Pages

Monday, December 6, 2010

HAPUSKAN MUSUH DURJANA - APA BEZA KITA DENGAN MEREKA ?

" KITA MESTI TENTANG HABIS - HABISAN DAN PASTIKAN NEGARA INI TIDAK AKAN PORAK PERANDA OLEH KEGIATAN DURJANA MEREKA " ini lah kata kata nasihat DSN kepada pemimpin pemimpin BN di satu konvensyen yang diadakan di wisma MCA. Berserta 7 resolusi BN yang telah di persetujui.

Apa yang paling penting di sini beberapa perubahan yang di tuntut oleh PM DSN di dalam konvensyen tersebut ialah agar setiap pemimpin pemimpin parti komponan BN membuang semua gejala penyakit yang telah di gariskan oleh beliau, menyeru agar perubahan mestilah di lakukan dari sekarang?, jika kita di tempat mereka,( pembangkang ) kita pun sama, akan sedaya upaya mempertahan kan kuasa yang di berikan oleh rakyat dengan apa cara sekali pun.?. Sepatutnya segala perubahan tersebut mesti lah dilakukan setelah kita mengalami golombang sunami pru 12 dahulu lagi. Tetapi sayang, hanya segelintir sahaja para pemimpin pemimpin yang sedar dari lamunan mimpi sunami tersebut, yang lain lain nya terus leka dan hanyut dengan kuasa, harta kekayaan dan bermacam macam lagi. Walau pun saat itu BN hampir hampir tewas.

Sebenarnya, jika kerajaan BN berada di tempat mereka, apa yang dilakukan ada lah sama sahaja demi untuk mendapat kembali kuasa ?.

Senenarnya rakyat bukan kuat menyokong parti pembangkang, ini adalah di sebabkan rakyat benci, meluat, menyampah melihat gelagat sesetengah pemimpin pemimpin kerajaan, isteri isteri pemimpin, orang kuat pemimpin, orang kuat parti, penyokong penyokong pemimpin, ini termasuk lah para menteri,timbalan menteri,senator, ahli perlimen, adun dan semua yang mempunyai kuasa di dalam parti atau kerajaan, walau pun tidak semua?, tapi boleh di katakan menghapari semua ?. Rakyat tidak memerlukan pemimpin memberi mereka makan dan minum, cukup lah sekadar semua pemimpin berkhidmat demi AGAMA, BANGSA DAN NEGARA, perubahan ini lah yang di harapkan oleh rakyat semua.

cuba kita lihat pemimpin pemimpin kita, ada yang memegang jawatan sehingga nak ....? pun masih tak mau melepaskan jawatan?, masih gila mencari kekayaan, boleh dikatakan sebahagian negeri tersebut beliau yang punya, pemimpin jenis apa ini?.ini di peringkat negeri, di peringkat persekutuan lagilah teruknya mencari kekayaan dari kuasa yang ada, contohnya kes pelabuhan kelang?. ada yang menjadi menteri besar atau ketua menteri, entah beberapa tahun SAHAJA, mungkin melebehi 10 tahun, tapi harta yang di kumpul melimpah ruah, dari mana kekayaan di perolehi, sedang kan tidak menceburi bidang perniagaan, kot berniaaga sekali pun takkan boleh membina istana berpuluh puluh juta rm nilainya, belum di hitung harta lain dalam dan luar negeri ?, itu belum di campur dengan harta atas nama orang lain, Rakyat bukan bodoh, sebagai contoh gaji campur elaun menteri besar rm50000.00 sebulan, setahun rm60000.00, sepuluh tahun rm7.2 juta tanpa makan tanpa minum,mungkin  makan dan minum serta perbelanjaan lain di beri oleh baba dan nonya?, habis sepuluh tahun tak di calun sebagi adun, tapi membina rumah campur peralatan dalaman melebehi puluhan juta, ne apa cerita ?.

Itu sifir mudah jer, begitu juga di peringkat daerah, para pemimpin pemimpin politiknya hidup mewah seolah olah mereka di lahirkan oleh ibu bapa yang terlalu kayaraya, yang bukan yb dapat berpuluh puluh projek dari hasil usaha yb yb,yang tokey tokey pulak bergantung juga pada yb yb dan juga ketua negeri, semua projek di ujudkan ada niat yang terselindung di sebalik pembangunan yang di katakan dipinta oleh rakyat.jika kita bercakap begini di katakan kita anti pembangunan, tetapi siapa yang mendapat keuntungan dari perojek tersebut, adakah semua projek projek tersebut di tender secara telus?, rakyat pertengahan tidak akan bersunggut.( kontraktor )

Sama juga dengan tender bekalan makanan di asrama kementerian pelajaran, siapa yang ada kroni di perengkat atasan mereka sahaja yang memperolehi, sehinggakan harga tidak berpatutan masih boleh lagi di terima, memcuci kawasan pun sama, ini menyebakkan rakyat marah, kerana mereka perlu juga untuk hidup di dalam bidang perniagaan tersebut,?.

Jadi jika kerajaan kita yang memerintah sekarang melakukan perkara sebegini, semua perkara tidak telus, mementingkan kroni dan sahabat, mengunakan pengaruh kuasa untuk mencari kekayaan yang melampau, mencalunkan pemimpin bukan di atas kemampuan mereka, di calunkan menjadi yb untuk menjaga kita, kenapa kita harus bising dan melalak jika pehak lain melakukan perkara yang sama.?. Contohnya kita melalak menyatakan yang kerjaan negeri yang di perintah oleh pembangkang melakukan penyelewengan mencuri pasir, mencuri balak, mencuri bijih dan bermacam lagi yang di curi, Tapi yang sebenarnya rakyat amat mengetahui waktu kita memerintah dahulu semua benda kita curi untuk mendapatkan kekayaan.

Sepatutnya kita tidak usah mengikut rentak mereka?, apa yang harus kita lakukan, bagaimana kita sebagai parti yang memerintah untuk mendapat kembali kepercayaan rakyat, agar rakyat kita tidak terus meluat dan menyampah apabila di sebut sahaja pemimpin pemimpin kerajaan?, betul sangat dah sologan yang di garap oleh TDM, " KEPIMPINAN MELALUI TELADAN ". dan juga ungkapan yang di cipta oleh DSN PM kita "  RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAMPIAN DI UTAMAKAN " WALAU PUN ADAKALA NYA MEREKA JUGA TIDAK MENGIKUTINYA.

Kita sebagai pemimpin pemimpin politik yang berjiwa pejuang seharunya berubah kearah kebaikan, tinggalkan lah niat untuk mencari kepentingan diri sendiri dan juga untuk kroni serta sahabat handai, jika kita di beri kuasa, terimalah ianya sebagai satu amanah ALLAH. ingat bahawasanya rakyat yang akan menentukan kemenangan parti politik yang anda wakali bukan sahabat handai dan  juga kroni kroni.

Jika rasa nak lagi memerintah atau menduduki PUTRA JAYA DAN NEGERI NEGERI, BERUBAHLAH !!!.

5 comments:

bRAVEhEART said...

Salam,
Blog HT ini pun dh cantik dan isu yg dibawa juga baik. Mmg Jerantut tidak akan memalukan dalam dunia blog. Kita mmg bangsa dan keturunan yg tk membuang baka. Teruskan HT, nanti saya akan bawa juga ke link di blog bh tidak lama lagi ~ bh

Anonymous said...

Salam betoi amat kata ong tu. aspa dema ingat kita ni budo tak reti mengira? ada jgk pemimpin yang tolak kawasan kedai rakyat dan bina istana di kawasan tersebut itu apa cerita? tak ada tindakan apa apa ke oleh kerajaan?

uRag dRrulug said...

Mintok maaflarh abang CU, oihh! Aku tuh sajeq nork suroh ong rajen-rajen siket menules, tapiq aku tau ong neh kala ada maseq mimang rajen jugeq menules. Teruskan larh, yok?

Gabungan Suara Anak Pahang said...

Blog tuan sudah di link-kan dari Gabungan Suara Anak Panah http://gerbangtemumaya.blogspot.com harap tuan dapat link-kan juga blog ini disini

chenerong ular said...

Salam semua, maaf terlambat bukak, ada hal keluarga jauh, terima kasih kerana singgah memberi perangsang, maaf se kali lagi, Bh, adinda urrang drulug, Anonymous 8:16, serta Gabungan SUuara Anak Pahang.