Pages

Friday, October 14, 2011

APA YANG RAKYAT MAHU DARI PEMIMPIN JUGA KERAJAAN ?

           Salam, saya sudah lama tidak menulis, tapi sejak akhir akhir ini saya rasa perlu juga saya  terlibat sama dalam membincang perkara yang hangat di perkatakan dewasa ini, kerana saya juga merupakan rakyat bawahan, pemimpin parti parti politik nampak nya lupa bahawa, pernahkah mereka terfikir apakah yang rakyat perlukan dari kepimpinan mereka?.

           Kita selalu dengar ungkapan" KEMANA HALATUJU UMNO/BN dalam menharungi pru 13 nanti, ada juga yang berkata di atas tajuk " APAKAH HARAPAN UMNO/BN DALAM PRU 13 NANTI". tapi adakah pemimpin parti parti  politik pernah bertanya pada diri sendiri apakah sumbangan yang mereka berikan selama ini betul betul ikhlas, dan menyumbang kepada  kesejahteraan rakyat keseluruhannya, saya bukan membincang kan perkara ini dari sudut kerajaan BN semata mata, semua kerjaan yang menjadi harapan rakyat?.

           Cuba kita andaikan kita sebagai AYAH dalam satu keluarga, apakah harapan kita pada anak anak dan seluruh keluarga kita?, Kita tak mau mereka mereka MENJADI ANAK ANAK yang mempunyai perangai  tamak,mementingkan diri sendiri,kaki rasuah dan apa jua yang tak baik atau bertentangan dengan hukum syarak, kita tak mau mereka lakukan, sudah semestinya lah kita harapkan yang terbaik buat keluarga kita, kita hendak anak anak kita menjadi terbaik sekali, Begitu lah juga harapan anak anak terhadap kita sebagi pemimpin keluarga, mereka mahu ayah menjadi pemimpin yang terbaik, bukan kaki rasuah, tamak haloba, mengunakan kuasa untuk kepentingan peribadi bermacam macam lagi yang salah di sisi agama?.
           
            Tapi sebalik nya apabila kita diangkat menjadi pemimpin dalam parti politik mau pun kerajaan hatta sebagai kakitangan kerajaan sekali pun kita tak dapat untuk praktikkan seperti apa yang kita lakukan dalam keluarga kita, KENAPA?.
            
            Kita selalu dengar pemimpin kita bercakap, itu ini yang di lakukan adalah untuk kepentingan rakyat bawahan, Sehingga kan selogan keramat di cipta, RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN, adakah ianya di laksankan di semua peringkat, mengikut apa yang telah di gariskan, mengikut peraturan secara telus, kita seolah olah risau apa akan terkjadi pada bangsa melayu, atau rakyat kita, tapi apakah PERBUATAN DAN PERILAKU PEMIMPIN JUGA PEGAWAI KERAJAAN ATASAN MEBCERMINKAN RAKYAT DI DAHULUKAN?. SAYA SEBAGAI RAKYAT YANG MEMBAYAR CUKAI DI ATAS SEGALA PERKHIDMATAN YANG DI BERIKAN,dan juga YANG SAYA GUNAKAN?,RAKYAT BUKAN  MINTAK LEBIH DARI PEMIMPIN PEMIMPIN MAHU PUN KERAJAAN, APA YANG RAKYAT MAHUKAN ?, TADBIR URUSLAH NERGARA INI DENGAN SUMPURNA DAN TELUS ?.
           
               Kebelakangan ini kita lihat betapa berapi apinya blog blog di jerantut membuka pekung setiap pemimpin politik di pehak kerajaan, jika tak buka pun rakyat sudah tau apa yang berlaku sebenarnya, rakyat sekarang amat faham dan tahu menilai keperibadian sesaorang pemimpin, rakyat sudah jemu jelak dan menyampah dengan telatah para pemimpin yang berpura pura, rakyat sekarang bukan mahu apa apa dari pemimpin, rakyat mahu pemimpin menjalankan kerja dengan ikhlas, tidak mementingkan kroni, BUKTIKAN APA YANG DI KATAKAN RAKYAT DI DAHULUKAN ITU?

              dari apa yang pernah saya dengar dan tanya dari sahabat sahabat di luar dari Negeri Pahang ini, mau pun di negeri dan daerah jerantut ini sendiri, apakah pandangan mereka tentang kerjaan yang ada?, mau pun pemimpin yang sedang berkhidmat sekarang, apa jawab mereka, di luar jangkaan saya. Mereka amat takut dengan sikap pemimpin kerajaan yang sedia ada sekarang?, tidak telus dalam melaksana kan projek projek kerajaan, cukup dengan contoh mereka satu persatu huraikan salah laku yang telah dilakukan merugikan rakyat?, jadi kata beliau jika kita beterusan memberi kesempatan kepada kerajaan sedia ada ianya akan bertambah parah lagi? ini lah sepatutnya yang di fikirkan oleh pehak kerajaan bagaimana membendung para rakyat bawahan memberi undi protes kepada parti lain, jika sekadar membayar bonos, memberi kenaikan gaji juga barbagi bagi peruntukan di berikan untuk rakyat miskin belum cukup menyakinkan lagi rakyat akan mengundi kerajaan yang sedia ada?

         Jika pemberian oleh pehak kerajaan, mereka akan ambik, kerana itu adalah tanggung jawab kita sebagai orang yang telah diamanah dan sanggup menerima amanah, Sekali lagi saya ulangi, apa yang rakyat bawahan mahu di lakukan oleh pemimpin, tak kira pembangkang mau pun kerajaan, ialah, " ingat, anda hanya lah di amanhkan untuk mengurskan negara untuk kesejahteraan rakyat, gunakan lah peluang ini sebaik mungkin mengikut  peraturan dan undang yang telah anda semua luluskan di parlimen juga perkeliling yang anda keluarkan di peringkat kementerian, jika ini semua telah di patuhi, maka tidaklah terjadi salah memberi kepada yang tidak berhak, sebagai contoh, tender kerajaan hendaklah dibuat secar telus, pemberian tanah, saham saham tanah yang di majukan hendak lah di berikan kepada yang di luluskan oleh peraturan, jika ini dapat dilakukan oleh semua pemimpin dari atas sampai kebawah sekali, maka rakyat akan berpuas hati, PRU 13 nanti senang lah mana mana parti yang bertanding, kerana rakyat suka, apabila rakyat suka mereka akan pangkah, sama ada dacing atau PR kerana rakyat sudah menilai semenjak 2008 lagi siapa kah yang mereka ingin berikan undi mereka, jangan pemimpin atasan berkata lakukan yang terbaik untuk rakyat, tapi apa yang mereka lakukan di sebaliknya?, terima lah padahnya, kerana rakyat dah pernah cuba pembangkang di beberapa negeri?, mereka dah dapat menilai dan bercerita apa yang baik atau sebaliknya, kita tengok lah nanti bila sampai waktu pru 13, jika para pemimpin tidak berubah perangaainya?, saya senag jer, tengok yang terbaik dari gulungan yang ada, siap jadi pemimpin pun saya kena ke sungai juga mencari ikan?

No comments: