Pages

Friday, October 22, 2010

PI MAI PI MAI TANG TU JUGAK.

KELANTANGAN UCAPAN SAMA SETIAP KALI PERHIMPUNAN AGUNG UMNO.

                Kita boleh dengar dan lihat pemimpin pemimpin atasan kita begitu lantang bersuara dengan nada beralun alun tinggi dan rendah,kekadang memekik seolah olah apa apa tindakan mahu dilakukan segera di masa berucap itu.pemimpin kita berucap berapi api mempertahankan kedaulatan agama Islam,ketuanan Melayu,kedaulatan bahasa melayu,kedaulatan raja raja melayu,hak hak keistemewaan orang orang melayu dan beberapa lagi reaksi balas tentang isu isu yang di lontarkan oleh parti parti lawan mahu pun yang di lontarkan oleh parti parti komponen berkenaan dengan isu isu  MELAYU.
                  
                 Para perwakilan dan juga para pemimpin pemimpin lain tak henti henti bertepuk tangan,kekadang sampai berdiri beberapa minit apa bila mendengar kata kata ucapan berapi dan lantang para pemimpin2 mereka yang berani mempertahan kan MELAYU dan apa2 lagi.

                  Begini lah yang kita dapat lihat dan dengar setiap kali perhimpunan umno di ada kan,jika boleh  di ibaratkan dewan merdeka itu pun seakan akan nak  pecah dan runtuh dengan gelagat para pemimpin2 dan perwakilan bila membincangkan hal melayu yang di jolok oleh bangsa lain,berbagai resolusi di buat,pelan tindakan telah diatur dan dirancang.

                  Begitu juga bila perwakilan dan para pemimpin tertinggi membuat pengulungan dan menjawab apa apa isu isu yang di keluarkan oleh perwakilan,nadanya tetap sama berapi,menakutkan kita mendengarnya,silap silap bulu roma pun boleh berdiri seolah olahnya tiada esok lagi buat mereka untuk mengambil tindakan balas diatas apa isu yang dibangkitkan.Para pembawa usul pula berbagai gaya digunakan dalam membahaskan isu isu yang telah di pertanggung jawab kepada mereka untuk membawa usul,berbagai usul di bawa di bahaskan,tapi apa kesudahannya ?.

                    bila berakhir sahaja persidangan unmo 23hb ini maka tinggal lah janji janji manis untuk mempertahan kan apa apa melayu di dewan merdeka,?,balik ke keadaan asal,orang lain boleh terus mempelecehkan melayu mempertikaikan hak melayu,raja raja melayu dan pasa 153 perlambagaan.para perwakilan berduyun duyun pulang sambil memikir bagimana cara untuk databg lagi ke pwtc tahun berikutnya yang mungkin lebih menguntungkan poket,para para pemimpin pulak akan pulang dengan tersenyum memikirkan bagaimana nak mencari ongkos untuk tahun depan jika bertanding jawatan penting,begini lah ianya akan berlaku secara berterusan.Tapi apa yang kita sebagai rakyat ini kesalkan,kebanyakan mereka mereka ini cakap tak serupa bikin itu sahaja.

                     Ingin saya mencadangkan agar di tahun hadapan tak payah lah membawa usul yang seperti yang biasa di lakukan,sebab tiada apa di laksanakan.kalau boleh hanya bawa usul yang berbunyi,  "MESYUARAT YANG BERSIDANG PADA HARI INI MENGGESA PUCUK PIMPINAN TERTINGGI,mengambil tindakan tegas dan serta merta terhadap,MENTERI,TIMBILAN MENTERI,AHLI AHLI PARLIMEN DAN AHLI DEWAN UNDANGAN NEGERI DARIPADA UMNO"  Yang di dapati tidak menjalankan kerja dengan AMANAH,JUJUR, RASUAH MENIPU PENGUNDI PENGUNDI DAN MEMPUNYAI KEPENTINGAN DIRI YANG MELAMPAU,KEKAYAAN YANG MELAMPAU dan yang paling penting pemimpin pemimpin yang TIDAK MEMPERTAHANKAN AGAMA ISLAM,HAK HAK ORANG MELAYU,RAJA RAJA MELAYU dan bersekongkol dengan bangsa lain untuk menjatuhkan kuasa melayu hendak lah di PECAT DARI JAWATAN YANG DISANDANG JUGA SEBAGAI AHLI UMNO SERTA MERTA".    boleh buat kah AGOK NYA.?.  fikir fikirkan lah WASALLAM

4 comments:

sri tribuana said...

Syabas, makin serius berblog ni. Template pun dh tukar makin cantik, makin rajim update.

Tumpang bangga.

:)

chenerong ular said...

minat timbul bila kita rasakan terlalu banyak perkara perkara yang tidak betul di lakukan?,kepada semua rakan rakan terima kaseh kerana memberi dorongan.

one one no belen said...

Salamp Mulek amat artikal onm tu.Aku setuju kita pakat ramai ramai buat surat ke PM/Buang semua menteri/tim menteri/ahli parlimen/ ahli dewan undangan negeri jika mereka tidak menjalankan tanggungjawab serta buang serta merta.Jika tidak kita akan buangkan UMNO dari memimpin kerajaan

chenerong ular said...

salam Menyegar,kita cuma ingin memberi peringatan sebelum kita. "MELAYU KEHILANGAN KUASA".Ataa.. jikaq ada kuasa tapi di kuasai oleh urrang lain tak berfaedoh,jadi patung, macam di PERAK SATU MASA NAN LALU,terima kasih kerana singgah.