lambat lah giliran kita untuk sampai ke seberang kampung feri, untuk meneruskan perjalanan ke bandar jerantut.
Tetapi sekarang, pengunaan FERRI untuk menyeberangi sungai pahang membawa muatan kendaraan dan manusia telah menjadi sejarah untuk daerah jerantut. Kerajaan perihatin yang memerintah di waktu itu telah membina sebuah jambatan yang cantik menyeberangi sungai pahang, untuk keselesaan perhubangan masyarakat diantara kedua dua tebing sungai pahang, secara langsung memacu ekonomi penduduk jerantut. Saya tidak tahu jumlah kos pembinaan jambatan di waktu itu, tapi pulangan dan kebaikan mendirikan jambatan tersebut amat di hargai oleh semua penduduk daerah jerantut, Perhubangan lebih pantas, memunggah hasil pertanian senang dan semuanya senang.
Tapi sayang sebuah jambatan yang pertama kerajaan bina untuk menyeberangi hulu sungai pahang, untuk kemudahan rakyat di kampung menuju bandar, jka kita bandingkan dengan jambatan jambatan di tempat lain tidak berapa ceria dan menarik DI WAKTU MALAM. CUBA KITA LIHAT JAMBATAN DI TEMERLOH,LIPIS DAN LAIN LAGI, ada nampak kecerian, sinaran lampu nion telah di pasang kiri kanan jambatan, untuk mencantik kan pemandangan di waktu malam. lampu lampu neon hendaklah juga di pasang di jambatan feri untuk keselesaan pejalan kaki dari feri ke seberang feri, sekarang ini di waktu malam dapat kita lihat pejalan kaki melalui jambatan itu mengunakan lampu suluh agar mereka nampak untuk berjalan di atas jambatan tersebut, satu lagi untuk keselamatan mereka agar nampak oleh pemandu kereta yang lalu.
Sekarang ini ada nampak pehak berkuasa daerah, jkr dan angensi agensi yang sama waktu dengan nya dalam proses memperindahkan bandar jerantut, syabas saya ucapkan, tapi adakah pemimpin pemimpin kita terfikir atau terniat untuk mencari peruntukan bagi menaik taraf keceriaan jambatan yang boleh saya katakan sebagai satu" MERCU TANDA" (land mark) bagi daerah jerantut, kerana ianya jambatan pertama di bina di daerah jerantut bagi menghubangkan penduduk di sebelah seberang jerantut.
Dari kita membazirkan peruntukan meruntuhkan bangunan yang sudah siap juga membina mercu tanda pasar besar jerantut dengan MEMBINA BESI yang tak tau apa tujuannyan? untuk mengukuhkan bangunan pasar dah pasti tidak ?, apa salahnya jika kita gunakan peruntukan sebanyak itu untuk memperindahkan jambatan kita yang menghubugkan pelancung pelancung ke taman negara.dengan memasang lampu neon di kiri kanan juga lampu limpah di setiap penghujung jambatan serta mengcat dengan warna yang ceria. saya bukan anti pembangunan, tapi pembangunan yang membazir atau ada tujuan tertentu harus lah di hentikan ?
Fikir fikir kan lah wahai pemimpin..... wasallam
Wednesday, November 17, 2010
Tuesday, November 16, 2010
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDUL ADHA.
- SANGGUPKAH KITA BERKORBAN DEMI AGAMA BANGSA DAN NEGARA ?
" RAKYAT DI DAHALU KAN PENCAPAIAN DI UTAMA KAN"
Kita banyak terbaca di dalam tulisan di akhbar, di blog blog, meminta atau mengutarakan tentang pengertian korban, amalan korban yang di jalan atau di lakukan oleh sahabat sahabat mukmin kita, berpuluh ekor lembu,kerbau juga unta kita sumbangkan untuk ibadah korban , memang ianya amat di tuntut oleh agama kita bagi yang mampu, begitu juga menjalankan ibadat rukun islam yang kelima iaitu menunaikan haji ke makkah.
Ibadah korban kita jalankan setahun se kali sempena musim haji,memperingati pengorbanan NABI ALLAH IBRAHIM AS didalam persitiwa korban anak kesayangannya NABI ALLAH ISMAIL AS, dengan kuasa ALLLAH SWT, nabi ISMAIL AS telah di gantikan dengan seekor kibas. Maka hingga ke saat ini umut islam yang mampu saban tahun melakukan ibadah korban, dapat lah daging daging korban di agihkan agihkan kepada fakir fakir miskin, untuk merasa kemewahan makanan seperti orang orang yang mampu rasa kan, WALAU PUN BUAT MEREKA CUMA BEBERAPA KALI MAKAN SAHAJA?.
Apa yang menariknya dari peristiwa tersebut, kesanggupan seorang nabi utusan ALLAH menyembelih anaknya sendiri demi menjalankan perintah ALLAH, DEMI KETAATAN KEPADA ALLAH DAN AGAMA YANG DI ANUTINYA..kesanggupan untuk melaksanakan perintah ALLAH langsung tidak berbelah bagi.
APA YANG INGIN SAYA UTARAKAN DI SINI:-
1. Ambil lah pengajaran dari ibadah korban yang di jalankan oleh NABI ALLAH IBRAHIM AS.
JIKA KERANA AGAMANYA nabi sanggup mengorbankan anak kesayangannya adakah kita
sebagi pemimpin pemimpin POLITIK, pemimpin pemimpin KELUARGA, pemimpin pemimpin
MASYARAKAT, pemimpin pemimpin DI PEJABAT dan yang palinag penting,MENTERI
MENTERI,TIMBILAN MENTERI, AHLI PARLIMEN, ADUN, RAJA RAJA MELAYU,
PENJAWAT AWAM. KITA SEDIA MAKLUM MERAKA MEREKA YANG TERSEBUT
DIATAS LEBIH DARI MAMPU UNTUK MELAKUKAN IBADAH KORBAN YANG DI
TUNTUT OLEH AGAMA SABAN TAHUN,MALAH BERIBU EKOR BINATANG
TERNKAN MAMPU MEREKA SUMBANGKAN?.
2. Selain ibadah korban yang di tuntut oleh agama yang di lakukan saban tahun, Pengorbanan yang
WAJIB di lakukan oleh pemimpin pemimpin kita, yang di tuntut oleh rakyat, ialah, pemimmpin
mesti meninggalkan AMALAN mementingkan diri sendiri,mementingkan kroni,tamak,rakus,
MENYALAHGUNA KUASA,RASUAH,TIDAK SOMBONG, BERLAGAK,MENUNJUK
NUNJUK KEKAYAAN JIKA MENAIKI KERETA BESAR DAN MAHAL,JIKA DIIKUT
TAK MAMPU UNTUK MEMILIKI JIKA DENAGN CARA YANG BETUUL.
3. Jika pemimpin membantu,bantu lah secara ikhlas,kerana keraja kita, pengorbanan sebeginilah
yang di harapkan oleh rakyat di lakukan setiap masa sepanjang tahun, seperti slogan pemimpin
pemimpin,menteri menteri selalu ucapkan. : menerima amanah dan tanggung jawab KERANA
AGAMA BANGSA DAN NEGARA: itu sahaja yang rakyat mahu dari pemimpin , laksanakan
TANGGUNG JAWAB DENGAN AMANAH,TANPA MENGAMALKAN PERKARA
PERKARA YANG SALAH DI SISI AGAMA KITA,"ISLAM".....
4. Jika kita dapat membuat perubahan dan sanggup melakukan pengorbanan seperti yang saya
nyatakan di atas, rakyat akan sentisa bersyukur saban hari, jika rakyat sejahtra, aman,
NEGARA MENJADI MAKMUR
Saturday, November 13, 2010
Menjaga Lisan
Menjaga Lisan :- HANYA UNTUK RENUNGAN KITA BERSAMA SEBAGAI PEDOMAN.
DARI;- I love ALLAH.com
DARI;- I love ALLAH.com
Friday, November 12, 2010
MEMBINA PERIBADI.
MARAH.
PENGERTIAN MARAH:-
Marah merupakan sifat semula jadi yang ada pada setiap manusia. Hanya tingkat tingakatnya yang berbeza di antara sesaorang dengan yang lain. Setengah orang telalu sensitif, pantang tersentuh hatinya, ia akan melenting dan marah. Sesetengahnya pula dapat bersabar sehingga ke tahap dirinya terhina.
Sifat marah yang bisa berlaku ialah di antara orang yang tinggi atau sama kedudukannya. Misalnya ibu dan ayah memarahi anak anak, guru memarahi murid, pemimpin memarahi orang bawahannya dan sahabat memarahi sahabatnya. Selalu juga berlaku orang bawahan memarahi ketua atau pemimpin. Walau apa pun jua, setiap kemarahan yang berlaku ada puncanya.
Ibu atau ayah memarahi anaknya kerana tidak mendengar nesihat, Guru pula memarahi muridnya kerana malas dan tidak mematuhi ajarannya,. Pemimpin memarahi orang bawahannya kerana tidak mematuhi arahannya. Seorang sahabat pula sanggup memarahi sahabatnya jika tidak dapat menunaikan janji.
Bagi orang orang yang sensitif, perkara perkara kecil pun boleh menyebabkan kemarahan. Sebagi contoh anak sama anak bertengkar membuatkan ibu bapa mempunyai perasaan marah di antara satu sama lain, anak anak dah ok ibu bapa maseh lagi menyimpan perasaan marah..
Agama mencela orang yang suka mengamalkan sifat sifat marah, walau pun dia berhak berbuat demikian. Adalah buruk rupanya orang yang sedang marah, Begitu juga lah jika anda sedang marah pada sesuatu, cuba tengok di cermin. Anda akan dapat lihat wajah anda amat buruk dan anda tidak suka melihatnya.
Apabila sesorang sedang marah, mukanya menjadi merah padam, Jika terlalu sangat marah di sertai dengan geram, kadang kadang tangan terketar ketar, tidak dapat mengawal diri, sebarang kemungkinan boleh berlaku ?.
Hakikatnya, marah pada zahirnya ialah cetusan perasaan akibat terlalu benci terhadap manusia, haiwan atau pun benda benda yang menyakati diri atau hati sesaorang. Biasanya perasaan di lahirkan secara lisan seperti memaki hamun, atau dengan perbuatan seperti memukul dan membunuh.
Marah pada hakikatnya, menurut Imam GHAZALI, adalah berpunca dari secebis api NERAKA YANG BERNYALA NYALA. kepanasan itu naik kesudut hati lalu bersembunyi menjadi bara yang di liputi oleh abu. Bara itu akan terus menetap di hati sebagaimana api di dalam sekam. maka meletus lah bara itu menjadi api yang bernyala seakan akan gunung MERAPI. SETERUSNYA AKAN TELAHIRLAH SIFAT SOMBONG BAGI MEREKA MEREKA YANG TIDAK DAPAT MENGAWALNYA. Orang yang sombong itu adalah juga seorang yang pemarah.
" FIKIR FIKIRKAN LAH, TINGGALKAN LAH PERANGAI CEPAT MARAH" JIKA KITA SEAORANG YANG TERGULONG DI DALAM ORANG ORANG YANG CEPAT MARAH. WASALLAM,....................
Monday, November 8, 2010
KEPUTUSAN PEMIMPIN PEMIMPIN YANG KURANG BIJAK DAN TIDAK TEPAT,SIAPA UNTUNG DAN SIAPA RUGI ?
BEBERAPA CONTOH KEPUTUSAN YANG KURANG BIJAK PEMIMPIN PEMIMPIN,AHLI MAJLIS DAN KATUA JABATAN.
- PROJEK SILANG DI KAMPUNG JAYA :- Silang bermakna pemaju membanggunkan sesatu kawasan baik untuk perumahan atau lain lain pembangunan,segala urusan membangunkan kawasan tersebut semau di uruskan oleh pehak pemaju,setelah siap pembinaan,pemaju akan menyerahkan kepada kerajaan untuk di agihkan kepada penduduk yang layak dan yang tak layak tetapi di fikirkan layak? Semua kos di kira berapa jumlahnya dan pehak kerajaan di kehandaki membayar,tak kira didalam bentuk wang ke ?, bentuk tanah ke,janji apabila di kira jumlah yang di terima oleh pemaju mestilah sama dengan nilai kos yang di keluarkan ?
- Sebagi, contoh katakan nilai projek tersebut melebehi rm12 juta, maka pehak kerajaan tepaksa membayar tunai rm12 juta, adakah kerajaan mampu membayar tunai ?, jika mempu mengapa agensi kerajaan negeri tidak berminat untuk melaksanakannya, atau dii tender secara terbuka ?. di sini lah yang menjadi tanda tanya ?
- Jika kerajaan mahu membayar balik kos membangunkan kawasan perumahan itu denagn tukar dengan tanah kerajaan,, berapa ribu hektar tanah kerajaan yang seharusnya di korbankan ?. seluruh tanah kerajaan yang maseh berbaki lagi di dalam bandar jika di berikan kepada pemaju,saya rasa masih tidak mencukupi jika di bandingkan dengan kos yang di keluarkan oleh pemaju, kata mereka ?, bukan di sini sahaja masaalahnya, di Raub pun sama?, pemaju baru tolak tanah dah mintak ganti tanah di kawasan lain.
- Jadi berapa banyak kah jumlah tanah di dalam bandar dan di luar bandar,di bukit dan bermacam lagi yang kita harus korbankan ,dengan kesalahan keputusan yang telah di buat oleh pemimpin pimimpin ?.
- Adakah keputusan yang telah dibuat oleh pemimpin pemimpin memberi menafaat kepada majoriti rakyat ?. rumah pun mahal juga,kedai yang di bina oleh pemaju tak mampu dibeli oleh ramai peniaga melayu hatta menyewa se kali pun, " JADI APA KAH FAEDAAH YANG DI NIKMATI OLEH RAKYAT DENGAN PROJEK SILANG TERSEBUT ". Bandar nampak membangun tapi siapa yang untung,siapa yang dapat berniaga ? yang pentingnya KOCEK SIAPA YANG PENUH SELAIN DARI PEMAJU TERSEBUT? YANG BERGELAR DATO YANG MEMPUNYAI PENGARUH YANG AMAT KUAT DAN DI SEGANI OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN DAN KAKI TANGAN KERAJAAN YANG MEMPUNYAI KUASA.
- Satu lagi projek yang membazir yang tidak terfikir oleh pemimpin pemimpin umno yang menjadi ahli majlis dan ydp di zaman itu ialah mercutanda "GERBANG BESI PASAR BESAR JERANTUT ". Untuk apa di dirikan besi besar di depan pasar tersebut,silap silap jika tumbang.ada yang maut,peruntukan besar di peruntukan oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri,tapi benda itu sahaja yang di buat,termasuka lah pagar sekeliling pasar. Apakah manafaat secara langsung yang di perolehi oleh peniaga peniaga di pasar tersebut. Alang kah baiknya jika peruntukan sebanyak itu.pehak majlis pohonkan dari kerjaan pusat dan negeri untok membina gerai gerai kecil bagi peniaga melayu atau untuk memperindahkan bandar jerantut ?. Mungkin juga mereka berfikir ada projek ada peruntukan dan ada wang massuuk ?.
- ingat tak dulu dulu,ada gerai gerai di kawasan berhampiran rumah rehat jerantut berdepan padang bola,apa jadi dengan gerai gerai tersebut ?. Sudah banyak peruntukan di keluarkan untuk menbangunkan gerai gerai untuk prniaga kecil kecilan,kesudahan nya,gerai gerai di robohkan untuk memboleh kan jalan by pass menghala ke benta tanpa melalui lintasan keretapi. Takkan lah ahli majlis tak tau perojek cadangan pembangunan masa akan datang, takkan tak ada pelan pembanguna bandar jerantut, mungkin tau tapi buat tak tau, janji peruntukan keluar dah siap nak roboh tak apa ?
- Jika pehak majlis daerah benar benar mau membantu gulungan peniaga melayu dan peniaga kecil bangsa lain, kenapa pehak majlis sendiri tidak memohon tapak tanah kerajaan yang masih ada lagi di dalam bandar jerantut ini sejak dari dahulu lagi, kenapa di biarkan sahaja kepada syarikat swasta memohon memajukan tanah tanah tersebut,jika majlis tidak mampu memajukan hartanah tersebut, majlis boleh usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri atau lain lain agensi kerajaan pusat?. tidak lah tanah tersebut jatuh ke tangan orang lain atau setidak tidaknya harganya mampu di beli oleh peniaga peniaga melayu.
- Banyak lagi rasa nya keputusan keputusan yang kurang bijak yang tidak memberi menafaat se cara langsung kepada majoriti rakyat yang tidak dapat di ulaskan di sini,yang penting ini perkara pokok ?
- FIKIR FIKIR KAN LAH SEBELUM MEMBUAT SEBARANG KEPUTUSAN. "NEGARA INI ASALNYA TANAH MELAYU " WASALLAM jika ada lagi boleh lah tuan tuan tolong tambahkan. TETAPI JIKA SE SEKALI FIKIR SEMUA KEPUTUSAN YANG DI BUAT OLEH PEMIMPIN PEMIMPIN DAN JUGA AHLI MAJLIS MEMPUNYAI MAKSUD YANG TERLINDUNG DI SEBALIK YANG TERSURAT DAN TERSIRAT, ada udang di celah celah mee yang hendak di suap.? TAPI TAK SEMUA YANG MEMPUNYAI NIAT BEGITU, ?
Wednesday, November 3, 2010
AHLI POLITIK,PENJAWAT AWAM PENTING UNTUK CAPAI WAWASAN NEGARA.
Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata kedua dua kumpulan,ahli politik dan penjawat awam
perlu menjadi sebagai rakan TULEN bagi menjadikan sektor awam lebih cekap dan berkesan.
" Sudah tiba masanya untuk meletakkan penjelasan terhadap setiap PERANAN ( ANTARA AHLI POLITIK DAN FUNGSI KEPIMPINAN DI DALAM SEKTOR AWAM ), di Malaysia dan banyak negara lain katanya, KEGAGALAN PERLAKSANAAN MERUPAKAN MASAALAH POLITIK YANG JELAS DI HADAPI OLEH KERAJAAN. (Ucapan perasmiaan simposium pembangunan kepimpinan membantu halatuju akan datang.)
Pandangan saya:- saya amat tertarik dengan ungkapan " KEGAGALAN PERLAKSANAAN MERUPAKANKAN MASAALAH POLITIK YANG JELAS DI HADAPI OLEH KERAJAAN "
Kita mempunyai peranan DAN TANGGUNG JAWAB masing masing,baik di pehak kerajaan,pehak penjawat awam,parlimen,kehakiman dan RAJA RAJA MELAYU serta rakyat jelata. peranan dan tanggung jawab yang harus kita kita main kan,ada yang bertulis dan ada yang secara lisan.
Semua undang undang kita sendiri yang gubal dan luluskan,perlambagaan tersedia untuk kita ikuti,perkeliling perkhidmatan dan arahan perbendaharaan sentiasa di up date kan untuk panduan semua penjawat awam,termasuk ahli ahli politik,undung undang di gubal untuk kita rakyat mematuhinya.
Persoaalan nya mengapa kepincangan masih berlaku ?, FIKIR FIKIRKAN LAH WAHAI SAUDARA SAUDARA KU, AKU HANYA MENGINGATKAN SAHAJA.
AL- QURAAN dan SUNNAH YANG BEGITU LENGKAP,TIADA CACAT CELANYA UNTUK KITA, SEBAGAI PANDUAN DAN PEDOMAN HIDUP, Masih lagi ada di antara kita tidak mengikuti sepenuhnya. WASALLAM.
perlu menjadi sebagai rakan TULEN bagi menjadikan sektor awam lebih cekap dan berkesan.
" Sudah tiba masanya untuk meletakkan penjelasan terhadap setiap PERANAN ( ANTARA AHLI POLITIK DAN FUNGSI KEPIMPINAN DI DALAM SEKTOR AWAM ), di Malaysia dan banyak negara lain katanya, KEGAGALAN PERLAKSANAAN MERUPAKAN MASAALAH POLITIK YANG JELAS DI HADAPI OLEH KERAJAAN. (Ucapan perasmiaan simposium pembangunan kepimpinan membantu halatuju akan datang.)
Pandangan saya:- saya amat tertarik dengan ungkapan " KEGAGALAN PERLAKSANAAN MERUPAKANKAN MASAALAH POLITIK YANG JELAS DI HADAPI OLEH KERAJAAN "
Kita mempunyai peranan DAN TANGGUNG JAWAB masing masing,baik di pehak kerajaan,pehak penjawat awam,parlimen,kehakiman dan RAJA RAJA MELAYU serta rakyat jelata. peranan dan tanggung jawab yang harus kita kita main kan,ada yang bertulis dan ada yang secara lisan.
Semua undang undang kita sendiri yang gubal dan luluskan,perlambagaan tersedia untuk kita ikuti,perkeliling perkhidmatan dan arahan perbendaharaan sentiasa di up date kan untuk panduan semua penjawat awam,termasuk ahli ahli politik,undung undang di gubal untuk kita rakyat mematuhinya.
Persoaalan nya mengapa kepincangan masih berlaku ?, FIKIR FIKIRKAN LAH WAHAI SAUDARA SAUDARA KU, AKU HANYA MENGINGATKAN SAHAJA.
AL- QURAAN dan SUNNAH YANG BEGITU LENGKAP,TIADA CACAT CELANYA UNTUK KITA, SEBAGAI PANDUAN DAN PEDOMAN HIDUP, Masih lagi ada di antara kita tidak mengikuti sepenuhnya. WASALLAM.
Tuesday, November 2, 2010
PENGERTIAN HASAD DENGKI.
Hasad atau dengki.yang selalu juga di sebut kedua-duanya sekali "HASAD DENGKI" adalah bencana daripada penyakit hati,yang di akibatkan oleh perasaan DENDAM.Dendam pula ditimbulkan oleh sifat marah.Oleh sebab itu hasad dengki boleh lah kita katakan anak daripada sifat dendam.Atau pun cucu daripada sifat MARAH. 2. Hasad dengki ini mempunyai unsur-unsur yang tercela dan terlalu luas bidangnya,sehingga mustahil dapat kita kira,ianya bukan sahaja bertentangan dengan konsep dan ajaran islam,bahkan boleh merosak dan membahayakan angota masyarakat islam itu sendiri.Siapa jua yang telah di hinggapi oleh perasaan atau penyakit ini, sanggup melakukan apa sahaja,termasuk membunuh orang asalkan hajatnaya tercapai 3. Oleh kerana terlalu banyaknya hasad dengki dilakukan oleh manusia semenjak zaman NABI ADAM a.s. hingga lah saat ini,maka setiap orang islam hendak lah mempelajari dan mengamalkan ajaran islam secara total bagi mengelakan kita dari sifatsifat yang membinasakn umat islam. 4. Pada zaman Rasullullah S.W.T. dahulu pun sudah banyak berlakunya hasad dengki di kalangan umat manusia,sehingga terdapat banyak hadis baginda mengenainya,KESIMPULAN TENTANG BAHAYA HASAD DENGKI ITU sebagaimana sabdanya, : "HASAD DENGKI ITU MEMAKAN (membinasakan) KEBAJIKAN,SEBAGAIMANA API MEMAKAN (membakar) KAYU YANG KERING." (hadis riwayat Abu Daud dan Ibnu Majah). 5.Dari hadis Rasulullah S.A.W. ini dapat di fahamkan bahawa perbuatan hasad dengki itu boleh menghapuskan amal kebaikan dengan sekelip mata sahaja,seperti apai membakar kayu yang kering
Subscribe to:
Posts (Atom)