Pages

Thursday, December 16, 2010

RAKYAT MARHAIN VS PEMIMPIN PEMIMPIN POLITIK, KRONI KRONI SERTA PENJAWAT PENJAWAT AWAM.

Kita selalu lupa dan mungkin kita buat buat lupa atau terlepas pandang di dalam soal rakyat miskin, termiskin, daif dan lain lagi, kita dengan bangga dan megah mencanangkan apakah projek projek yang telah kita laksanakan atau akan laksana kan di masa hadapan, jumlah wang yang di perunttukkan untuk projek projek tersebut nilainya mencecah ratusan juta, sebagi contoh di kampung kampung pendalaman hulu tembeling, telah di luluskan beberapa projek, untuk kemudahan rakyat, diantara projek yang begitu bernilai bagi penduduk di pendalaman tersebut adalah projek jalan dari kuala tahan kekampung pagi, pembangunan sebegini lah yang amat di harapkan oleh penduduk penduduk pendalaman, rakyat amat berterima kasih kepada pehak kerjaan,kerana sekian lama menanti baru sekarang terlaksana walau pun tidak sepenuhnya. Ini lah yang di katakan pembangunan untuk keperluan rakyat bukan sengaja di ada kan pembangunan, untuk mendapat laba dari pembangunan tersebut, contohnya mencadangkan pembinaan jambatan gantung di kuala tahan, bangunan sekolah yang bertingkat tingkat dan lain lagi yang tidak menguntungkan rakyat bawahan, tapi menguntungkan sesorang ?.

Kita dapat lihat sekarang dan mungkin semenjak dari dahulu lagi, kebanyakan pemimpin peminpin kita berlumba lumba untuk membangunkan kawasan yang di wakali oleh mereka, baik mengunakan peruntukan yang di luluskan oleh kerajaan atau usaha sama dengan pehak swasta, dengan penglibatan berberapa tokoh tokey cina di jerantut ini, ada seseteengah pembanguna tersebut tidak penting di bangunkan semasa itu atau masa sekarang, tapi ianya tetap di bangunkan demi mendapat peruntukan?. RAKYAT MARHAIN bukan anti pembangunan, tetapi pembangunan yang hendak di buat mesti lah memenuhi keperluan semasa, tiadak membazir, di rancang dengan teliti, buKan di rancanng untuk tujuan lain?. APA YANG DI HARAPKAN OLEH RAKYAT MARHAIN DI JERANTUT INI  IALAH ?.

Adakah para pemimpin memikirkan bagaiman untuk mengurangkan angka angka yang menunjukan jumlah rakyat berada  di bawah paras kemiskinan, apa cara yang dilaku untuk mengatasi masaalah tersebut, kenapa bilangan rakyat termiskin dan tidak mempunyai tanah bertambah dari tahun ketahun?,

Apa yang seharusnya di lakukan oleh pemimpin pemimpin yang di pilih oleh rakyat lakukan ialah bersikap adil kepada seluruh rakyat, tidak memenntingkan kroni, saudara mara, sahabat handai dan diri sendiri.

Seharusnya waktu kita di beri kuasa untuk memberi sesautu kepada rakyat, pilih lah yang betul betul layak sebagai contoh jika kita sebagai jawatan kuasa pemilih perserta felcra, perserta tanah kelompok dan lain lain perkara yang melibatkan pemberian secra percuma, hendaklah kita memilih mereka yang betul betul layak untuk menerima anugerah dari pehak kerajaan. Tetapi jika kita sendiri ingin memberi sedekah dengan diut poket kita, ikut lah nak beri kepada sesiapa pun, tiada orang yang ingin bertanya?.

Jika kita sebagai pemimpin politik, yang berhurmat, tok penghulu, tok 4, DO, ADO,  KRONI KRONI DAN PENJAWAT PENJAWAT AWAM SANGGUP MELUPAKAN kepentingan diri seperti yang berlaku sekarang ini yang mana para para penjawat awam bersengkokol dengan pemimpin politik atau takut dengan mereka selagi itu lah masalah rakyat marhain ini tidak dapat di selesaikan?.

Apa yang amat di harapkan oleh rakyat bawahan ialah pemberian secara adil, sebagai contoh, saham felcra yang selalu di bincangkan dan yang menjadi ketidakpuasan hati rakyat, pemberi tanah kelompok, pemberian tanah tanah lot rumah dan pertanian, sebagai contoh, penghulu baru berkerja 3 ke 5 tahun, bini dapat saham felcra, kerja kawasan tengah dapat saham di kawasan hilir, berkerja di kawasan hilir dapat saham felcra kawasan tengah begitulah seterusnya, boleh berpakat pulak dengan pemimpin politik dan ado untuk mendapatkan lot lot tanah di bandar.

Jika pemimpin sendiri tak mintak tanah, kepada kroni pulak di agih agih kan, rumah murah pun sama, cuba lihat di perumahan 410, berapa ramai kontraktor kroni pemimpin politik dapat rumah tersebut, sedang kan rakyat yang amat memerlukan tidak di berikan.?.

Jika kita boleh lah melihat peta pelan tanah di daerah jerantut ini, gulungan manakah yang ramai mendapati tanah yang di beri oleh kerajaan ?, ada kah gulungun tok penghulu, tok 4 atau so, dan ado ?, tapi yang pasti bekas yb yb telah diberi tanah di pinggir bandar untuk mengenang jasa konon ?, tapi tidak semua yang memohon. Rakyat dengan sabar menunggu untuk memohon secebis tanah untuk pertanian atau tapak rumah malah ada sampai  berpulu puluh tahun masih belum di luluskan lagi, tapi tidak semena mena tok penghulu yang dapat tanah di kawasan yang dipohon oleh mereka, begitu juga penghulu tukar ketempat lain masih dapat tanah di sini, ini di sebabkan kawan baik yb?.

Apa lah yang boleh di pertaaruh harapkan lagi kepada pemimpin dan yb serta penjawat awam di masa ini dan selama lamanya oleh rakyat untuk membantu menyelesaikan pemasaalahan yang di hadapi oleh mereka untuk mendapat sedikit keselesaan dalam menjaalani kehidupan yang semakin menghimpit , agar dapat mengubah masa depan hidup keluarga?, bukan kemewahan yang di pinta oleh rakyat marhain ini, cuma sedikit keadilan di berikan kepada yang ha, agar mereka juga dapat merasa apa yang tok penghulu, bini tok penghulu , tok 4 serta bini tok 4 dan lain penjawat awam dapat.

Jika semua pemberian kerajaan di tadbir urus dengan betul, dan para yb yb kita bertekad berkerja kerana ALLAH, insyaalah masalah rakyat marhain di bawah paras kemiskina dapat kita hapuskan?. Yang miskin di beri saham felcra, yang tak ada tanah di beri tanah, yang tak ada rumah di beri rumah, ada lagi lebih beri lah hak mana patut, jika begini lah sikap pemimpin kita, rakyat akan sentiasa memberi sokongan 100%, kerana rakyat di dahulukan bukan kroni di utamakan?

Fikir fikir kan lah bagimana untuk menawan kembali hati rakyat bawahan yang telah terluka oleh perbuatan yb yb, penjawat penjawat awam  kepada mereka selama ini berhubung ketidakadilan yang mereka terima selama ini, jika rasa hendak kekal lagi memerintah buatlah yang terbaik untuk rakyat termiskin, kerana saya rasa kali ini mereka sanggup terjun masuk ke mulut naga atau harimau jika kekal di dalam mulut buaya sekarang ini amat melemaskan?.

.

2 comments:

Anonymous said...

blog HU,saya bersetuju sangat dengan pandangan saudara ada benarnya apa yang saudara katakan itu tetapi bukan semua apa yang saudara sebut itu benar,siapakah orang miskin yang tidak pernah ditolong dalam daerah jerantut ini sila senaraikan namanya untuk kita semak dan senaraikan dalam senarai golongan orang miskin tegar peringkat daerah jerantut kerana kini faktanya hanya ada 69 orang sahaja yang miskin tegar hingga 2010, dan pemohon rumah kos rendah yang tidak pernah dapat atau diluluskan,pernahkan saudara semak
senarai mereka yang dipilih tidak layak kerana mereka mempunyai rekod hutang bank dan disenarai hitamkan namanya serta setiap kali kita mempunyai cadangan untuk dipilih kita akan pamirkan untuk menerima bantahan orang ramai ada sesetengah itu sudah mempunyai rumah tetapi masih nak memohon rumah setiap kali mereka berpindah,berhubung hal saham felcra apakah saudara ada formula yang terbaik untuk diberikan sebagai contoh felcra merting untuk PPRT,seramai 128 orang telah ditemuduga kekosongan hanya ada 24 mereka ini diambil daripada peringkat ibu tunggal hingga kepada golongan mudah miskin kalau saudara pulak diberiakn peluang untuk memeilih siapa yang saudara pilih sila berikan cadangan,dalam islam ketika kita membuat pemilihan yang paling perlu diutamakan ialah orang yang kita kenal dan tahu mereka susah atau miskin ini keutamaan dan mungkin ketika kita membuat pemilihan yang hanya kita kenal dan tahu serta diberikan maklumat mereka yang susah sahaja dipilih,jika kita pilih orang yang kita tak kenal atau tidak tahu latarbelakang mereka barulah kita membuat keputusan yang tidak tepat

chenerong ular said...

Salam anon 1:05pm, terima kasih kerana memberi pandangan, saya tak pernah mengatakan tak ada gulungan miskin di beri bantuan ada pertolongan, memang ada, teriama kasih kepada yb yb dan penjawat awam yang amat prihatin. tapi walau pun gulungan termiskin sudah di beri pertolongan masih ada yang tercicir seperti yang saudara nyatakan diatas seramai 69 orang.

Jadi mengikut rekod pentadbiran hanya terdapat 93 orang sahaja gulongan termiskin di daerah jerantut, 24 peserta yang di pilih di anugrah saham felcra semua di bawah paras kemiskinan, sayabas pehak kerajaan kerana telah mendahulukan rakyat dari kroni kroni, sahabat sahabat, saudara mara mereka, rakyat bawahan rasa amat bertuah kerana jawatan kuasa pemilihan yang kata pemutusnya yb yb telah memilih mengikut garis panduan yang telah di tetapkan.yang miskin telah habis di beri baki akan di berikan lagi jika ada rancangan felcra yang lain pula, tiada orang senang yang menerima saham felcra tak gitu?.

Sama juga lah dengan rumah kos rendah yang di bangunkan oleh kerajaan, semua telah di berikan mengikut garispanduan pendapatan yang telah di tetapkan syabas