Pages

Saturday, October 29, 2011

MAMPU KAH MEREKA BERUBAH?






perubahan yang di impikan.


Alangkah tersusun dan teraturnya kita lihat gambar di atas, susun atur kerusi, meja mau pun persekitarannya kemas, sehinggalah dengan jelas kita dapat melihat keindahan pemandangan lautan saujana mata memandang, juga pulau pulau di hujung pemandangan ini. Begitu lah juga kita sebagai rakyat bawahan yang tidak mempunyai apa kepentingan ini mengharapkan sebuah kerajaan yang betul betul mendahulukan rakyat di dalam apa jua keputusan yang di buat, tersusun, teratur, kemas dalam semua keputusan yang hendak di laksanakan, yang melibatkan pengunaan duit rakyat?. Jika kita lihat, semua peraturan, undang-undang mau pun perkeliling juga garis panduan telah di gubal bagi melaksanakan semua dasar dasar yang baik bagi kepentingan rakyat, tetapi kenapa maseh lagi terjadi perkara perkara yang menongkah arus dalam tadbir urus peruntukan negara?, salah siapakah ini, adakah ini salah rakyat kerana tersalah memilih pemimpin atau kerajaan?. Jadi dimanakah silapnya?.

Rakyat memilih, mengharapkan khidmat yang terbaik dari pemimpin pemimpin, rakyat maseh lagi menaruh keyakinan bahawa 2008 rakyat boleh bergantung dan mengharapkan khidmat terbaik dari pemimpin UMNO mau pun BN, Walau pun majoriti yang di berikan jauh berkurang dari tahun tahun sebelumnya, rakyat waktu itu, ,maseh mengharapkan atau bergantung harap agar BN maseh dapat mentadbir dengan baik dari tahun tahun terdahalu. Tapi sayang, perubahan sokongan yang di berikan oleh rakyat, tidak dapat di tafsirkan dengan baik oleh pemimpin pemimpin kerajaan?, mereka maseh lagi berkhayal dengan jawatan dalam kerajaan mau pun dalam parti politik yang mereka sertai, mereka lupa bahawa rakyat adalah penentu setiap lima tahun atau dalam tiap tiap pilihan raya. mereka leka memperkayakan diri dan keluarga mau pun kroni, dapat di lihat dengan jelas segala kepincangan yang dilakukan, tanpa segan silu mereka melakukan dengan rakus sekali, lihat sahaja lapuran dari Ketua Audit negara, berapa banyak duit rakyat di bazirkan dengan semudah itu, lihat projek lembu yang di usahakan oleh orang yang mempunyai pengaruh dalam kerajaan, yang langsung tidak berdaya maju?, begitu juga dengan pembelian aset aset kerajaan?, perasaan malu atau takut oleh penjawat awam yang mempunyai kuasa dalam melakukan perkara perkara yang tidak betul atau yang tidak mengikut peraturan dan undang-undang, sudah menjadi kebiasaan sekarang ini, mereka boleh berkata, pemimpin besar lagi banyak buat perkara yang tidak betul, kenapa mereka tak boleh?. Ini lah susahnya, jika dari yang paling atas sampai lah ke yang paling bawah melakukan perkara yang tak betul?. pemimpin pandai bercakap, berhujah mengatakan perkara itu salah ini tak betul, tapi apa kah yang kita lakukan itu betul?. rata rata kepimpinan kita tidak dapat melaksanakan tanggung jawab yang di galaskan oleh rakyat dengan jujur dan sumpurna, cuba ketua audit negara, sesekali mengaudit pulak harta benda bapak menteri, MB,KM, MP,ADUN mau pun penjawat awam yang berkuasa termasuk harta isteri isteri, kita tengok dan congok dengan gaji mereka, berapa harta yang mereka boleh simpan dengan menerima gaji sedia ada, jika yang berniaga, kita tengok bagaimana mereka mendapatkan punca punca untuk menjadi kaya raya. Adakah mereka menyalah gunakan kuasa yang ada pada mereka atau pun tidak?, cara mereka mendapatkan lombong bijih, cara mereka mendapatkan kontrek dan yang lain lain lagi?.

Begitulah juga apa yang terjadi di peringkat kita, ia itu daerah kita, hiruk pikuk, sekarang ini tentang kepincangan dan salah laku juga salah tadbir urus dalam pemimpin memajukan Jerantut ini, SPU ada mengatakan, tangga kambing di padang bola fa pun menjadi rebutan antara pemimpin umno untuk menjalankan projek tersebut, Saudara KD pun ada menulis tentang penjarah penjarah harta karun yang dilakukan oleh pemimpin mau pun orang kanan dalam umno. Begitu juga lah dengan sikap penjawat awam yang mempunyai kuasa di peringkat daerah mau pun kerjaan tempatan?, perkara yang sama rata rata berlaku?, tiada ketelusan dalam semua hal membabitkan pemberian harta perang, mereka sudah tiada rasa malu lagi pada pemimpin, kerana,  pemimpin lagi teruk balunnya,malah boleh berpakat dengan pemimpin untuk membahagi-bahagi harta perang?.

rakyat semua memerhati akan gelagat para pemimpin mahu pun para penjawat awam, yang mereka harap selama ini yang mana sudah tidak boleh di harapkan lagi?, mereka menunggu agar pemimpin atasan juga pemimpin peringkat bawah berubah, setelah mengetahui keadaan amat genting untuk parti umno, mereka tahu bahawa pengaruh khususnya UMNO juga BN sedang merudung sekarang ini, tapi mereka maseh lagi leka, atau maseh lagi mengumpul saki baki harta yang ada !, nampaknya rakyat yang susah-susah memikirkan kedudukan umno dalam PRU 13, sedangkan pemimpin sendiri tidak berapa mau memikirkannya?.Apakah mereka sudah tahu atau sudah menjangka akan tumbangnya kerajaan mereka dalam PRU akan datang ini?, mungkin juga mereka berfikir, ini lah masanya mahu mengaut seberapa banyak kekayaan sebelum negara ini beralih pemerintah?.

Saudara KD, mahu pun SPU juga termasuk saya mengharapkan perubahan akan berlaku dalam apa jua bentuk tindak tanduk melibatkan pengurusan harta rakyat oleh kepimpinan UMNO dari atas sampai kebawah, mahu pun ahli ahli biasa umno juga penjawat awam, hendaklah di uruskan dengan bijak, adil dan telus, Yang pentingnya semua pemimpin harus ketepikan semangat atau perasaan tamak haloba, mementingkan diri, ingin mencari kekayaan melalui jawatan yang di sandang, jika perubahan ini dapat di lakukan, insyaalah BN akan berkuasa lagi, ingat, rakyat sudah celik dan mengetahui apa semua yang berlaku?, terlalu banyak info yang di perolehi oleh rakyat mengenai kepincangan yang di lakukan oleh para pemimpin, Dari 10 info yang diterima takkan lah tak ada yang betul?. Jika di ikutkan saudara KD dalam posting terbaru, beliau maseh berharap dan percaya bahawa penyakit dalam UMNO ini maseh boleh baik atau bisa diubati jika di berikan ubat yang mujarab?, mengikut adunan beliau?, tapi pada saya aagak susah jika kita maseh mempunyai perasaan TAMAK juga mementingkan diri tanpa mahu mengikut peraturan?, maka akan terjadilah seperti cerita di bawah ini!!!

"Anak pasangan ini telah mendapat  tawaran untuk belajar di negara China, dalam bidang perubatan, semua perbelanjaan di tanggung oleh kerajaan, di tawarkan biasiswa JPA, maka gumbiranya hati keluaraga ini setelah mendapat berita anak  melanjutkan pelajaran ke negara China, apatah lagi dalam bidang perubatan?, kunduri kenara di adakan, ramai sanak saudara di jemput hadir. di pendek kan cerita, maka anak ini pun berangkat lah ke negara tembok besar untuk melanjutkan pelajaran, maka setelah sekian lamanya sianak ini duduk di negeri orang, maka terfikirlah beliau, apakah benda yang harus di beli untuk di berikan hadiah buat ibu dan bapa di malaysia nanti?.

Pada satu hari di pagi minggu, sianak ini pergi lah berjalan jalan di sekitar kawasan tembok besar, sambil bersiar-siar sianak ini maseh memikirkan apakah yang patut di beli untuk hadiah nanti?, tiba tiba dia di kejutkan dengan telatah penjual ubat tradisional herba yang banyak di kawasan tersebut, sianak ini mendekati kerumunan orang ramai di situ dan mendengar, dia tertarik dengan satu produk yang di jual oleh pengamal perubatan herba tersebut, ia itu ubat awet muda, jika di ikutkan apa kata penjual tersebut, sesaorang akan bertambah mudah dan gagah serta cantik jika memakan herba tersebut mengikut peraturan yang di sarankan, beliau mendengar dengan teliti peraturan peraturan yang di tetap, agar tidak salah info nanti. Jadi beliau beli lah ubat herba tersebut untuk di hadiahkan pada ibu dan ayahnya.

Setelah di tulis cara pengunaan dan cara makan ubat tersebut, maka si anak ini poskanlah ubat tersebut untuk ibu dan bapanya, untuk mengelakkan ibu bapanya tak faham juga dengan surat yang di kirimkan, anak ini telah membuat panggilan telepon menerangkan lebih jelas lagi kepada ibu juga ayahnya. maka anak ini merasa puas, dan akan melihat hasilnya sekembali ketanah air setahun lagi?.

Setahun berlalu, maka anak ini pun sudah habis dengan jayanya belajar dalam bidang perubatan, dan akan kembali untuk menjadi saorang pegawai perubatan, sianak pun balik dan tiba ke negara ini, dan akan kembali kekampung untuk menemui ayah dan ibu yang begitu lama di tinggalkan, juga mahu melihat keberkesanan serta kemujarapan ubat herba yang di kirimkan, tak sabar perasaan anak ini ingin sampai kerumah, dengan menaiki teksi, beliau pun pulanglah ke kampung. setibanya di perkarangan rumahnya setelah membayar tambang teksi, anak ini tersermpak dengan saorang anak gadis sedang menyapu sampah di halaman rumah, beliau lantas berfikir, anak dara siapa gerangan ini, comel!,  cantik, tanpa berlengah lagi anak ini , memberi salam, adik, ini betul ke rumah mok cik gayah, dan adik ne siapa?, perempuan muda itu terkejut dengan sapaan tersebuut, kerana sebelum ini beliau tidak mengetahui kehadiran sesaorang?, dengan pantas beliau menjawab,  hai mamat, awak tak kenal emak ke?, mamat mengaru kepala, sambil berkata, ia ke mak ne, muda sangat nampaknya?, perempuan itu menjawab, betul, ini lah emak, mak makan ubat yang kau kirimkan itu, mak makan ikut peraturan seperti yang kamu tuliskan, ini lah hasilnya, mak menjadi kelihatan muda dan berseri.. Tapi mana ayah mak? sambil naik kerumah mamat bertanya ibunya?. apabila dah naik ke atas rumah, sianak ini maseh juga tidak dapat melihat kelibat ayahnya, dia bertanya lagi pada ibunya, maka si ibu pun membawa lah sianak ini ke satu ruang yang terdapat sebuah buai, itu lah ayah kamu dalam buai tersebut, terkejut mamat melihat ayahnya menjadi si anak kecil. lantas bertanya ia kepada ibunya kenapa jadi begini?, lantas si ibu menjawab, itu lah ayah kamu jenis orang yang tak makan di nesihat,tamak mementingkan diri sendiri? mak kata makan ikut peraturan ubat herba itu, seperti yang kamu tulis, sebiji 3 kali sehari, makan hendaklah dihabiskan dalam masa setahun, tapi dia balun 7 biji 4 kali sehari habis dalam masa  4 bulan sahaja, kata dia lagi cepat habis lagi cepat nampak muda, tengok sekarang apa dah jadi?, Dia dah jadi kanak kanak,  kata ibunya. Moral certanya, ialah tamak dan mementingkan diri sendiri akan memakan diri akhirnya, elok elok sepatutnya menjadi muda sedikit, kerana dek tamak dah menjadi budak kecik kembali, padan muka?, cerita ini hanya sebagai perbandingan, sepatutnya kita kena ikut peraturan yang telah di tetapkan atau undang undang yang kita tetapkan jika  kita mahu selamat?.

Begitu lah juga harapan kita kepada pemimpin pemimpin kita, berkerja lah mengikut peraturan juga undang undang yang hwoomeer sendiri gubal dan luluskan di parlimen, jangan kita hendak orang lain sahaja mengikut lunas lunas undang undang, sedangkan kita SERUPA KETAM YANG MENGAJAR ANAK BERJALAN?, FIKIR FIKIR KAN LAH.






Saturday, October 22, 2011

Konspirasi, Kroni, Korupsi juga Pemimpin Basi !!!.

SPU baru sahaja menulis tentang Jerantut kampung kita, walau siapa pun kita, tinggal dimana pun kita, jika kita orang jerantut, pasti kita akan membicarakan, tentang kemajuan, pembangunan juga politik semasa jerantut bagi yang berminat tentang politik. tidak dapat di nafikan pembangunan pengindahan khususnya bandar jerantut sedang giat di jalankan, syabas, dengan ada SUM yang baru,kita nampak pergerakan dari bandar yang malap satu waktu dahulu ke sebuah bandar yang berseri, tahniah diatas perubahan ini. Tapi bagaimana kawasan lain yang di bawah pengawasan MDJ ?, Kita harap ianya tidak akan di lupakan pembangunannya, mungkin pehak terlibat menpunyai startigi tertentu dalam pelan pembangunan di kawasan yang belum di laksanaakan.?.

Tapi adakah cukup dengan perubahan wajah dan pemandangan yang elok di bandar jerantut?, bagai mana dengan mentaliti pegawai pegawai MDJ, pegawai pegawai kerajaan mahu pun Pemimpin pemimpin politik, khususnya mereka mereka yang mempunyai PENGARUH JUGA KUASA MUTLAK di tangan mereka, ada kah mereka ini telah berubah seiring dengan perubahan wajah bandar jerantut?. Adakah kita sebagai saorang yang berpangaruh atau yang membuat keputusan sudah tidak melakukan " KONSPIRASI, KRONI, KORUPSI JUGA PANEL UNTUK  KEPENTINGAN DIRI " jika ini maseh berlaku memang lah kita sebagai pemimpin pemimpin yang telah BASI!!, sepatut nya kita dapat menegur atau memberi amaran jika penjawat penjawat awam yang mempunyai kuasa melakukan sedikit kesalahan mengikut peraturan yang sedia ada, tapi sebaliknya, kita lah yang seabagi pemimpin yang mengajak penjawat awam  turut serta dalam konspirasi kita?

Konspirasi, Koroni, Korupsi terancang ini melibatkan banyak pehak, pemimpin, penjawat awam mahu pun ahli ahli majlis, ianya berlaku bukan di sini sahaja, berlaku dari pehak atasan, pembuat dasar negara  di kuala lumpur hingga  lah pehak yang paling bawah yang mempunyai kuasa, mungkin perkara sebegini sudah menjadi satu industri dalam iklim politik negara kita, atau dalam kerajaan kita?. Sebagai contoh lantikan ahli majlis, kita dapat lihat sesetengah orang yang dilantik untuk memimpin pembanguna bandar kita, dah berkurunkurun lamanya, seolah olah berjawatan tetap dan berpencen, ada yang telah melebehi had pesaraan kerajaan maseh di lantik, mereka bukan di lantik diatas kemampuan mereka, tetapi di lantik atas kepasiti mereka sebagai orang orang kuat pemimpin yang dah basi ini?, Jika mereka yang dilantik, berkerja mengikut peraturan, tidaklah terjadi ada gerai yang kosong, seperti yang di nyatakan oleh SPU akan di sewa oleh penyewa kepada orang lain dengan harga yang tinggi, penyewa pulak boleh mengaut untung, sebagi contohnya sewa dari majlis sekitar rm200 sebulan, tapi di sewakan kepada orang lain dengan sewaan rm600 sebulan, dan beliau berniaga di tempat lain, di bawah pokok, sebagi contoh, adakah ini ahli majlis tau atau buat tak tau?, ahli majlis pun mungkin ada yang melakukan perkara yang sama?, sewa pada majlis lepas itu sewa pula pada kepada peniaga lain, untung atas angin?. ini lah yang dikatakan konspirasi, banyak lagi lah contoh yang lain yang tak perlulah di huraikan satu persatu KONSPIRASI yang di lakuka pemimpin, dalam umno sendiri pun lagi banyak?, belum di ulaskan lagi tentang kontrek makanan, kanopi dan yang lain lain.

Begitu juga lah dengan pemberian kerja kerja melalui sebut harga atau tender  untuk pembanguna impra maupun perkhidmatan, ada yang berkatakata rata rata orang yang sama sahaja yang dapat?, ini bukan kerja undi yang di lakukan oleh PLB, kerja kerja yang melalui proses sebut harga?, proses yang di jalankan mengikut peraturan,?, tapi kata mereka mungkin di sebab kan ada kospirasi orang dalaman, hanya mereka yang tertentu sahaja yang memperolehi, walau pun nama lesen pemaju mengunakan nama orang lain, tapi kerja yang dilakukan oleh orang sama?, sesetengahnya kerja belum siap lagi di tempat lain dah dapat kerja baru, sana buat sini buat, tapi nama pemunya lesen berbeza. jika ini betulah berlaku, apa kata para kontrektor lain yang tidak mempunyai kerja?, ahli majlis tengok tengok lah sikit, bukan dia sahaja pemaju yang baik atau yang terbaik sehinggakan semua kerja harus di serahkan kepada mereka, mungkin ada yang tak kena menyebabkan mereka menjadi PEMAJU PANEL AGENSI TERSEBUT?, Kita boleh sama kan, kerana konspirasi juga lah penjawat penjawat awam peringakat tertinggi terus di sambung jawatan, seolah olah jika mereka tiada, malaysia ini akan menjadi mundur, atau mereka mereka mempunyai tangan ghaib untuk memajukan negara denagn sekelip mata, begitu jugalah dengan perlantikan ahli ahli majlis, INI LAH SUSAHNYA JIKA KITA  MEMPUNYAI PEMIMPIN PEMIMPIN YANG BASI!!!!!!!



 .

Friday, October 14, 2011

APA YANG RAKYAT MAHU DARI PEMIMPIN JUGA KERAJAAN ?

           Salam, saya sudah lama tidak menulis, tapi sejak akhir akhir ini saya rasa perlu juga saya  terlibat sama dalam membincang perkara yang hangat di perkatakan dewasa ini, kerana saya juga merupakan rakyat bawahan, pemimpin parti parti politik nampak nya lupa bahawa, pernahkah mereka terfikir apakah yang rakyat perlukan dari kepimpinan mereka?.

           Kita selalu dengar ungkapan" KEMANA HALATUJU UMNO/BN dalam menharungi pru 13 nanti, ada juga yang berkata di atas tajuk " APAKAH HARAPAN UMNO/BN DALAM PRU 13 NANTI". tapi adakah pemimpin parti parti  politik pernah bertanya pada diri sendiri apakah sumbangan yang mereka berikan selama ini betul betul ikhlas, dan menyumbang kepada  kesejahteraan rakyat keseluruhannya, saya bukan membincang kan perkara ini dari sudut kerajaan BN semata mata, semua kerjaan yang menjadi harapan rakyat?.

           Cuba kita andaikan kita sebagai AYAH dalam satu keluarga, apakah harapan kita pada anak anak dan seluruh keluarga kita?, Kita tak mau mereka mereka MENJADI ANAK ANAK yang mempunyai perangai  tamak,mementingkan diri sendiri,kaki rasuah dan apa jua yang tak baik atau bertentangan dengan hukum syarak, kita tak mau mereka lakukan, sudah semestinya lah kita harapkan yang terbaik buat keluarga kita, kita hendak anak anak kita menjadi terbaik sekali, Begitu lah juga harapan anak anak terhadap kita sebagi pemimpin keluarga, mereka mahu ayah menjadi pemimpin yang terbaik, bukan kaki rasuah, tamak haloba, mengunakan kuasa untuk kepentingan peribadi bermacam macam lagi yang salah di sisi agama?.
           
            Tapi sebalik nya apabila kita diangkat menjadi pemimpin dalam parti politik mau pun kerajaan hatta sebagai kakitangan kerajaan sekali pun kita tak dapat untuk praktikkan seperti apa yang kita lakukan dalam keluarga kita, KENAPA?.
            
            Kita selalu dengar pemimpin kita bercakap, itu ini yang di lakukan adalah untuk kepentingan rakyat bawahan, Sehingga kan selogan keramat di cipta, RAKYAT DI DAHULUKAN, PENCAPAIAN DI UTAMAKAN, adakah ianya di laksankan di semua peringkat, mengikut apa yang telah di gariskan, mengikut peraturan secara telus, kita seolah olah risau apa akan terkjadi pada bangsa melayu, atau rakyat kita, tapi apakah PERBUATAN DAN PERILAKU PEMIMPIN JUGA PEGAWAI KERAJAAN ATASAN MEBCERMINKAN RAKYAT DI DAHULUKAN?. SAYA SEBAGAI RAKYAT YANG MEMBAYAR CUKAI DI ATAS SEGALA PERKHIDMATAN YANG DI BERIKAN,dan juga YANG SAYA GUNAKAN?,RAKYAT BUKAN  MINTAK LEBIH DARI PEMIMPIN PEMIMPIN MAHU PUN KERAJAAN, APA YANG RAKYAT MAHUKAN ?, TADBIR URUSLAH NERGARA INI DENGAN SUMPURNA DAN TELUS ?.
           
               Kebelakangan ini kita lihat betapa berapi apinya blog blog di jerantut membuka pekung setiap pemimpin politik di pehak kerajaan, jika tak buka pun rakyat sudah tau apa yang berlaku sebenarnya, rakyat sekarang amat faham dan tahu menilai keperibadian sesaorang pemimpin, rakyat sudah jemu jelak dan menyampah dengan telatah para pemimpin yang berpura pura, rakyat sekarang bukan mahu apa apa dari pemimpin, rakyat mahu pemimpin menjalankan kerja dengan ikhlas, tidak mementingkan kroni, BUKTIKAN APA YANG DI KATAKAN RAKYAT DI DAHULUKAN ITU?

              dari apa yang pernah saya dengar dan tanya dari sahabat sahabat di luar dari Negeri Pahang ini, mau pun di negeri dan daerah jerantut ini sendiri, apakah pandangan mereka tentang kerjaan yang ada?, mau pun pemimpin yang sedang berkhidmat sekarang, apa jawab mereka, di luar jangkaan saya. Mereka amat takut dengan sikap pemimpin kerajaan yang sedia ada sekarang?, tidak telus dalam melaksana kan projek projek kerajaan, cukup dengan contoh mereka satu persatu huraikan salah laku yang telah dilakukan merugikan rakyat?, jadi kata beliau jika kita beterusan memberi kesempatan kepada kerajaan sedia ada ianya akan bertambah parah lagi? ini lah sepatutnya yang di fikirkan oleh pehak kerajaan bagaimana membendung para rakyat bawahan memberi undi protes kepada parti lain, jika sekadar membayar bonos, memberi kenaikan gaji juga barbagi bagi peruntukan di berikan untuk rakyat miskin belum cukup menyakinkan lagi rakyat akan mengundi kerajaan yang sedia ada?

         Jika pemberian oleh pehak kerajaan, mereka akan ambik, kerana itu adalah tanggung jawab kita sebagai orang yang telah diamanah dan sanggup menerima amanah, Sekali lagi saya ulangi, apa yang rakyat bawahan mahu di lakukan oleh pemimpin, tak kira pembangkang mau pun kerajaan, ialah, " ingat, anda hanya lah di amanhkan untuk mengurskan negara untuk kesejahteraan rakyat, gunakan lah peluang ini sebaik mungkin mengikut  peraturan dan undang yang telah anda semua luluskan di parlimen juga perkeliling yang anda keluarkan di peringkat kementerian, jika ini semua telah di patuhi, maka tidaklah terjadi salah memberi kepada yang tidak berhak, sebagai contoh, tender kerajaan hendaklah dibuat secar telus, pemberian tanah, saham saham tanah yang di majukan hendak lah di berikan kepada yang di luluskan oleh peraturan, jika ini dapat dilakukan oleh semua pemimpin dari atas sampai kebawah sekali, maka rakyat akan berpuas hati, PRU 13 nanti senang lah mana mana parti yang bertanding, kerana rakyat suka, apabila rakyat suka mereka akan pangkah, sama ada dacing atau PR kerana rakyat sudah menilai semenjak 2008 lagi siapa kah yang mereka ingin berikan undi mereka, jangan pemimpin atasan berkata lakukan yang terbaik untuk rakyat, tapi apa yang mereka lakukan di sebaliknya?, terima lah padahnya, kerana rakyat dah pernah cuba pembangkang di beberapa negeri?, mereka dah dapat menilai dan bercerita apa yang baik atau sebaliknya, kita tengok lah nanti bila sampai waktu pru 13, jika para pemimpin tidak berubah perangaainya?, saya senag jer, tengok yang terbaik dari gulungan yang ada, siap jadi pemimpin pun saya kena ke sungai juga mencari ikan?