Pages

Saturday, October 29, 2011

MAMPU KAH MEREKA BERUBAH?






perubahan yang di impikan.


Alangkah tersusun dan teraturnya kita lihat gambar di atas, susun atur kerusi, meja mau pun persekitarannya kemas, sehinggalah dengan jelas kita dapat melihat keindahan pemandangan lautan saujana mata memandang, juga pulau pulau di hujung pemandangan ini. Begitu lah juga kita sebagai rakyat bawahan yang tidak mempunyai apa kepentingan ini mengharapkan sebuah kerajaan yang betul betul mendahulukan rakyat di dalam apa jua keputusan yang di buat, tersusun, teratur, kemas dalam semua keputusan yang hendak di laksanakan, yang melibatkan pengunaan duit rakyat?. Jika kita lihat, semua peraturan, undang-undang mau pun perkeliling juga garis panduan telah di gubal bagi melaksanakan semua dasar dasar yang baik bagi kepentingan rakyat, tetapi kenapa maseh lagi terjadi perkara perkara yang menongkah arus dalam tadbir urus peruntukan negara?, salah siapakah ini, adakah ini salah rakyat kerana tersalah memilih pemimpin atau kerajaan?. Jadi dimanakah silapnya?.

Rakyat memilih, mengharapkan khidmat yang terbaik dari pemimpin pemimpin, rakyat maseh lagi menaruh keyakinan bahawa 2008 rakyat boleh bergantung dan mengharapkan khidmat terbaik dari pemimpin UMNO mau pun BN, Walau pun majoriti yang di berikan jauh berkurang dari tahun tahun sebelumnya, rakyat waktu itu, ,maseh mengharapkan atau bergantung harap agar BN maseh dapat mentadbir dengan baik dari tahun tahun terdahalu. Tapi sayang, perubahan sokongan yang di berikan oleh rakyat, tidak dapat di tafsirkan dengan baik oleh pemimpin pemimpin kerajaan?, mereka maseh lagi berkhayal dengan jawatan dalam kerajaan mau pun dalam parti politik yang mereka sertai, mereka lupa bahawa rakyat adalah penentu setiap lima tahun atau dalam tiap tiap pilihan raya. mereka leka memperkayakan diri dan keluarga mau pun kroni, dapat di lihat dengan jelas segala kepincangan yang dilakukan, tanpa segan silu mereka melakukan dengan rakus sekali, lihat sahaja lapuran dari Ketua Audit negara, berapa banyak duit rakyat di bazirkan dengan semudah itu, lihat projek lembu yang di usahakan oleh orang yang mempunyai pengaruh dalam kerajaan, yang langsung tidak berdaya maju?, begitu juga dengan pembelian aset aset kerajaan?, perasaan malu atau takut oleh penjawat awam yang mempunyai kuasa dalam melakukan perkara perkara yang tidak betul atau yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang, sudah menjadi kebiasaan sekarang ini, mereka boleh berkata, pemimpin besar lagi banyak buat perkara yang tidak betul, kenapa mereka tak boleh?. Ini lah susahnya, jika dari yang paling atas sampai lah ke yang paling bawah melakukan perkara yang tak betul?. pemimpin pandai bercakap, berhujah mengatakan perkara itu salah ini tak betul, tapi apa kah yang kita lakukan itu betul?. rata rata kepimpinan kita tidak dapat melaksanakan tanggung jawab yang di galaskan oleh rakyat dengan jujur dan sumpurna, cuba ketua audit negara, sesekali mengaudit pulak harta benda bapak menteri, MB,KM, MP,ADUN mau pun penjawat awam yang berkuasa termasuk harta isteri isteri, kita tengok dan congok dengan gaji mereka, berapa harta yang mereka boleh simpan dengan menerima gaji sedia ada, jika yang berniaga, kita tengok bagaimana mereka mendapatkan punca punca untuk menjadi kaya raya. Adakah mereka menyalah gunakan kuasa yang ada pada mereka atau pun tidak?, cara mereka mendapatkan lombong bijih, cara mereka mendapatkan kontrek dan yang lain lain lagi?.

Begitulah juga apa yang terjadi di peringkat kita, ia itu daerah kita, hiruk pikuk, sekarang ini tentang kepincangan dan salah laku juga salah tadbir urus dalam pemimpin memajukan Jerantut ini, SPU ada mengatakan, tangga kambing di padang bola fa pun menjadi rebutan antara pemimpin umno untuk menjalankan projek tersebut, Saudara KD pun ada menulis tentang penjarah penjarah harta karun yang dilakukan oleh pemimpin mau pun orang kanan dalam umno. Begitu juga lah dengan sikap penjawat awam yang mempunyai kuasa di peringkat daerah mau pun kerjaan tempatan?, perkara yang sama rata rata berlaku?, tiada ketelusan dalam semua hal membabitkan pemberian harta perang, mereka sudah tiada rasa malu lagi pada pemimpin, kerana,  pemimpin lagi teruk balunnya,malah boleh berpakat dengan pemimpin untuk membahagi-bahagi harta perang?.

rakyat semua memerhati akan gelagat para pemimpin mahu pun para penjawat awam, yang mereka harap selama ini yang mana sudah tidak boleh di harapkan lagi?, mereka menunggu agar pemimpin atasan juga pemimpin peringkat bawah berubah, setelah mengetahui keadaan amat genting untuk parti umno, mereka tahu bahawa pengaruh khususnya UMNO juga BN sedang merudung sekarang ini, tapi mereka maseh lagi leka, atau maseh lagi mengumpul saki baki harta yang ada !, nampaknya rakyat yang susah-susah memikirkan kedudukan umno dalam PRU 13, sedangkan pemimpin sendiri tidak berapa mau memikirkannya?.Apakah mereka sudah tahu atau sudah menjangka akan tumbangnya kerajaan mereka dalam PRU akan datang ini?, mungkin juga mereka berfikir, ini lah masanya mahu mengaut seberapa banyak kekayaan sebelum negara ini beralih pemerintah?.

Saudara KD, mahu pun SPU juga termasuk saya mengharapkan perubahan akan berlaku dalam apa jua bentuk tindak tanduk melibatkan pengurusan harta rakyat oleh kepimpinan UMNO dari atas sampai kebawah, mahu pun ahli ahli biasa umno juga penjawat awam, hendaklah di uruskan dengan bijak, adil dan telus, Yang pentingnya semua pemimpin harus ketepikan semangat atau perasaan tamak haloba, mementingkan diri, ingin mencari kekayaan melalui jawatan yang di sandang, jika perubahan ini dapat di lakukan, insyaalah BN akan berkuasa lagi, ingat, rakyat sudah celik dan mengetahui apa semua yang berlaku?, terlalu banyak info yang di perolehi oleh rakyat mengenai kepincangan yang di lakukan oleh para pemimpin, Dari 10 info yang diterima takkan lah tak ada yang betul?. Jika di ikutkan saudara KD dalam posting terbaru, beliau maseh berharap dan percaya bahawa penyakit dalam UMNO ini maseh boleh baik atau bisa diubati jika di berikan ubat yang mujarab?, mengikut adunan beliau?, tapi pada saya aagak susah jika kita maseh mempunyai perasaan TAMAK juga mementingkan diri tanpa mahu mengikut peraturan?, maka akan terjadilah seperti cerita di bawah ini!!!

"Anak pasangan ini telah mendapat  tawaran untuk belajar di negara China, dalam bidang perubatan, semua perbelanjaan di tanggung oleh kerajaan, di tawarkan biasiswa JPA, maka gumbiranya hati keluaraga ini setelah mendapat berita anak  melanjutkan pelajaran ke negara China, apatah lagi dalam bidang perubatan?, kunduri kenara di adakan, ramai sanak saudara di jemput hadir. di pendek kan cerita, maka anak ini pun berangkat lah ke negara tembok besar untuk melanjutkan pelajaran, maka setelah sekian lamanya sianak ini duduk di negeri orang, maka terfikirlah beliau, apakah benda yang harus di beli untuk di berikan hadiah buat ibu dan bapa di malaysia nanti?.

Pada satu hari di pagi minggu, sianak ini pergi lah berjalan jalan di sekitar kawasan tembok besar, sambil bersiar-siar sianak ini maseh memikirkan apakah yang patut di beli untuk hadiah nanti?, tiba tiba dia di kejutkan dengan telatah penjual ubat tradisional herba yang banyak di kawasan tersebut, sianak ini mendekati kerumunan orang ramai di situ dan mendengar, dia tertarik dengan satu produk yang di jual oleh pengamal perubatan herba tersebut, ia itu ubat awet muda, jika di ikutkan apa kata penjual tersebut, sesaorang akan bertambah mudah dan gagah serta cantik jika memakan herba tersebut mengikut peraturan yang di sarankan, beliau mendengar dengan teliti peraturan peraturan yang di tetap, agar tidak salah info nanti. Jadi beliau beli lah ubat herba tersebut untuk di hadiahkan pada ibu dan ayahnya.

Setelah di tulis cara pengunaan dan cara makan ubat tersebut, maka si anak ini poskanlah ubat tersebut untuk ibu dan bapanya, untuk mengelakkan ibu bapanya tak faham juga dengan surat yang di kirimkan, anak ini telah membuat panggilan telepon menerangkan lebih jelas lagi kepada ibu juga ayahnya. maka anak ini merasa puas, dan akan melihat hasilnya sekembali ketanah air setahun lagi?.

Setahun berlalu, maka anak ini pun sudah habis dengan jayanya belajar dalam bidang perubatan, dan akan kembali untuk menjadi saorang pegawai perubatan, sianak pun balik dan tiba ke negara ini, dan akan kembali kekampung untuk menemui ayah dan ibu yang begitu lama di tinggalkan, juga mahu melihat keberkesanan serta kemujarapan ubat herba yang di kirimkan, tak sabar perasaan anak ini ingin sampai kerumah, dengan menaiki teksi, beliau pun pulanglah ke kampung. setibanya di perkarangan rumahnya setelah membayar tambang teksi, anak ini tersermpak dengan saorang anak gadis sedang menyapu sampah di halaman rumah, beliau lantas berfikir, anak dara siapa gerangan ini, comel!,  cantik, tanpa berlengah lagi anak ini , memberi salam, adik, ini betul ke rumah mok cik gayah, dan adik ne siapa?, perempuan muda itu terkejut dengan sapaan tersebuut, kerana sebelum ini beliau tidak mengetahui kehadiran sesaorang?, dengan pantas beliau menjawab,  hai mamat, awak tak kenal emak ke?, mamat mengaru kepala, sambil berkata, ia ke mak ne, muda sangat nampaknya?, perempuan itu menjawab, betul, ini lah emak, mak makan ubat yang kau kirimkan itu, mak makan ikut peraturan seperti yang kamu tuliskan, ini lah hasilnya, mak menjadi kelihatan muda dan berseri.. Tapi mana ayah mak? sambil naik kerumah mamat bertanya ibunya?. apabila dah naik ke atas rumah, sianak ini maseh juga tidak dapat melihat kelibat ayahnya, dia bertanya lagi pada ibunya, maka si ibu pun membawa lah sianak ini ke satu ruang yang terdapat sebuah buai, itu lah ayah kamu dalam buai tersebut, terkejut mamat melihat ayahnya menjadi si anak kecil. lantas bertanya ia kepada ibunya kenapa jadi begini?, lantas si ibu menjawab, itu lah ayah kamu jenis orang yang tak makan di nesihat,tamak mementingkan diri sendiri? mak kata makan ikut peraturan ubat herba itu, seperti yang kamu tulis, sebiji 3 kali sehari, makan hendaklah dihabiskan dalam masa setahun, tapi dia balun 7 biji 4 kali sehari habis dalam masa  4 bulan sahaja, kata dia lagi cepat habis lagi cepat nampak muda, tengok sekarang apa dah jadi?, Dia dah jadi kanak kanak,  kata ibunya. Moral certanya, ialah tamak dan mementingkan diri sendiri akan memakan diri akhirnya, elok elok sepatutnya menjadi muda sedikit, kerana dek tamak dah menjadi budak kecik kembali, padan muka?, cerita ini hanya sebagai perbandingan, sepatutnya kita kena ikut peraturan yang telah di tetapkan atau undang undang yang kita tetapkan jika  kita mahu selamat?.

Begitu lah juga harapan kita kepada pemimpin pemimpin kita, berkerja lah mengikut peraturan juga undang undang yang hwoomeer sendiri gubal dan luluskan di parlimen, jangan kita hendak orang lain sahaja mengikut lunas lunas undang undang, sedangkan kita SERUPA KETAM YANG MENGAJAR ANAK BERJALAN?, FIKIR FIKIR KAN LAH.






3 comments:

uRag dRrulug said...

hahahaha! mulek!!!!mulek!!!mulek amart menda hark yang ong tules neh! Mintok2 pemipin kiteq bukok bijiq mateq dan bukok pikiran dimeq tuh jugeq!

Kutukandewata said...

Salam kekanda CU,

Cantik sungguh nasihat kekanda tu.entry yang sangat menarik.Adinda tabik sangat2!!!

Tapi nak tanya satu.Kekanda ada tak ubat herba tu?aku nak gatek.he ! he!he!

chenerong ular said...

salam saudara UD, terima kaseh kerana ong sidiq melawat kerumah hakuk, mengkala ong dah mudek turk, singgah lah kat chenerung ular ne yok!!.

Buat adinda KD, mintak maaf lah bebanyak, ubat herba turk dah abis lah pulak, kekanda dah beri lama dah pada 2 adun kita, amenda demaq nak awet muda juga. tersalah makan juga gamoknya, tu sebab tak tinggi tinggi demaq turk, nampok gaya kena hegi pulak lah ke china aku ne, amenda ramai yang nok gayanya. kalau ung nok, kena tunggu tahun depan lah gamoknya, ini musim pejur, hakuk takut ke bah oh.